Pages

Sunday, June 24, 2012

Kejayaan milik Allah, Berusahalah ^_^



Pesanan seorang sahabat saya, kuatkan semangat..kepenatan hari ini utk kerehatan hari esok, hereafter... Moga Allah tetapkan hati kita, setiap masa walau susah atau senang, sentiasa ingat Allah..amin. Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8;

” … Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)”

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah




Framework malam ini :-

12.30-1.00 : Tidur, sebenarnya tak boleh nak lelap, adehh..
1.00-2.30 : Study corporate finance (test dan submission)
2.30-4.00 : Study real estate economic (submission for grouping presentation)
4.00-5.00 : Study real estate economic (submission for individual)
5.00-6.00 : Solat



 

Saturday, June 23, 2012

Nikmat Kesihatan~

Ya Allah kurniakanlah daku kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah dan gerak kerja da'wah di muka bumiMu ini.... Berikan daku kekuatan dalam menghidupkan amalan malam pada waktu, tiada manusia bangun di sepertiga malamMu.... Alhamdulillah di atas segala nikmat kesihatan yang Engkau berikan... Jadikan daku orang-orang yang menjaga waktu solat kepadaMu, agar aku menjadi orang yang berdisiplin, bertaqwa dan berilmu. Jadikan juga keturunan dan keluargaku dikalangan orang-orang yang mendirikan solat kepadaMu insya-Allah amin.

Allah sentiasa bersama kita ^_^

Monday, June 18, 2012

Cinta - Bersederhanalah! berdisiplin, berprinsip, beriman~


Di celah-celah kesibukan menyiapkan disertasi, sempat lagi, meluangkan masa, mengukir kata. Antara rasa hati dan kepayahan mengharungi liku-liku perjuangan sebagai seorang pelajar, mestilah rasa hati ingin diraikan juga kadang kala, kan... seharian suntuk memerang otak, berusaha, berusaha, berusaha, dan berusaha, moga usaha ini dalam redhaNya amin ^_^ tak tau nak kata apa, tapi hati merasa... Nah, rasakan! Apapun, perjuangan mesti diteruskan ye...Baiklah!

Pandangan Allah itu lebih utama...


Kadangkala, manusia terlalu sempit di dalam urusan cinta. Hingga tidak bergerak langsung cintanya, menjadi sukar, dan akhirnya tidak berjaya.

Kadangkala, manusia terlalu luas di dalam urusan cinta. Hingga melayang ke mana-mana, menjadi liar, dan akhirnya tidak berjaya mendirikan rumahtangga.

Aku pula sentiasa percaya,
bahawa cinta itu sederhana.

Ada prinsipnya, ada disiplinnya,

tetapi itu semua tidak menghalang cinta untuk mekar,

dan mengakar,

di dalam jiwa.

Namun tidak ramai hendak mengutamakan peraturan yang ditetapkan,
cinta dipandu perasaan dan bukannya keimanan,
membuatkan jalan-jalan cinta yang diambil adalah kotor,
sekaligus mengotorkan cinta,
dan menghapuskan keindahannya.
Hingga cinta kelihatan jijik,
dan tidak dikenali wajah sebenarnya oleh sesiapa.

Aku adalah yang berusaha membersihkannya.
Cinta ada jalannya, bukan diredah semata-mata.

Cinta punya disiplin, bukan sekadar lenggang kangkung bersahaja.

Cinta perlu dipandu keimanan, bukan perasaan membabi buta.

Cinta, mestilah hendak membawa ke syurga.

Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.

-19 Jun 2012- 

.............................................................................................................................................................

Muhasabah bersama: 
Cinta itu apa sih? @_@
Oh, Cinta itu sebenarnya terlalu suci... 
Terlalu suci... Sehingga sukar untuk dikata...
Pandulah dengan keimanan kepadaNya... 
Pasakkanlah matlamat cinta akhir padaNya semata...
Bagaimana?
Patuh dengan apa yang diperintahkan...
Tinggal segala apa yang dilarang... 
Allahuakbar!