Pages

Friday, July 31, 2009

~ ketIka cInta bertasbih (KCB) ~

CINTAGUNG 6#
"cinta adalah kekuatan...
yang mampu mengubah duri jadi mawar...
mengubah cuka jadi anggur...
mengubah sedih jadi riang...
mengubah amarah jadi ramah...
mengubah musibah jadi muhibbah...
itulah cinta..." (petikan puisi filem KCB)

Alhamdulillah berkesempatan ana mencoretkan sesuatu hari ini dalam 'Paradise seekers'. Sememangnya entry kali nie..ana sendiri memang tak sangka.. dalam usaha mencari maklumat 'assignment' dan kebuntuan mencari tajuk BEL 422, pantas sahaja jari jemari menaip 'search youtube' dan mula menaip Ketika Cinta Bertasbih. Barangkali..suatu kebetulan. =)
"sekalipun cinta telahku uraikan...
dan ku jelaskan panjang lebar...
namun jika cintaku datangi...
aku jadi malu pada keteranganku sendiri..."
Ana sendiri pun tak baca lagi novel nie..'just' jenguk-jenguk perkembangan filem semasa. KCB adalah salah sebuah filem yg diadaptasi daripada sebuah novel 'Ketika Cinta Bertasbih' karya Habiburrahman El-Shirazy.. Sebagaimana filem Harry Potter yang juga diadaptasi daripada novel-novel karya J.K. Rowling.. (terfikir ana...siapa pula yang bakal mengarahkan filem Tautan Hati suatu hari nanti - adaptasi hasil penulis novel terkenal Fatimah Syarha Mohd Noordin. Who knows, one day? Maybe its become one of the box office films in Malaysia??? )
"meskipun lidahku telah mampu menguraikan...
namun tanpa lidah...
cinta ternyata lebih terang...
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskan...
kata-kata pecah berkeping-keping...
begitu sampai kepada cinta..."
Di sini juga ana mohon 'comment' daripada antum semua sama ada mengenai filem KCB ini, bagi sesiapa yang telah menonton filem ini sepenuhnya (filem KCB nie belum menembusi lagi pasaran di Malaysia menurut suatu sumber) atau 'comment' mengenai isu filem-filem mutakhir ini. Muzakarah bersama sahabat-sahabat mudah-mudahan mencapai suatu noktah yang jelas tentang hiburan dalam Islam dalam dunia yang penuh dengan fitnah dan tipu daya nie. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan menonton filem KCB nie..anda bolehlah layari URL seperti di bawah, yang mana terdapat 'brief story' bermula dengan PART 1 dan seterusnya (dalam 'box related videos').
"dalam menguraikan cinta...
akal terbaring tak berdaya...
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan pencinta..."


"saya hanya ingin seperti
Fatimah...

puterikandi
Nabi...

yang seumur hidupnya
tidak pernah dimadu...

oleh Saidina Ali Bin Abi
Talib suaminya..."

Untuk pengetahuan semua sebenarnya banyak lagi filem berunsur Islam kita perlu ketengahkan kepada masyarakat umum contonya seperti Syukur 21, Sang Murabbi, Muhammad Utusan Terakhir, The Message, Omar Mukhtar ( Lion Of The Dessert ), The Kingdom of Heaven dan banyak lagi. Filem-Filem ini menggambarkan tentang keindahan Islam itu sendiri yang mana sebagai seorang muslim jatuh kewajipan ke atas kita untuk wujudkan bi'ah (suasana) soleh walau di mana jua kita berada...

Justeru ana berpesan pada diri ana terutamanya dan antum semua agar gunakanlah ilmu dan kepakaran yang ada untuk membuktikan kebenaran Islam di mana-mana sahaja. Di situ terlihat Islam memang agama yang Tinggi dan tiada yang lebih Tinggi darinya ( itu keyakinan kita berdasarkan sabda Nabi ).

Wallahu a’lam...

3 comments:

mutiara solehah said...

salam, Alhamdulillah, sy sdh mmbaca nvl Ketika Cinta Bertasbih. sngt menarik ceritanya. ad 2 episod, but part 1 better than part 2... mmng trnnti-nnti bila akn kuar flmnya.. owh..rupanya kt indon dh kuar yer.. hrp2 KCB x jd mcm AAC bnyak menyeleweng dr msj sbnr y ingin dismpaikan oleh penulisnya..

Ap2 prkembangn tntng cerita ini khbrkn kpd sy yer, sy mmng penggemar2 filem2 dn nvl2 islami.. syukrn..

.:Ismi Farha:. said...

salam alaik..
insya-Allah, sy akn khabarkn pd awk pkmbngan tntg filem KCB nie... =) Barakallahufik...

.:Ismi Farha:. said...

Alhamdulillah...Di sini ana kongsikan sekali pandangan ataupn lontaran buah fikiran mantan PMRAM, ustaz hairul nizam mat hussain utk sedutan filem KCB ini.

Semalam saya sempat menonton filem terbaru "Ketika Cinta Bertasbih". Filem yang menarik. Kalau sebelum ini, karya Habiburrahman "Ayat-Ayat Cinta" pernah difilemkan, namun bagi saya "Ketika Cinta Bertasbih" lebih menarik dan lebih Islamik.

Melalaui filem ini:

1) Saya pasti akan terkenangkan denai-denai al-Azhar, tempat kami menuntut ilmu

2) Para penonton akan dihidangkan dengan cinta menurut kaca mata Islam yang begitu suci dan jauh daripada hawa nafsu

3) Para penonton akan mengenali sikap pasrah dan redha terhadap ketentuan Allah.

4) Para penonton akan menyedari betapa besarnya nilai ilmu tasawwuf dalam membentuk individu yang taat menjunjung arahan Allah dan RasulNya.

5) Anda juga pastinya akan tersentuh dengan sikap cekal hero dalam filem ini dalam menuntut ilmu dan menyara keluarganya yang miskin di Indonesia.

6) Anda juga akan melihat betapa halusnya nilai dakwah yang ingin disampaikan oleh hero kepada anak gadis Pak Duta.

Saya bangga dengan adanya filem seperti ini yang diketengahkan kepada masyarakat yang selalu tenggelam dalam buaian nafsu hanya semata-mata kerana sebuah cinta.

Walau bagaimanapun, filem-filem bercirikan Islam ini perlu lebih menuruti Syariat Islam khususnya dari sudut aurat wanita. Saya bukan seorang pembikin filem. Namun pendedahan aurat yang berlaku dalam filem ini tetap mencalarkan sedikit nilai Islam menelusuri filem ini.

Apapun, saya berpandangan bahawa nilai-nilai yang baik dalam filem ini lebih banyak dan bererti berbanding dengan kecacatan yang saya nyatakan sebentar tadi. Tahniah buat pembikin filem "Ketika Cinta Bertasbih".

Dalam perjalanan pulang pagi ini dari Masjid al-Azhar seusai kami menggamit bicara ilmu dari mulut guru kami yang ikhlas mendidik kami (Syeikh Sayyid Syaltut), saya berborak dengan Ustaz Nazrul. Isunya adalah filem. Mengapa kita tidak mendendangkan kepada para penonton filem-filem Islam yang baik seperti "Ketika Cinta Bertasbih"? Kenapa tidak dibuat satu filem yang mendedahkan kepada masyarakat umum betapa adil dan bertakwanya Sultan Alauddin Riayat Syah dalam kesultanan Melaka satu ketika dahulu sebagaimana watak Sultan Jalaluddin Muhammad Akbar (Sultan terhebat dalam kerajaan Islam Moghul di India) dipaparkan dalam filem Joda Akbar?

Dalam senyum-senyum, saya terfikir, adakah saya selepas ini akan membikin filem bertajuk contohnya "Bila al-Azhar Bertasbih" atau "Bila PMRAM Menangis" atau "Sultan Bertakwa Alauddin Riayat Syah" atau ... atau ... atau...

Begitulah pandangan beliau tntg KCB... Apa yg ana nk stress kan di sni tak mustahil kita juga bakal dan mampu mengenengahkan filem2 Islamic ini di mata dunia. Mungkin dr sudut penerbitan, tak mustahil jgk dr sudut pembikinan filem2 yg berunsurkan Islamic. Insya-Allah.

Apa pun muktahir ini ana lihat suatu kesedaran yg bagus di kalangan masyarakat, mereka kebanyakkannya amat berminat dgn bahan2 ilmiah dr sudut pnulisan mahupun perfileman yg berunsurkan Islamic. Kesesuaian uslub @ methodologi pembawakan da'wah perlu selari dan mengikut semasa. Begitu byk penulisan2 novel Islamic di pasaran skrg. Alhamdulillah rasa syukur ana yg tdk terhingga terhadap kesedaran umat kini.

Namun, jgn kita selesa dgn kelebihan yg ada. Sentiasa shj orang-orang Barat merancang sst yg lebih realistik dan idealistik setiap detik dlm menjatuhkan umat Islam. Suatu keinginan ana utk mengkaji lbh mengenai filem 2012... yg menjanjikan propaganda tersirat YAHUDI ILLUMINATI...wallahu'alm