Pages

Sunday, May 25, 2014

-Duhai Ibu-

Duhai Ibu yang saya kasihi kerana Allah...

Begitu singkat pertemuan ini
Terasa semalam baruku melihat bumi 
Kau pergi menghadap kasihNya Ilahi
Hangat kasihmu masihku rasai 

Duhai Ibu yang saya kasihi kerana Allah...

Dirimu tiada galang ganti
Pemergian yang terkesan di hati
Pengajaran kepada manusiawi  
Pasti doa anak soleh dibutuhi
Bukan kematian yang ditangisi   

Duhai Ibu yang saya kasihi kerana Allah...

Berehatlah tenang di negeri abadi
Akanku teruskan perjuangan ini
Walau tanpamu disisi
Kernaku tahu DIA sentiasa menemani


Al-Fatihah buat Ibu yang saya kasihi kerana Allah, al-marhumah Rupi'ah Binti Roshad (12 Mei 1956 - 4.43 pagi; 12 Mei 2014) yang menghidap penyakit kanser paru-paru dan menjalani rawatan di Institut Kanser Negara, Putrajaya. Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha (semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memberikan keselamatan dan memaafkan kesalahannya). Allahumma amin. Keperitanmu menanggung sebuah kesakitan di dunia, moga Allah 'bayar' dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat. InshaaAllah Ibu yang saya kasihi kerana Allah...nantikan kami sekeluarga di pohon-pohon syurga. Allahumma amin.





Ya Allah, 
jadikanlah aku orang beriman yang apabila bersyukur, aku bahagia, apabila ditimpa ujian, aku bersabar. 

Ya Ghaffar, 
jadikanlah diriku lebih baik daripada sebelum ini, perbaiki hubungan denganMu dan manusiawi. 

Ya Rahim, 
aku memohon kepadaMu akan cintaMu dan cinta-cinta orang-orang yang mencintaiMu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMu. jadikanlah cintaMu lebih aku cintai daripada diriku dan yang lain.

Ya Mutakabbir, 
sungguh, kematian itu suatu pengajaran yang paling besar dalam hidupku!


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut musuh dan merasai kelaparan, dan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155). Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (156). Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya (157)." 

[Al-Baqarah; Ayat 155-157]