Pages

Sunday, January 30, 2011

MusyTaQaH iLaikuM JiDdan...


salam rindu buat sahabat-sahabat seperjuanganku, mujahid2 dan serikandi2 harakah. Moga kalian semua dalam redhaNya. amin :-

fatimah, azfar

ain, nazrin

erny, syed

shima

hazirah, kamilin

atikah, akmal

nawawi, amirul

Saturday, January 29, 2011

Al-Fatihah buat kakakku...

Al-Fatihah buat kakakku, kak saadah... Moga TENANG di negeri abadi...amin. Sahabat-sahabat doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh... amin. Kesempatan menjaga arwah di hospital memberikan pengajaran buat penulis. Lama juga kak saadah menanggung derita sakitnya. Hanya Allah shj yg Maha Mengetahui. Terkenangkan arwah kak saadah begitu tabah dan semangat melawan penyakit yg dihadapi. Moga penulis juga setabah dan sekuat semangat yg ada pd serikandi ini, arwah kak saadah. amin. Dimaklumkan kak saadah menghidap penyakit leukimia dan ada penyakit2 yg lain. Ramai sahabat-sahabatku telah pergi... silih berganti. Mereka pergi dalam keadaan yg baik sekali, tenang. "Ya Allah, moga aku juga dimatikan dlm keadaan husnul khatimah.. dlm keadaan yg baik, tenang dgn amalan2 (bekalan) yg baik utkMu. Aku doakan juga ampunkan dosa (dosa2 besar mahu pun dosa2 kecil) kedua ibu bapaku, adik-beradikku, guru-guruku, sanak-saudaraku, sahabat2ku, muslimin dan muslimat yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia. amin." Sungguh! Kematian itu menjadi pengajaran buat insan-insan yg masih hidup ini...

Gelombang Kebangkitan Ummah !

Bermula dengan Revolusi Islam Iran pada 1979, diikuti kebangkitan rakyat Palestin bersama Hamas melancarkan Intifadhah pada 1986, juga kejayaan parti AKP Turki mengambil-alih tampuk pemerintahan negara sekaligus membebaskan rakyatnya dari cengkaman dan fahaman sekular sesat, disusuli kejayaan Hizbullah di Lubnan menghalau tentera Israel pada 2006, dan hari ini kita menyaksikan sendiri kebangkitan rakyat terus berlaku di mana saja. Yang terkini berlaku di Tunisia hingga tergulingnya pemerintahan 23 tahun rejim zalim Presiden Zine El Abidine Ben Ali. Tanpa diduga revolusi di Tunisia ini telah menular ke Timur Tengah dengan pantas.

Di Tunisia, segala-galanya bermula apabila seorang pemuda terpelajar yang menganggur sedang menjual barangan tanpa mempunyai permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.


Peniruan perbuatan ini berlaku di Mesir dan di Algeria, apabila saorang anak muda di Mesir dan di Algeria cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di kedua buah negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.


Dilaporkan demonstrasi luarbiasa ini adalah antara yang terbesar pernah berlaku di Mesir sejak himpunan rakyat 2003 menentang perang Iraq dan himpunan menuntut pilihanraya bebas dan reformasi masyarakat.


Kuasa rakyat berjaya menumbangkan pemerintahan Ben Ali selama 23 tahun. Ben Ali memerintah secara autokratik sejak rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada tahun 1987. Regim Ben Ali selama pemerintahannya menyekat aktiviti politik pembangkang dan ramai penentang-penentang politiknya dipenjarakan.



Namun, perlu diingat bahawa rakyat Tunisa telah menumbangkan Kerajaan Tunisia yang dipimpin oleh Zine el Abidine Ben Ali bukannya menumbang sistem pemerintahan sekular. Kerajaan sekular harus dihancurkan dengan melumatkan sistemnya bukannya individunya.



Pada 7 November 1987, bersama rakyat dan tentera, Jeneral Ben Ali menjatuhkan Presiden Habib Bourguiba, seorang sekularis-nasionalis yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada Perancis. Walaupun Habib Bourguiba tumbang, sistem sekular tetap utuh di bawah Ben Ali.






Kebangkitan ini dengan demonstarsi besar-besaran rakyat memenuhi jalanraya berlangsung di Tunisia. Mesir. Algeria, Kuwiat, Jordan dan lain-lain negara umat Islam. Ia fenomena yang membimbangkan negara-negara diseluruh Semenanjung Arab.



Negara-negara ini bimbang teori domino bakal berlaku. Selepas Tunisia akan muncul kebangkitan rakyat di negara mereka. Reaksi dari kebangkitan di Tunisia mulai dirasakan di Mesir, Kuwiat, Algeria, Jordan apabila rakyat negara-negara ini berhimpun berdemonstrasi menggerakkan perjuangan kebangkitan rakyat.


Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT. Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.


Jika rakyat Tunisia boleh melakukannya dan rakyat Mesir telah bangkit, mengapa kita tidak?

"Tegakkanlah negara Islam dalam hati kamu, nescaya ia akan tegak berdiri di atas bumi negara kamu"



SEJARAH TUNISIA

Tunisia sebelum ini di perintah oleh presiden Habib Bourgiba yang tidak kurang kediktatorannya berbanding Ben Ali. Borguiba yang bukannya pemimpin popular (di hati rakyat) telah berkuasa selama 30 tahun sebelum ‘dipaksa’ meletakkan jawatan.


Sebaik keluar dari mulut buaya, rakyat Tunisia kemudiannya telah masuk pula ke mulut harimau di bawah pimpinan Ben Ali selama 23 tahun.


Sesungguhnya Ben Ali hanyalah lingkungan ‘orang dalam’ di dalam pemerintahan Borguiba. Demikianlah apa yang terjadi kini, Perdana Menteri Ghannouchi, juga adalah dari lingkungan ‘orang dalam’ Ben Ali, yang hanya akan menggantikan Ben Ali, namun akan tetap melanjutkan pemerintahan kuku besi yang sekular. Apa yang berlaku cumalah pertukaran ‘wajah’ pemimpin, bukan sistemnya, ibarat Bush yang diganti oleh Obama.


Ben Ali telah cabut lari dan di gelar sebagai seorang pengecut. Perdana Menteri Mohammed Ghannouchi tampil di TV dan mengumumkan bahawa dialah yang kini menjalankan pemerintahan.Ben Ali telah Berjaya digulingkan dengan aura kebangkitan gerakan-gerakn islam dan gerakan rakyat yang mahukan keadilan.Maka apakah islam akan terus menguasai TUNISIA?







SIAPAKAH PRESIDEN ZINE AL-ABIDINE BEN ALI

Jenderal Zine El Abidine Ben Ali yang lahir di Hammam-Sousse pada 3 September 1936, merupakan Presiden Republik Tunisia sejak 7 November 1987 dan presiden yang kedua sejak kemerdekaannya dari Perancis pada 20 Mac 1956.






SIAPAKAH UQBAH IBNU NAFIQ'?

Antara figura hebat yang perlu kita kagumi kerana telah berjaya membawa islam di BUMI TUNISIA. Uqbah telah membawa misi Islam ke utara Afrika sehingga sampai ke Lautan Atlantik. Maka ketika itu TUNISIA mendapat syiar islam. Antara laungan dan ucapan Uqbah:

· "Seandainya aku tahu di seberang sana ada daratan, pasti akan ku harungi ombak lautan ini untuk ke sana (dan membebaskannya)!"

· “Ya Allah, jika tidak kerana lautan yang menghalang aku, nescaya akanku persiapkan pasukan armadaku untuk menyebarkan kalimat agung taiyibahMu, akanku mara demi menegakkan syiar Islam nun di kerajaan barat. Akanku satukan semua empayar-empayar di bawah panji yang mulia ini jua akan ku perangi kumpulan yang ingkar untuk menerima mesej suci untuk mengesakan Engkau Ya Allah.”

· “Jika lautan yang luas tidak mampu kami redahi, masih ada bumi yang belum menerima keindahan ajaran yang mulia ini. Ayuh! Kita teruskan juga perjuangan kita.”


MENGAPA RAKYAT TUNISIA BANGKIT

• Sejarah telah mencatatkan bahawa 30,000 aktivis gerakan Islam yang dianggapnya sebagai pembangkang telah di penjarakan.

• Ben Ali terkenal dengan sikap anti Islamnya di masa pemerintahannya di mana jilbab dilarang dipakai di tempat awam manakala aktivis yang memperjuangkan syariah dan Khilafah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.Pada tahun 1980-an dan 1990-an Ben Ali telah mengeluarkan peraturan-peraturan yang lebih ketat termasuk hukum 102 yang terkenal, yang menganggap jilbab adalah "tanda ekstremisme" dan dilarang.

• Masjid hanya dibuka sesaat sebelum waktu salat dan ditutup segera setelah salat ditunaikan. Jamaah Muslim juga dilarang menunaikan solat di masjid-masjid.

• Ben Ali amat terkenal sebagai pemimpin yang telah merubah umat Islam Tunisia menjadi masyarakat liberal ala Perancis yang menjadi tuannya.

• Membantah polisi kerajaan yang tidak dapat mengadakan pekerjaan kepada golongan muda yang terpelajar di negara itu sehingga menyebabkan kadar pengangguran di Tunisia begitu tinggi sedangkan elit pemerintah memperkayakan diri dan keluarga mereka. Jurang pemisah antara yang kaya dengan yang miskin terlalu jauh.

• Polisi kerajaan terus memperkayakan yang kaya dan yang miskin terus menjadi miskin. Kekayaan hanya berkisar di sekitar kalangan pemerintah dan konco-konconya.



KEBANGKITAN ISLAM DI LUBNAN

Kebangkitan islam tidak berlaku di situ sahaja suasana di Timur Tengah iaitu di Lubnan telah tumbangnya kerajaan Saad Hariri di Lubnan, apabila kabinet yang disertai blok Hizbulllah dan sekutunya seramai 11 orang meninggalkan kerajaan dan tidak akan menerima lagi Saad Hariri menjadi PM.

Tindakan Hizbullah berikutan penerimaan tribunal antarabangsa oleh Saad Hariri yang dianggap Hizbullah bertujuan untuk mengaitkan beberapa pemimpin mereka sebagai mereka yang terlibat dalam mendalangi pembunuhan PM Rafik Hariri pada 2005. Rafik Hariri ialah ayah kepada Saad.


Saad Hariri bersama Obama


KEBANGKITAN ISLAM DI MESIR

Anak muda di Mesir cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.





RAKYAT TELAH BERDEMONSTRASI


Dalam sejarah Mesir, demonstrasi itu adalah yang terbesar sejak Mubarak menggantikan Anwar Sadat pada 1981. Peristiwa itu pun kemudian menyebar melalui jejaring sosial Facebook dan Twitter. Bahkan, gerakan Sixth of April Youthmenyeru kepada rakyat Mesir agar kembali turun ke jalan pada hari ini.


p/s: Ayuhhh... sahabat2 kembalikan kegemilangan Islam !!!

Tuesday, January 11, 2011

::::....Pengisian bermakna oleh Ustaz Nasaie.....::::

Maksud hadith; “Jadilah orang yang berilmu, atau menuntut ilmu, atau mendengarkan ilmu, atau yang mencintai ilmu. Dan jangan menjadi orang yang kelima (yakni bukan dari 4 golongan pertama), maka kamu akan musnah”.

Assalamualaikum w.b.t...

Ingin sekali penulis kongsikan bersama sahabat-sahabat pengisian bermakna dan bermanfaat daripada Ustaz Nasaie. Walaupun ustaz kurang bersedia dek kerana lambat terima message daripada kami (penulis dan sahabat-sahabat lain), tetapi pengisian yang ustaz beri membuatkan diri ini bermuhasabah seketika. Merenung amalan-amalan yang tidak seberapa. Allah! Kerdil diri ini! Bantulah hambamu ini Ya Allah!


Tajuk : Ciri-ciri Qiadi (pemimpin)

-Ikhtibar melalui sirah:-

Kerajaan Mamalik, Salahuddin Al-Ayyubi, kisah Abu Dzar Al-Ghifari dan ikhtibar melalui Perang Teluk.



-Ustaz menggariskan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin:-

1) Beriman (aqidah dan akhlak yang mantap).

2) Berilmu.

3) Berwibawa.

4) Bersedia untuk ditegur dan mahu belajar.

5) Mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. Ikhlaskan diri kerana Allah s.w.t. Bantuan hanya hadir bila diri kita menghadirkan keikhlasan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

6) Bertahajjud (Insya-Allah akan hilang ketakutan dan yakin batuan hanya dari Allah).


-Nasihat ustaz:-

1) Pemimpin jangan merancang terlalu lama. Perjuangan mesti diteruskan even dah 'grad'.

2) Luangkan masa dengan 'kawasan'.

3) Pemimpin mesti ada murabbi*.

4) Pemimpin mestilah bersederhana, jangan berasa sudah cukup.

5) Sentiasa mengadakan jaulah (ziarah atau lawatan) ke rumah 'alim ulama'.

6) Pemimpin adalah hamba terbukti dalam surah Ali 'Imran ayat 26.

Katakanlah (Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali 'Imran, 26)



*Guru bukan sekadar Mua’llim sahaja malah konsep yang sebenarnya dalam Islam ialah guru juga sebagai Murabbi, Muaddib, Mudarris… Peranannya nampak sama sahaja iaitu mengajar…namun hakikat yang sebenarnya ialah Muaddib ialah pendidik yang mengajar mengenai akhlah dan sakhsiah murid..begitu juga Mudarris sebagai pengajar ilmu yang dikuasainya… selain Murabbi..yang memberi tarbiyah kepada anak didik dari segi ruhani dan jasmani… Bukan mudah untuk menjadi Mu’allim yang sebenarnya… Mudah untuk mengajar…tetapi sejauh mana apa yang diajar meresap ke dalam diri kita untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian… begitu besar dan mendalam makna sesuatu perkataan.

Sekian sahaja perkongsian penulis buat sahabat-sahabat. Rindu perkongsian murabbi-murabbi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat (moga hati lembut dapat praktikkan dalam kehidupan seharian amin..). moga ditakdirkan Allah juga dengan perkongsian Ustaz Nasaie lagi. Syukran ustaz. Alhamdulillah. Wallahualam.

-FORUM MAHASISWA MALAYSIA-

Photobucket

Thursday, January 6, 2011

[] PESaNan RaSuLulLaH unTuk WaniTa []

.::Engkau Cinta Agung::.





Aku tahu Engkau Tuhanku.. Adalah cinta agung... aku pun mahu.. mencintaiMu... aku tahu mencintaiMu amat perlu.. Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan.. aku berusaha kearah itu.. tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu.. oh banyak yang datang mengganggu.. nafsuku, dan syaitan terkutuk. dunia mempersona menggamit selalu.. di waktu itu lupa ku padaMu. cintaku jauh sekali.. sekali sekala. datang juga, walaupun sedikit terasa indah nya.. kemudian lupa lagi..

Adakalanya lupa ku padaMu.. berpanjangan sekali... kemudian sekali sekala sedar kembali.. Engkau Cinta Agung... Engkau patut dicintai... selepas itu lupa lagi. begitu cintaku kepadaMu Tuhan.. dengan kelalaian silih berganti.. oh Tuhan.... Dengan hati yang sedih ini... tolong lah aku dengan rahmatMu.. bantulah aku mencintaiMu... agar cinta yang palsu.. terkubur sendiri... itulah harapan ku padaMu.