Di sinilah aku menyahut kalam-Mu Ya Allah. "...Dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka..." ( An-Nisa' : 63)
Sunday, November 22, 2009
LanGkaH TErCiPTa....
Monday, November 2, 2009
Bittaufiq wannajah, nantikan di pohon syurga!
Dalam meniti fatrah final exam yang penuh liku-liku dan cabaran... =(
Imtihan di dunia... imtihan menggapai saham di akhirat, sgala-galanya imtihan... itu semua datang dari-Nya. Lama sudah peperangan tercetus.....
Prinsip yang kuat akan menang, yang lemah akan kalah memang sudah sinonim dalam perjuagan. memang itu adat peperangan dan perjuangan, mesti aku teruskan...!!!
Kini aku meniti batas-batas pengakhiran 'final exam mood'. Perjuangan harus diteruskan demi kemenangan Islam tercinta sehingga ke titik noktahnya... bila? aku pun tidak tahu! Bila nyawa di hujung waktu, mungkin! U must prepare, Farha!
Terkadang aku merasakan kehilangan 'sesuatu' namun bisikan iman mengatakan jangan pandang belakang... Go3 u can do it!!! Tapi, kenapa Ya Allah, aku rasakan amat berbeza sekali final exam kali ini...
Mungkinkah disebabkan faktor keadaan sekeliling? mungkinkah aku yang kurang persediaan.. mungkinkah itu, mungkinkah ini... (ngomelan aku sendirian).
Kata iman 'tak baik salahkan keadaan' kenapa tak salahkan diri sendiri?'. Astagfirullahal'azim3x...maaf Ya-Allah.
Ya..bukanlah baru lagi bagi aku dunia peperangan, perjuangan dan jihad akademik ini... sejak daripada diploma lagi aku memang akan lakukan yang terbaik...
Lillahita'ala...dan Rasulullah s.a.w menjadi kekuatan buatku... Hidupku, matiku keranaMu Ya-Allah... akanku serahkan tubuh dan jiwa ini, untukMu...amin Ya Rabb...
Ibu dan ayah tercinta, anakmu di sini sentiasa mendoakn kalian. tanpa ibu dan ayah, aku tak akan berpijak di bumi nyata...! sememangnya nantikan anakmu ini membalas keringat kalian...
walau apa jua sekali pun..insya-Allah.amin... 'Aku nak tolong ayah dan ibu'
Aku meletakkan sasaran untuk membawa seluruh ahli keluargaku, abg pai dan faiz untuk menyelami, menghayati, merasai nikmat Iman dan Islam yang datangnya dari Tuhan... aku sentiasa mendoakan kalian, mudah-mudahan Allah campakkan dan Allah suburkan nikmat itu ke dalam seluruh hati ahli kelurgaku dan orang-orang di sekelilingku jua...amin..
Smoga kita dapat bina sebuah keluarga yang akan menjadi contoh kepada keluarga-keluarga yang lain... sebab itu aku tak nak mudah kalah dengan peperangan dan perjuagan ini... kerna aku sayangkan kalian... kerna aku benar2 sayangkan kalian... aku nak jadi contoh buat kalian. kerana aku tahu itu amanah Allah buatku.... sesuai juga dengan namaku fa+ra+hah = kegembiraannya. aku adalah penambah tawa kalian... mudah-mudahan.amin...
Sahabat-sahabat seperjuangan dunia akhirat... kalian adalah pendorong aku! jatuh dan bangunnya aku... terletak di bahu ini, namun kalian pendorong aku di kala aku memerlukan seseorang... (Ya, Innallaha Ma'ana) k.maisara, jannah roslan, k.simaa, syahidah, syikin, akilah hanis, izzatul firdaus, dalilah, abidah, shamsidar, ika, djah, aniza, syuhada, salbiah, fad, k.asma', k.aya, k.siti munawirah, k.nadia, k.anis, k.ayu, k.ada, k.yat, k. amirah, k.ain, isma, k.aini, k.tie, azie, anis, raihana, anis suhaila, k.wani, fatin, k.fani, k.fatimah, farah, atiqah painoh... (kalian adalah cabang sumber kekuatan ana!) Tawa dan pilu dikongsi bersama... moga kita bersua di pohon syurga..amin..
Kajian demi kajian, post mortem demi post mortem aku buat demi mencari kebenaran dan hakikat dunia ini.... memperbaiki diri menjadi lebih baik dari semalam, daripada sebelum ini. Ya, kebenaran itu datang dari-Nya...
Moga Engkau hadirkan Ya-Allah hati ini untuk mencintai-Mu melebihi segala-galanya daripada segala isi di dunia ini..amin. Moga fatrah final exam kali ini, menjadi muhasabah bagiku untuk lakukan yang terbaik lagi sem hadapan dengan perancangan yang lebih 'smart' dan untuk peperiksaan yang akan aku hadapi dalam beberapa hari ini... (another 3 papers i hv 2 face soon...=) yeah u can do it my dear, believe Him!)
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3:-
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji?-ayat 2.
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta -ayat 3.
Wallahua'alam...
Thursday, October 15, 2009
Nantikan kemunculannya!
Sunday, October 4, 2009
.::wahai diri::.
Monday, September 7, 2009
~Senyumlah di Saat Hati Merasa Ingin Menangis~
kau bukan orang biasa
wahai diri..berjuanglah..
WelComE RamADhaN
~Nasyid Ramadhan By Sheikh Masyhari Al-Afasi~
RAMADHAN YANG KU RINDUI
Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih, selawat dan tahmid suci.
Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.
Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.
Thursday, August 27, 2009
Filem : 1 medan Da'wah Terbaik Masakini
Salah satu adegan dalam filem Emad Akel
Salam juang buat semua,
Friday, July 31, 2009
~ ketIka cInta bertasbih (KCB) ~
"saya hanya ingin seperti
Fatimah...puterikandi
Nabi...yang seumur hidupnya
tidak pernah dimadu...oleh Saidina Ali Bin Abi
Talib suaminya..."
Untuk pengetahuan semua sebenarnya banyak lagi filem berunsur Islam kita perlu ketengahkan kepada masyarakat umum contonya seperti Syukur 21, Sang Murabbi, Muhammad Utusan Terakhir, The Message, Omar Mukhtar ( Lion Of The Dessert ), The Kingdom of Heaven dan banyak lagi. Filem-Filem ini menggambarkan tentang keindahan Islam itu sendiri yang mana sebagai seorang muslim jatuh kewajipan ke atas kita untuk wujudkan bi'ah (suasana) soleh walau di mana jua kita berada...
Justeru ana berpesan pada diri ana terutamanya dan antum semua agar gunakanlah ilmu dan kepakaran yang ada untuk membuktikan kebenaran Islam di mana-mana sahaja. Di situ terlihat Islam memang agama yang Tinggi dan tiada yang lebih Tinggi darinya ( itu keyakinan kita berdasarkan sabda Nabi ).
Wallahu a’lam...
Wednesday, July 1, 2009
!!! MUHAMMAD AL-FATEH !!!
VIDEO CLIP NASYID MUHAMMAD AL-FATEH
Tuesday, June 30, 2009
:::Susahnya nak jadi baik...:::
Bismillahi wal hamdulillah...
Sunday, June 21, 2009
Balasunkawa buat Ustaz Fathi Yakan
"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."
"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)
Latar belakang Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Kitab karangannya, Apa Erti Saya Menganut Islam (popular dengan ungkapan kitab Maza ya'ni) masih terus menerus menjadi salah satu teks usrah d pelbagai peringkat - menara gading mahupun d peringkat umum dan khusus.
Isteri beliau bernama Mona Yakan dan beliau meninggalkan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.