Pages

Wednesday, February 20, 2013

..Next DESTINATION..



Input SBM 2.0 by One Heart Creative Solution

SEMINAR BAITUL MUSLIM 2.0 
Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Bertarikh 16 dan 17 Februari 2013 

 

** 2 Hari Penat Dibalas Ilmu Yang Tidak Terkira di Seminar Baitul Muslim

#Ustaz Pahrol Md Juoi
“Apa yang kita semai pada hari ini, akan kita tuai di akhirat nanti.”
◦ “Perlu beriman dengan qada dan qadar Allah supaya dapat berhadapan/menghadapi jodoh dengan betul.”
◦ “Mencari jodoh 1 kebaikan, kebaikan harus dilakukan berulang kali. Kerana seandainya gagal, itu tandanya anda perlu berusaha lagi. Ingat, kegagalan adalah kunci kejayaan.”
◦ Tips pikat hati mertua – “Mencintai orang yang dicintai oleh orang yang kita cintai.”
◦ Kasih sayang – “Dengan menyalakan lilin orang lain, tidak mengurangkan cahaya lilin kita, tapi kita akan dapat lebih cahaya.”
◦ “Berusaha untuk mantakbir, dengan takdir Allah.”
◦ “Rezeki yang Allah bagi pada kita, selaras dengan tanggungjawab. Makin berat tanggungjawab, makin banyak rezeki. Contohnya, makin banyak perkara yang kita perlu selesaikan, Allah akan bagi kita rezeki seorang isteri/suami untuk membantu. Makin banyak kerja yang diamanah kan untuk kita melakukan nya, Allah akan murahkan rezeki kita supaya segala amanah dapat kita laksanakan dengan lancar.”
◦ “Bila hati baik, wajah akan jadi cantik. Dan bukan apa yang kita pandang itu penting tapi cara kita memandang itu penting.”

# Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh
◦ “Tenang dengar bunyi laut dan tenang dengan sejuk laut daripada bunyi dan sejuk air-cond. Tenang dengar bunyi haiwan serangga dalam hutan daripada bunyi kilang kilang di Bandar. KENAPA? Kerana bunyian itu merupakan zikir yang dialunkan oleh ciptaan Allah tersebut kepada Nya tetapi kita tidak faham. Kita rasa tenang kan? Kerana itu alunan zikir yang kita tidak faham. Jadi urus hati, didik hati, belai hati dengan amal soleh yang di suruh Allah supaya hati jadi tenang seperti mendengar bunyi lautan dan serangga.”

# Tuan Hilal Asyraf
◦ “Love is everything that brings you closer to Allah. And whatever brings you further from Allah is never love!.”
◦ “Kalau ucap I LOVE YOU juta juta kali pun, tapi kalau tak bawak pasangan dekat dengan Allah, takda makna!.”
◦ “Jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kamu.”
◦ “Nak betulkan masalah kita dengan manusia, kena betulkan masalah kita dengan Allah dulu. Kemudian, apabila selesai, Allah akan beri kita jalan untuk selesaikan masalah kita dengan manusia.”
◦ “Kalau sayang, bawa dia dekat dengan Allah. Jangan bantu dia kumpul dosa, tapi bantu dia kumpul pahala. Nanti Allah akan bawa dia dekat dengan kita dalam keadaan yang lebih baik dan bahagia.

#Wardina Safiyyah
◦ “A great relationship is the relationship that share the similarities and celebrate the differences.”
◦ “Lelaki dan perempuan memang berbeza. Allah cipta berbeza supaya ada seri hidup. Saling lengkap melengkapi. Bantu membantu. Kita boleh bertemu di satu titik di mana kita boleh sama sama bantu membantu walaupun kita berbeza. Seperti tangan kanan dan tangan kiri. Kalau dua dua tangan kanan macam mana? Fikirkan.”

# Ustaz Muhidin Mokter dan Ustazah Isfadiah Dasuki (Husband and wife)
*slot kesukaan saya dan kemungkinan juga kesukaan orang lain*
◦ “Perbezaan suami isteri adalah adalah untuk complete each other bukan compete each other.”
◦ “Tawan hati ibu mertua dan ayah mertua automatik akan tawan hati suami.”

# Ibu Wirianingsih (from Indonesia)
◦ “Mulai dari bayi jadikan setiap detiknya berarti untuk masa depan yang penuh arti.”
◦ “Jadikan membaca Al-Quran sebagai satu hobi dalam kehidupan.”
◦ “Al-Quran akan menjadikan hidup kita lebih ‘hidup’.”
◦ “Allah akan bantu hambanya yang taat suruhan Nya.”



** Bazir itu Adat vs Budaya Baru Majlis Kahwin


# Entri ini tidak terpakai buat mereka yang mampu. Saya utamakan buat golongan yang tidak mampu supaya kita boleh merubah masa depan yang lebih baik. 
Semalam saya berkesempatan mengikuti Seminar Baitul Muslim 2.0 anjuran One Heart Creative Solution dan antara salah satu slot yang diketengahkan ialah bagaimana hendak mengurus kewangan untuk majlis kenduri kahwin daripada Saudara Suzardi Maulan.

Hari ini, rata-rata budaya Melayu terlalu mementingkan adat sehingga tak kisah jika ‘pembaziran’ dianggap sebagai adat juga. Disebabkan ingin majlis itu mewah dan gah di mata penduduk kampung dan rakan taulan, senyap-senyap membuat pinjaman peribadi daripada bank dan sanggup merana untuk membayar hutang majlis kenduri kahwin selama 10 tahun! Alahai, kasihannya. Sepatutnya pasangan yang berkahwin, yang baru sahaja memulakan kehidupan baru haruslah bebas daripada hutang tetapi disebabkan hari bahagianya wajib besar-besaran (walau hanya satu hari), pinjaman peribadi merupakan jalan penyelesaian.

Salah satu perkara yang sangat menarik perhatian saya, beliau meminta hadirin untuk hanya menjemput orang yang hanya betul-betul dekat dengan kita, yang betul-betul mengikuti perkembangan kita, bukanlah kawan online seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Beliau meminta hadirin untuk menyenaraikan 5 orang teman yang benar-benar kita boleh berkongsi ketawa dan air mata dan saat itu barulah saya sedar bahawa hidup saya tidak dikelilingi dengan teman yang sebegini.
Kemudian beliau suruh menyenaraikan pula nama teman yang hanya boleh berkongsi ketawa dengan kita, barulah senarai ini ramai dalam hidup saya. Tujuan senarai ini adalah untuk mengenalpasti siapa jemputan yang perlu dijemput ketika majlis itu nanti. Semakin jauh seseorang itu, semakin tiada keperluan untuk kita menjemput kerana majlis kenduri kahwin bukanlah bertujuan untuk kita menjemput semua manusia yang kita kenal!

Di bawah ini saya sertakan jadual yang telah dibuat oleh Saudara Suzardi Maulan mengenai pengurusan kewangan dalam majlis kenduri kahwin yang biasanya mencapai RM35,000 tetapi boleh dibuat hanya dengan kos RM8000. Selamat menghayati!



 sources : http://cetusanhati.com/info-and-articles/bazir-itu-adat-vs-budaya-baru-majlis-kahwin  


** Seminar Baitul Muslim Yang Bermanfaat






Seminar Baitul Muslim 2.0 baru sahaja melabuhkan tirainya...apa yang penting ilmu, pengetahuan dan persoalan yang dilontarkan semasa seminar ini berlangsung benar-benar memberikan kedudukan yang jelas matlamat sesebuah perkahwinan yang dibina.

Seminar ini sesuai untuk muslimin & muslimat yang inginkan kelangsungan hidup mengikut anjuran Islam tanpa banyak bunyi. Daripada isu pemilihan jodoh hinggalah kepada Tarbiyatul Aulad kesemua topiknya di kupas dengan menarik. Rasanya, ini lah modul Kursus Pra-Perkahwinan yang perlu di contohi.

Program ini berlangsung 2 hari...Kalau ikutkan hati, sayangnya nak burn weekend. Tapi Allah gerakkan hati untuk join program ni, maka aku pun klik akaun dan bayar - dapat nombor dan wait the day. Best juga dapat jumpa retis dakwah (aka Ustaz & Ustazah ni)...dapat berkat, dapat ilmu...

Topik-topik pada hari pertama:

Slot 1: Cari jodoh; Langkah 1,2,3...
Penceramah: Ustaz Pahrol

Ustaz Pahrol yang mebahasakan kami 'anak-anak' setiap kali dia memanggil kami...sejuk hati sekaligus tak sempat nak leka dengan apa yang disampaikan.

Antara isinya adalah: Ketika kita berada di Alam Rahim, 4 perkara telah ditentukan untuk kita iaitu REZEKI, AJAL, UMUR & JODOH (so jgn nak tanya lagi kenapa aku kawin lmbt).
Jodoh dan rezeki adalah sinonim bersama. Ianya diberikan mengikut kewajipan dan tangungjawab yang kita perlu laksanakan iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Perlu di ingat: Rezeki yang dicari adalah baik, tetapi rezeki yang ditemui adalah lebih baik.

Tips untuk menemui jodoh yang baik adalah:
1) Jadilah seseorang yang baik yakni soleh & solehah
2) Ikut pilihan daripada kalangan orang yang baik (beriman)
3) Menggunakan cara yang baik atau kaedah yang baik
     - Sebagai contoh: menggunakan orang tengah semasa proses merisik
     - Mengumpul maklumat mengenai pilihan hati dan membuat istikarah
     
Perigi cari timba? Boleh... Jangan malu untuk melakukan kebaikkan. Cuma mentaliti Melayu yang menidakkannya, sedangkan Islam membolehkannya...Ingat! Islam itu Agama, Melayu itu Adat...

Setiap sesuatu itu punya petanda, pilih la wanita yang menjaga solat dan menutup aurat. Manakala lelaki, pilih la yang bertangungjawab, seseoarng yang menjaga punctuality, mempunyai kebijaksanaan membuat keputusan dan berkemampuan untuk menjadi pemimpin.

Slot 2: Pengurusan Jiwa
Penceramah: Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh

Ustaz ini kaya dengan humor dan antonasi suara menjadikan kami semua sentiasa senyum dan enjoy untuk meneruskan sesi seterusnya. 

Lelaki dan wanita memang dijadikan berbeza dari pelbagai aspek. Antara yang selalu di perkatakan adalah: 
Sifat lelaki mempunyai 9 logik dan 1 emosi  - membolehkan mereka menjadi pemimpin 
Sifat wanita mempunyai 1 logik 9 emosi - membolehkan mereka menjadi follower

Apabila berlaku perbezaan, minta lah fatwa dari hati... setiap amal kebajikan kita pasti akan merasa tenang tenteram dan setiap dosa yang dilakukan pastinya kita akan merasa bergetar, serabut dan stress dan teragak-agak. 

Apabila diberi pilihan untuk ketenangan, kita memilih samaada mendengar bunyi ombak di pantai atau bunyi mesin di kilang? Pastinya kita memilih mendengar bunyi ombak di pantai kan...Pernah terfikir tak kenapa? tak pernah....ini kerana alam semulajadi itu kepunyaan Allah, dan semua makluknya bertasbih kepada Allah...itu lah yang membuatkan kita tenang, fitrah semulajadi dan kehidupan. 

Slot 3: Fulus oh Fulus
Penceramah: Tuan Suzardi Maulan

Sesi yang sangat serius...mana tak serius kerana ianya melibatkan pengurusan ekonomi keluarga, perancangan hidup...kurangkan hutang...Antara cadangannya jangan kumpul hutang secepat mungkin especially hutang kereta, personal loan dan hutang rumah...kalau boleh elakkan memiliki semua ini sebelum 7 tahun pertama apabila anda bekerja...sesuai dengan sejarah bagaimana Nabi Yusuf a.s memberikan tafsiran terhadap dua mimpi Raja Firaun dalam sejarah Mesir kuno. Ini difirman oleh Allah dalam surah Yusuf ayat 43 yang bermaksud: ”Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: ”Sesungguhnya aku bermimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus,dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang-orang yang pandai mentakbirkan mimpi.”

Untuk perbelanjaan kawin pecah-pecahkan yang mana yang wajib (perlu) dan yang sunat (tak perlu pun takpe). Antara cadangan yang paling daring adalah jemputan hanya 100 orang yang rapat sahaja (sape berani?)...Kenapa kena ada perbelanjaan yang rapi? takkan kita nak jadi RAJA SEHARI, HAMBA 10 TAHUN... maklumat lanjut refer blog beliau : fikir...fikirkan lah ...http://www.pakdi.net/berhenti-jadi-raja-sehari-kemudian-jadi-hamba-bank-10-tahun-sbm2-0/

Pakdi siap bagi jadual perbelanjaan & pengursan perkahwinan lagi...

Slot 4: Sebelum aku Bernikah
Penceramah: Tuan Hilal Asyraf

Sesi ini adalah perkongsian pengalaman beliau yang berkahwin di usia muda dan mengikut anjuran Islam tetapi beliau memilih sendiri wanita pilihanya. Penyampaian yang bersahaja seperti anak muda yang seusia dengannya menjadikan sesi tersebut bertenaga walaupun pada waktu-waktu kritikal (mengantuk...hahaha)

Antara pesanan beliau: 
orang yang bakal kita kahwini (sama ada lelaki atau wanita) .... ingat...kita akan hidup dengan manusia lain ... manusia itu mempunyai keluarga sendiri, mempunyai minda sendiri, mempunyai jiwa sendiri...so jangan nak programkan sangat supaya pasangan kita itu menjadi seperti kita...

 

Topik-topik pada hari kedua:

Slot 1:Oh Mertuaku!
Penceramah: Ustaz Pahrol

Antara isi slot ini adalah: 
Tauhid mindset
Ibubapa mertua adalah setaraf dengan ibubapa sendiri. Ini bermakna apabila kita berkahwin dengan seseorang maknanya kita akan berkahwin dengan seluruh keluarganya. Ibubapa mertua berhak untuk mendapat ketaatan daripada kita dan mendapat layanan yang baik setiap masa. Ambil pengajaran apabila Rasulullah menjadi mertua dan menantu. 

Perbezaan dengan keluarga mertua bukan semuanya pertentangan. Kadang-kadang matlamat sama cuma kaedah sahaja yang berbeza. Admit and celebrate the different. (Mak mertua tu pun manusia juga)

Ada 4 golongan yang kita tidak boleh katakan Ah'...Cis'...iaitu: Ibubapa kandung, Ibubapa mertua, Ibu susuan dan Penjaga kita. 

Pasangan yang baru berkahwin tidak digalakkan untuk duduk bersama ibubapa kandung atau mertua - ini kerana proses mengenal dan perbezaan masih tinggi antara pasangan dan disamping untuk berlajar berdikari.

Tips berhadapan dengan bakal mertua: 
  1. jaga akhlak islamiah- jaga adap 
  2. kenal ibu mertua anda-modal untuk layan suami - kerana ibu adalah madrasah untuk mendidik anak-anak
  3. tahu tujuan hidup, untuk berta'awun - bekerjasama antara satu sama lain
Slot 2: Rumah ku, Syurgaku (Bainati Jannati)
Penceramah: Ustaz Zaharuddin 

Ustaz yang cukup glamor especially bidang muamalat seperti yang kita biasa dengar di Ikim.fm. 
 Antara kandungan slot beliau adalah: 
Sumber kebahagiaan anak adam adalah:
  1. Rumah yang luas
  2. Kenderaan yang selesa
  3. Perempuan yang solehah
  4. Jiran yang baik
3 element syurga dalam rumah tangga 
  1. Duduk lama dan suka nak balik rumah 
  2. Cinta dan kasih sayang - cinta pada suami mengikut haraki 
  3. Rahmah - saling belas kasihan 
Slot 3: Tarbiyyatul Aulad
Penceramah: Ustaz Abdul Basit Hj Abdul Rahman  

Ustaz Abdul Basit memberi 3 kaedah dalam mendidik anak-anak di rumah iaitu mestilah ada tarbiyah, pelajaran dan didikan. 
Fitrah naluri kenapa kita digalakkan mengazankan anak-anak yang baru lahir? Ini kerana kita hendak mengenalkan kepada mereka kalimah Allah dan Rasulullah. 
3 waktu sesuai mendidik anak-anak:
  1. ketika berjalan-jalan-menaiki kenderaan
  2. ketika makan
  3. waktu anak sakit 
  4. beri hak anak-anak 
  5. doa untuk anak-anak 
 Doa supaya anak menjadi soleh/solehah adalah: Doa Nabi Zakaria: Surah Al Imran Ayat: 38 
 
Slot 5: Melentur Rebung
Panelis: Ibu Wirianingsih
 
Ibu Wiri dan suaminya mempunyai 10 anak yang kesemuanya mampu untuk menghafaz 30 juz Al-Quran dalam usia yang muda. Mereka ini daripada Indonesia dan pasangan suami isteri ini sangat aktif dalam program sukarelawan. Ada diantara anak mereka sedang berlajar di UIA. 

Antara tips beliau: 
 
Masa mengandung, selalu dengarkan bayi di dalam kandungan dengan ayat-ayat Al-Quran. 

Semasa membesarkan anak-anak dirumah, beliau akan mengajar anak-anak 10 perkataan arab sehari, menghafal maksud surah-surah, kurangkan tengok tv dari kecil, ada perjanjian untuk tgk tv, berapa lama dan nak tengok rancangan apa...rumah mereka terlalu banyak buku kerana setiap bulan Ibu Wiri akan membawa anak-anaknya membeli bahan bacaan sehinggakan kesemua daripada mereka berkaca mata-kesan daripada pembacaan yang banyak dan lama (gurauan Ibu Wiri)

Jika anak-anak yang masih kecil bertanya: Kenapa saya perlu menghafal Al-Quran?
Kerana  menghafal A-Quran menjadikan hidup lebih bagus dan baik. 

Huh...panjang berjela entry kali ni... Program ini di anjurkan oleh One Heart Creative Solution, dan mereka akan meneruskan untuk sesi yang ke3, ke4 ...dan seterusnya. Ambil lah peluang untuk belajar daripada pengalaman orang lain, kerana pengalaman setiap daripada kita adalah berbeza. RM150 untuk 2 hari sangat berbaloi...Dapat kawan baru, namanya Fatihah seorang Software Engineer di P1, ade lagi kawan-kawan lain...tapi lupa nak tanya nama, main sembang jer...Alhamdullilah...

Teringat nasihat Ustaz Pahrol: Apabila orang bertanya kepada kita ... Awak ni orang yang soleh ke? Awak ni orang yang beriman ke? Awak ni orang yang baik ke?
Maka jawablah : Saya sedang bermujahadah kepada Allah atau Saya sedang menjadi orang yang lebih baik...

sources: http://oyasayang.blogspot.com/2013/02/baitul-muslim-20-sangat-bermanafaat.html

 -Wallahualam-