Pages

Monday, November 2, 2009

Bittaufiq wannajah, nantikan di pohon syurga!

CINTAGUNG 12 #



Salam juang akademik sahabat-sahabat...
Dalam meniti fatrah final exam yang penuh liku-liku dan cabaran... =(

Imtihan di dunia... imtihan menggapai saham di akhirat, sgala-galanya imtihan... itu semua datang dari-Nya. Lama sudah peperangan tercetus.....

Prinsip yang kuat akan menang, yang lemah akan kalah memang sudah sinonim dalam perjuagan. memang itu adat peperangan dan perjuangan, mesti aku teruskan...!!!

Kini aku meniti batas-batas pengakhiran 'final exam mood'. Perjuangan harus diteruskan demi kemenangan Islam tercinta sehingga ke titik noktahnya... bila? aku pun tidak tahu! Bila nyawa di hujung waktu, mungkin! U must prepare, Farha!

Terkadang aku merasakan kehilangan 'sesuatu' namun bisikan iman mengatakan jangan pandang belakang... Go3 u can do it!!! Tapi, kenapa Ya Allah, aku rasakan amat berbeza sekali final exam kali ini...

Mungkinkah disebabkan faktor keadaan sekeliling? mungkinkah aku yang kurang persediaan.. mungkinkah itu, mungkinkah ini... (ngomelan aku sendirian).

Kata iman 'tak baik salahkan keadaan' kenapa tak salahkan diri sendiri?'. Astagfirullahal'azim3x...maaf Ya-Allah.

Ya..bukanlah baru lagi bagi aku dunia peperangan, perjuangan dan jihad akademik ini... sejak daripada diploma lagi aku memang akan lakukan yang terbaik...

Lillahita'ala...dan Rasulullah s.a.w menjadi kekuatan buatku... Hidupku, matiku keranaMu Ya-Allah... akanku serahkan tubuh dan jiwa ini, untukMu...amin Ya Rabb...

Ibu dan ayah tercinta, anakmu di sini sentiasa mendoakn kalian. tanpa ibu dan ayah, aku tak akan berpijak di bumi nyata...! sememangnya nantikan anakmu ini membalas keringat kalian...
walau apa jua sekali pun..insya-Allah.amin... 'Aku nak tolong ayah dan ibu'

Aku meletakkan sasaran untuk membawa seluruh ahli keluargaku, abg pai dan faiz untuk menyelami, menghayati, merasai nikmat Iman dan Islam yang datangnya dari Tuhan... aku sentiasa mendoakan kalian, mudah-mudahan Allah campakkan dan Allah suburkan nikmat itu ke dalam seluruh hati ahli kelurgaku dan orang-orang di sekelilingku jua...amin..

Smoga kita dapat bina sebuah keluarga yang akan menjadi contoh kepada keluarga-keluarga yang lain... sebab itu aku tak nak mudah kalah dengan peperangan dan perjuagan ini... kerna aku sayangkan kalian... kerna aku benar2 sayangkan kalian... aku nak jadi contoh buat kalian. kerana aku tahu itu amanah Allah buatku.... sesuai juga dengan namaku fa+ra+hah = kegembiraannya. aku adalah penambah tawa kalian... mudah-mudahan.amin...

Sahabat-sahabat seperjuangan dunia akhirat... kalian adalah pendorong aku! jatuh dan bangunnya aku... terletak di bahu ini, namun kalian pendorong aku di kala aku memerlukan seseorang... (Ya, Innallaha Ma'ana) k.maisara, jannah roslan, k.simaa, syahidah, syikin, akilah hanis, izzatul firdaus, dalilah, abidah, shamsidar, ika, djah, aniza, syuhada, salbiah, fad, k.asma', k.aya, k.siti munawirah, k.nadia, k.anis, k.ayu, k.ada, k.yat, k. amirah, k.ain, isma, k.aini, k.tie, azie, anis, raihana, anis suhaila, k.wani, fatin, k.fani, k.fatimah, farah, atiqah painoh... (kalian adalah cabang sumber kekuatan ana!) Tawa dan pilu dikongsi bersama... moga kita bersua di pohon syurga..amin..

Kajian demi kajian, post mortem demi post mortem aku buat demi mencari kebenaran dan hakikat dunia ini.... memperbaiki diri menjadi lebih baik dari semalam, daripada sebelum ini. Ya, kebenaran itu datang dari-Nya...

Moga Engkau hadirkan Ya-Allah hati ini untuk mencintai-Mu melebihi segala-galanya daripada segala isi di dunia ini..amin. Moga fatrah final exam kali ini, menjadi muhasabah bagiku untuk lakukan yang terbaik lagi sem hadapan dengan perancangan yang lebih 'smart' dan untuk peperiksaan yang akan aku hadapi dalam beberapa hari ini... (another 3 papers i hv 2 face soon...=) yeah u can do it my dear, believe Him!)

Surah Al-Ankabut, ayat 2-3:-

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji?-ayat 2.

Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta -ayat 3.

Wallahua'alam...


4 comments:

iman sayyidah said...

"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya harapan, yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNYA, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyah Allah tersirat rahmat & hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangNya.~ all the best in ur exam, gunakan masa yang ada sebaiknya, jgn malas2. xde kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu....barakallahufik

Faarihin said...
This comment has been removed by the author.
Faarihin said...

Salam..
macam mana dengan peperangan itu? sudah habis berjuang? atau ada lagi? semoga berjaya buat kamu.. Insya-Allah, dengan usaha yang telah kamu lakukan, pasti akan ada kejayaan buat diri kamu.. (^__^)

saya juga ingin menggembirakan hati emak dan ayah.. seperti nama saya juga.. (^__^)

.:Ismi Farha:. said...

Alhamdulillah... result pn dh kluar.. ssuatu yg tdk ana jgkakan.. benarlah dlm surah Muhammad ayat 7 yg mna Allah berfirman.." ...Wahai org2 yg beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkn kedudukanmu.."

Di sini suka ana mengingatkan diri ana n shbt2... betapa Allah syg dan kshnya pd kita... Alhamdulillah ana bersyukur kehadrat Ilahi di atas kjyaan yg ana perolehi bkn shj dlm pelajaran bahkan dlm pjuangan.. mungkin ini juga satu ujian dan peringatan supaya kta lebih mensyukuri sgala nikmat yg Allah berikan... redha d atas sgala apa yg Allah tentukan..dan tetapkan...

Teringat ana akn kata2 dan beberapa potongan ayt cinta Allah drpd ukhti munirah uitm a.k.a kak mun dlm msgnya :-

"Allah tdk akn menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui - Surah An-Nisa' 147"

Lalu..ana bertanya.." kak,maaf knapa akk bg ana msg nie..andai ana buat slh maafkn ana kak.." soal ana tanpa bslindung.

"sje nak share.nikmat Allah 2 sgt luas,kan..adakah kta sdr @ tak.." kak mun membls msg lg..

"Btol, nikmat Allah i2 sgt luas... Nikmat Alah yg terbsr adalah nikmat iman dan Islam yg ada pada kita. Alhamdulillah... Kdg2 kita sdr nikmat tue, lalu kta bersyukur, kdg2 kta alpa dek krn terlalu gembira, bangga, sombong dgn apa yg kta ada, tp bila ssh, bila sdih..baru nk ingat Allah, nau'zubillah... i2lah fitrah manusia. Mdh2am kta doa sma2 ditetapkan iman dan jadi orang yg sentiasa bersyukur amin... doakan ana kak..." bls ana pnjg lebar.