Pages

Thursday, August 27, 2009

Filem : 1 medan Da'wah Terbaik Masakini

CINTAGUNG 7#


Salah satu adegan dalam filem Emad Akel

Salam juang buat semua,

Terasa malu dengan diri sendiri dan pembaca semua kerana membiarkan blog ini sunyi tanpa entri terbaru..maafkan ana.. Benarlah kata beberapa sahabat, kalau kita sentiasa menulis, kita akan bersemangat untuk sentiasa mengekalkan momentum tersebut. Begitulah juga kalau kita jarang menulis, kemalasan tersebut akan terus melekat dan menjalar dalam diri.. Simpton& virus ini sedikit sebanyak telah berjangkit kepada diri ana. Dalam proses mencari antibiotik yang sesuai untuk membuang virus ini.(^_^) Sedikit kekangan datang silih berganti, memungkinkan penghasilan blog ini tertunda beberapa ketika. Namun, semua itu tidak menjadi asbab untuk menyekat diri agar terus berpena mentarbiyah diri, mengheret nilai TAQWA dlm jagaan-Nya lantas membawa sedikit sumbangan kepada ummat sejagat. mudah-mudahan amin...



Pada kali ini, ana ingin memperkatakan lagi mengenai filem apabila terbaca satu artikel dari 'Utusan Meloya' mengenai penerbitan sebuah filem oleh HAMAS yang bertajuk 'EMAD AKEL'.. ana copy paste artikel tersebut di bawah ini :




GAZA CITY 19 Julai - Tayangan perdana filem di sini menampilkan selebriti tempatan yang bergaya di hadapan jurugambar, namun itu sahajalah persamaan yang boleh dirumuskan antara industri filem yang baru bermula di Gaza dengan Hollywood.



Filem pertama kerajaan Hamas itu yang memaparkan penghormatan ke atas pejuang paling tangkas Hamas hanya melibatkan kos pembikinan sebanyak AS$200,000 (RM715,298) dan ditayangkan kepada penonton lelaki dan wanita secara berasingan .



''Ia adalah Hamaswood menggantikan Hollywood," kata Menteri Dalam Negeri Hamas, Fathi Hamad selepas tayangan perdana filem itu pada petang Jumaat lalu di Universiti Islam Gaza City.





"Kami cuba untuk menghasilkan seni yang berkualiti yang menepati ciri Islam dan mengenai penentangan, tanpa adegan provokatif (seksual) dalam filem tersebut," ujarnya.




Fathi yang turut berperanan sebagai penerbit filem itu, manakala skrip filem ditulis oleh Mahmoud Zahar, iaitu antara orang kuat di Gaza yang disifatkan antara arkitek kepada rampasan kuasa berdarah Hamas di Gaza, dua tahun lalu.





Di sebalik reputasi bengisnya, Mahmoud, merupakan seorang doktor mempunyai bakat seni artistik, menghasilkan dua novel dan dua skrip filem yang memberi kelebihannya kepadanya.





Filem ini mengisahkan Emad Akel, iaitu seorang komander sayap tentera Hamas, yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan Israel di Gaza pada 1993.



Akel berusia 23 tahun ketika itu, dikenali sebagai 'hantu'. Dia banyak melakukan penyamaran termasuk memakai pakaian seperti seorang peneroka Yahudi sambil memakai ketayap.



Pada awal 1990-an, namanya adalah teratas dalam senarai orang yang paling dikehendaki Israel kerana disyaki membunuh 11 askar Israel, seorang penduduk Yahudi dan empat orang pengkhianat dalam satu siri serangan.



Filem aksi tersebut yang panjangnya selama dua jam itu diberi judul Emad Akel. - AP



Film ini menceritakan kisah Emad Akel, Komandan Brigade Al-Qassam, yang dibunuh Israel pada tahun 1993. Emad Akel terkenal karena kemampuannya melakukan banyak penyamaran, termasuk berpakaian sebagai seorang Yahudi dengan memakai cipa, topi khas orang Yahudi. Pada awal 1990-an, ia menjadi salah satu orang yang paling dicari oleh pemerintah Tel Aviv kerana diduga ikut berperanan dalam pembunuhan 11 prajurit Israel, seorang warganegara Yahudi, dan empat orang Palestina yang bersekongkol dengan negara Zionis. Film tersebut juga berbicara mengenai latar belakang Hamas yang didirikan pada 1988, tak lama setelah intifada pertama Palestina meletus melawan pendudukan Israel. "Ini adalah Hamaswood, bukan Hollywood," kata Fathi Hamad, salah seorang pemimpin Hamas. "Kami berusaha membuat seni Islam yang berkualiti yang juga berfokus pada perjuangan, tanpa memperlihatkan adegan tak bermoral yang provokatif," kata beliau lagi.


Tahniah buat HAMAS di atas kejayaan menghasilkan filem aksi ini yang membangkitkan semangat juang dalam menentang ISRAEL LAKNATULLAH...





1 comment:

.:Ismi Farha:. said...

Assalamualaikum w.b.t

kpd semua penggemar filem...
pastikan anda mengikuti pkmbangn filem dr negara 'bumi anbiya' ini. grab diz golden opportunity... =)