Pages

Tuesday, June 30, 2009

:::Susahnya nak jadi baik...:::



CINTAGUNG 4#
DIADAPTASI DARIPADA SAHABATKU
::syahidah sujari::


Bismillahi wal hamdulillah...

1. Cuti sempena tahun baru cina baru sahaja berlalu..bukak cuti ni macam2 yang perlu dibuat, dengan quiz, assignment, dan meeting yg sedia menanti..

2. Saya pun dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni, akibat kesibukan aktiviti harian.

3. Sekadar nak berkongsi ssuatu..
semasa cuti hari sabtu yang lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri meeting bersama alumni SAMTAJ iaitu bersama sahabat2 dan junior2 sekolah untuk merancang satu program untuk adik2 samtaj..sebagai orang yang ditaklifkan untuk mnjadi MT, sebelum nie pun saya dah pernah meeting dgn shabat2 alumni..



My Bro handiwork. How nice the da'wah trully from our deep heart. (Arkib F)


4. Dlm perjalanan sebelm sampai ke sekolah, sahabat sy pun membuka cerita...katanya ada seorang alumni samtaj (perempuan) kurang senang dengan panggilan 'muslimat' yang biasa saya dan sahabat saya gunakan sewaktu meeting..katanya, knp guna term 'muslimat' , ana, anta dan sebagainya? rasa macam baik sangat je bila gunakn term2 macam tu...subhanaAllah, terkedu+terkejut saya dengar cerita shbat saya tu...

5. Dlm hati, saya berfikir..takkan guna term 'muslimat' pun tak boleh? habis tu nak panggil ape? wanita? perempuan?..ish2, susahnya nak jadi baik ni kn...nak mengislahkan keadaan pun susah juga rupanya..

6. Inilah hakikatnya sahabat2 kita di luar sana..ada juga di antaranya yg masih jauh dari nur islam yang sebenar. bukanlah nak kt yang saya ni baik sangat, tp saya berusaha untuk berdakwah kepada sahabat2 sekolah saya..caranya dengan menggnakn term2 yng sedikit islamik macamtu la..tapi mungkin pendekatan saya yg kurang sesuai..syadid sangat agaknya.

7. Saya pun pelik juga, dorang ni kn sekolah agama..takkan tak nak jadi baik? pelik sangat ke bila gunakn term2 macamtu? mungkin sejak sekolah dlu kami tak menerapkn pendekatan yg macamtu. tarbiah ms kt sekolah dlu pn tidaklah semantap sekolah2 agama lain seperti kisas @ maahad muhammadi ke....sekolah kami pun terletak di tengah bandaraya shah alam..mungkin ini salah satu faktornya.

8. Teringat salah seorang shabat saya pernah bagitahu, katanya sekolah agama di selangor ni sedkit 'sekular'..tidak seperti sekolah agama di kedah, kelantan dan terengganu..ehmm, entah la..mungkin jugak kot.

9. Niat di sini bukanlah untuk saya membuka aib sekolah saya atau memburukkan-burukkan sekolah agama di selangor, tp apa yang perlu kita ambil pengajaran adalah perlunya kita menerapakn nilai2 tarbiah yang mantap dan padu untuk adik2 sekolah sejak form1 lagi..melentur buluh biarlah dari rebungnya. kalu kita nak memghasilkan produk2 amilin, pendkwah@pendokong islam untuk masa depan, knelah berusaha dari sekarang.

10. Sebab itulah atas kesedaran iman dan islam, serta sayangkn sekolah..saya dan sahabat saya berusaha untuk bekerja ke arah itu..dengan cara 'back to school' dan buat program2 tarbiah untuk mereka..
semoga dengan usaha yang sedikit ini akn di pandang tinggi di sisi Allah. syukran buat sahabat seperjuangnku, Syahidah Sujari atas skongan & semangat nti..(^-^)


20 JUN 2009, Hotel Armada, PJ
-Reunion samttaj batch SPM05- (Arkib F)

HIDUP SAMTAJ...BUMI KARAMAH!..ALLAHUAKBAR!




Sunday, June 21, 2009

Balasunkawa buat Ustaz Fathi Yakan

CINTAGUNG 3#




Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di Lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas Solat Asar hari ahad 21 Jamadil Akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkuburan keluarga di Babur Raml. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi Masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Di antara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden Syria, ketua dewan rakyat Nabih Barrik, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili Ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad Ar-Rifaie, Timbalan Setiausaha Agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik As-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu di akhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)



Latar belakang Fathi Yakan


Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.


Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.


Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Kitab karangannya, Apa Erti Saya Menganut Islam (popular dengan ungkapan kitab Maza ya'ni) masih terus menerus menjadi salah satu teks usrah d pelbagai peringkat - menara gading mahupun d peringkat umum dan khusus.


Isteri beliau bernama Mona Yakan dan beliau meninggalkan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.AMIN...



Berita rasmi kewafatan Ustaz Fathi Yakan Rahimahullah :-

http://www.daawa.net/display/arabic/news/NewsDetails.aspx?ID=4535&tid=3
http://www.ikhwanonline.com/



Friday, June 12, 2009

... I'm in ur HEaRt (all of u) ...

CINTAGUNG 2#
----------------------------------------------------------------
Farha is 21 years old. She is lovely solehah princess who likes to share her stories. She also a Muslim girl who never give up. She also has lots of friends. I will fight for right!!! I will not scared of the devils!!!


Daisypath Wedding Ticker
------------------------------------------------------------------

Wednesday, June 10, 2009

AlhamduLiLLah Ya Allah~

CINTAGUNG 1#
Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin.. ana rafa'kn rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t yang Maha Esa, pemilik dan pencipta serta Tuhan segala isi alam di dalamnya... Dengan terhasilnya blog ana yang tak seberapa ini, mudah2an dapat menyentuh hati dan jiwa-jiwa kita untuk lebih mendekatkan diri kita pada Rabbul'alamin.. amin. Siapa ana itu tidak penting. Apa pun ana harap blog ini dapat memberi manfaat buat semua.. (^_^)