Pages

Sunday, July 7, 2013

Saya dan Mesir (Bhg. I)

Alhamdulillah 'ala kullihal..
Semuanya dengan izinMu Tuhan
Atas nikmat yang Engkau kurniakan
 
Terasa kerdil rasanya diri
Catatan kecil sang pengembara haraki 
Mengkaji mentafsir menzahir dan mensyukuri
Ternyata realiti, bukan fantasi
Menggali ilmu dan khazanah bumi..
Asal lahirnya Anbiya' dan Ulama' Islami
 
Ulama' robbani pencinta Ilahi
Ulama' sufi pencinta nabi berjiwa murobbi
Umara' haraki pemimpin daulah Islami
 
Sungguh, telah termaktub janji..
Bumi barakah ini dalam kalamMu, Ya Ilahi..
 
 
.......
 
 
Maka,
Akan terbit dan terbukalah
Segala maksud tersirat Ardhul Kinanah
Maftuhnya rahsia jami'ah tertua
Qiblat serambi ilmu bumi barakah
Terserlahnya hikmah sirah para Auliya’ dan Anbiya’nya
Menitisnya wadi sungai Nil terpanjang di dunia
Terdedahnya segala rahsia piramid ajaib dunia
Tersingkap segala hijab kisah Firaun
Terpancarnya kehebatan semangat pejuang jundullah
Dan kekukuhan tembok kubu Salahuddin Al-Ayyubi dan bala tenteranya
Serta mengalirnya ilmu Azhar melalui lidah para pendakwah
Dan tersebarlah berita kemahsyurannya di pelusuk dunia
Hinggalah cahaya kemuliaannya bersinar di seantero dunia
 
 
.......
 
 
Sungguh,
Bumi ini adalah bumi Anbiya'
Tanah ini adalah tanah Auliya'
Negara ini adalah negara kembara
Kembara ilmu para sang guru bijaksana
Kembara dakwah pemimpin daulah Islamiyyah
Kembara barakah peneraju jaulah dan rehlah
Kembara musafir para penjejak bumi barakah
 
Bumi ini juga adalah bumi sejarah
Sejarah para Rasul utusan Allah
Dan sejarah Qarun yang tamak haloba
Serta sejarah Firaun yang ditenggelamkan Allah
Juga merupakan biografi sejarah hidup Auliya'ullah
Dan juga kisah ibrah sejarah kebesaran Allah Azza Wa Jalla
 
Jika kakimu berpijak melangkah
Turuti jejak langkah para Nabiyullah serta para waliyullah
 
 
........
 
 
Buatmu,
Sahabat Azhariah sekalian..
Masih terpahat memori..
Bertatih berjalan berlari
Menangis gembira
Susah senang bersama
Walau pertemuan seketika cuma
 
Sangat menghargai pengorbanan kalian
Seketika mengimbau kembali
Terukir senyuman pengubat diri
Layanan bak pesonanya Cleopatra
Dari awal hingga akhirnya
Moga mendapat sebaik-baik balasan dariNya
Amin Ya Rabbal 'Alamin..
 
Baru mengerti bagaimana kuat, getirnya kalian
Inshaa-Allah…
Doa kejayaan, kemenangan, kecemerlangan..
Sentiasa mengiringi kalian
Moga keikhlasan dan redhaNya jadi buruan
Amanah dariNya buat ummah, keluarga dan diri kalian
 
Akhir kalam
Ukhuwah fillah abadan abada
Mari jejaki rahmat dan redhaNya   
Moga dengan rahmatNya
Menuju pula jannahNya
Maaf jua dipinta
Atas kekurangan dan kekhilafan hamba dhaif lagi hina
 
 
.........
 
 
Bila sudah waktu
Awan jelas berarak lesu
Sarat mengusung irama pilu
Mencanting luka di kalbu
Sudah nama kehiduapan
Pasti ada ketentuan
Sudah nama pertemuan
Pasti ada perpisahan
 
Siiru ‘Ala barakatillah...
 
 
 
 
'Shopping' bersama adik usrah SAMER
 
 
 


 Menziarahi sahabat-sahabat HEWI PMRAM
 
 
 
 


Kenangan bersama sahabat-sahabat BKASM
dan isteri Pengawai HEP Selangor, Kak Norziana Muhammad
sebelum ke mator (airport) Terminal 3 untuk pulang ke Malaysia




 
 

Saturday, July 6, 2013

Analisis Krisis Politik Mesir dan Kejatuhan Presiden Morsi; Dimanakah kedudukan Ikhwanul Muslimin..

Alhamdulillah selesai sudah wacana isu semasa semalam. Mohon kemaafan kepada sahabat-sahabat yang hadir, pada asalnya penceramah jemputan ialah Ustaz Abdul Mu'izz, namun disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, wacana isu semasa ini telah digantikan oleh Ustaz Zuhaili Saiman. Sangat mengujakan penerangan dan sesi soal jawab dijalankan. Inshaa Allah ada rezeki penulis akan tampilkan pula video rakaman semasa wacana ini berlangsung. ^_^


Friday, July 5, 2013

It's COMING >> Ramadhan Kareem


pLeaSe..pRaY_4_MiSr & sYRia!


..SeCreTS of SuCcess..

# Liking and Enthusiasm
# Unrelenting Effort
# Faith in Intention
# Patience and Perseverance
# Focus
# Discipline
# Gradual Progress
# Avoid Blind Following
# Counsel
# History is the Best Teacher
# Firm Determination
# Awareness of Circumstances
# Failure is a ladder to success
# Courage and fearlessness
# Self Sacrifice
# Difficulties and Calamities
# Accepting the Reality
# Flexibility
# The Correct Way






Doa + Usaha +Ikhtiar + Tawakkal

Let's be productive mu'min ! ^_^