Pages

Tuesday, June 30, 2009

:::Susahnya nak jadi baik...:::



CINTAGUNG 4#
DIADAPTASI DARIPADA SAHABATKU
::syahidah sujari::


Bismillahi wal hamdulillah...

1. Cuti sempena tahun baru cina baru sahaja berlalu..bukak cuti ni macam2 yang perlu dibuat, dengan quiz, assignment, dan meeting yg sedia menanti..

2. Saya pun dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni, akibat kesibukan aktiviti harian.

3. Sekadar nak berkongsi ssuatu..
semasa cuti hari sabtu yang lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri meeting bersama alumni SAMTAJ iaitu bersama sahabat2 dan junior2 sekolah untuk merancang satu program untuk adik2 samtaj..sebagai orang yang ditaklifkan untuk mnjadi MT, sebelum nie pun saya dah pernah meeting dgn shabat2 alumni..



My Bro handiwork. How nice the da'wah trully from our deep heart. (Arkib F)


4. Dlm perjalanan sebelm sampai ke sekolah, sahabat sy pun membuka cerita...katanya ada seorang alumni samtaj (perempuan) kurang senang dengan panggilan 'muslimat' yang biasa saya dan sahabat saya gunakan sewaktu meeting..katanya, knp guna term 'muslimat' , ana, anta dan sebagainya? rasa macam baik sangat je bila gunakn term2 macam tu...subhanaAllah, terkedu+terkejut saya dengar cerita shbat saya tu...

5. Dlm hati, saya berfikir..takkan guna term 'muslimat' pun tak boleh? habis tu nak panggil ape? wanita? perempuan?..ish2, susahnya nak jadi baik ni kn...nak mengislahkan keadaan pun susah juga rupanya..

6. Inilah hakikatnya sahabat2 kita di luar sana..ada juga di antaranya yg masih jauh dari nur islam yang sebenar. bukanlah nak kt yang saya ni baik sangat, tp saya berusaha untuk berdakwah kepada sahabat2 sekolah saya..caranya dengan menggnakn term2 yng sedikit islamik macamtu la..tapi mungkin pendekatan saya yg kurang sesuai..syadid sangat agaknya.

7. Saya pun pelik juga, dorang ni kn sekolah agama..takkan tak nak jadi baik? pelik sangat ke bila gunakn term2 macamtu? mungkin sejak sekolah dlu kami tak menerapkn pendekatan yg macamtu. tarbiah ms kt sekolah dlu pn tidaklah semantap sekolah2 agama lain seperti kisas @ maahad muhammadi ke....sekolah kami pun terletak di tengah bandaraya shah alam..mungkin ini salah satu faktornya.

8. Teringat salah seorang shabat saya pernah bagitahu, katanya sekolah agama di selangor ni sedkit 'sekular'..tidak seperti sekolah agama di kedah, kelantan dan terengganu..ehmm, entah la..mungkin jugak kot.

9. Niat di sini bukanlah untuk saya membuka aib sekolah saya atau memburukkan-burukkan sekolah agama di selangor, tp apa yang perlu kita ambil pengajaran adalah perlunya kita menerapakn nilai2 tarbiah yang mantap dan padu untuk adik2 sekolah sejak form1 lagi..melentur buluh biarlah dari rebungnya. kalu kita nak memghasilkan produk2 amilin, pendkwah@pendokong islam untuk masa depan, knelah berusaha dari sekarang.

10. Sebab itulah atas kesedaran iman dan islam, serta sayangkn sekolah..saya dan sahabat saya berusaha untuk bekerja ke arah itu..dengan cara 'back to school' dan buat program2 tarbiah untuk mereka..
semoga dengan usaha yang sedikit ini akn di pandang tinggi di sisi Allah. syukran buat sahabat seperjuangnku, Syahidah Sujari atas skongan & semangat nti..(^-^)


20 JUN 2009, Hotel Armada, PJ
-Reunion samttaj batch SPM05- (Arkib F)

HIDUP SAMTAJ...BUMI KARAMAH!..ALLAHUAKBAR!




6 comments:

iman sayyidah said...

salam..

masyaAllah..nape copy balik entry ana tu..malu la plak..hehe..
syukran sahabat...doakn kita semua diberi kekuatn untuk meneruskan perjuangn di jalan ini..

.:Ismi Farha:. said...

hehe.. xpa, just nak bg smangat kt shbt2 lain drpd entry tue.. sekurang-kurangnya ada input yg org lain dpt drpd entry tue.. insya-Allah ana akn masukkan entry ana sendiri tentang SAMTTAJ nnt.. =) alhamdulillah, ckg jemput ana bg pengisian buat adik2 jumaat nie.. doakan mudah-mudahan dipermudahkan oleh-NYA. amin. syukran sahabat2..t'utamanya enti. kalian tak akan ana lupakan... May Allah Bless all of u..

najla said...

salam ziarah kak..
npe box chatting 2 xde..huhuhuhu..
best la entry akk ni..
hmm,ntah2 sume sek SAM cm2 kot..
sy pn rse penggunaan 'islamik' cm2 x digunakan kt sek sy..
xpe2,perjuangan..
miss u

.:Ismi Farha:. said...

~TO NAJLA

salam alaik...
itulah situasi mutakhir ini.. =)

bru2 nie (ari jumaat-24th) akk jump ckg2 kt sek men dlu, mrk luahkn perasaan tntg stdnt2 yg xjga cra pmakaian. t'utamanya bila amk result exam..so, after diz sume wajib pkai bju sek..hehe.

erm..mcm2 ckg crita lg..
apa pn, tjuk pengisian ana ari2.. "Seharum Mawar di Padang Pasir". Tjuk nie menggmbrkn situasi adk2 yg akn survive sendiri walau di mna mereka b'ada lps tamat sek nnt..s/ada di IPT or..somewhere else..apa yg pentg, kna amalkn sgala ilmu yg mrk blaja di zmn sek. men. nie...

"bak kta seorg shbt ana..adk2 nie actlly, kna bsedia mental n fizikal dr skrg utk hdapi cbran kt IPT. psiapan paling pntg = rohani + akhlak. bila ruhyah kte kuat, apa jua cbaran kta akn mdh hadapinya.." tajuk yg akk sampaikn nie blh relate jgk dgn Surah Al-Baqarah ayat 155.. =)

Insya-Allah akn ad siri ke-2 membawa isu couple pula utk adik2 (ckg2 suggest tjuk nie..) syg sebenarnya pd adk2 sek nie walaupn pd hakikatnya adk2 form5 je yg ana knal(sbb adk2 nie sempat lg jumpa batch ana, time tue adk2 nie form 1)... satu lg..sbb demi ISLAM TERCINTA.. perjuangan harus dteruskan hingga akhir hayat walau apa jua keadaan skalipn..
(i don't care!). Doakan mudah2an dpermudahkn sgala gerak kerja..amin!

ada box chatting kt situ..
myb kna refresh balik..try la lg,k. rindu jgk adk2 kt perak..
1st day ana kt sini..t'ingat adk2 n shbt2 pjuangan...
uhibbuki fillah aidhan...

Miss X said...

Salam mahabbah..
Kita mungkin xknal, tapi kita muslim, alasan yang sudah cukup kuat menjadi saudara.

Tahniah, Farha ni pada pandangan saya anda sudah mengaku sebagai daie, dan sedang berusaha keras melaksakan jawatan itu.

Berkenaan 'seorang sahabat yang tak senang dengan panggilan muslimat, ana, enti-enta', saya hormati dan respek pandangan Farha untuk menyebatikan mereka dengan panggilan sebegitu.

Cuma, kita sebagai daie juga perlu memahami uruf masyarakat. Masyarakat kita tak lahir dalam suasana begitu. Tidak terdidik dalam biah yang solehah.

Hatta 'bekas pelajar aliran agama' sekali pun bukan tiket untuk dapat mereka menganuti sepenuhnya islamisasi. Kerana kita sendiri berada dalam dunia fitnah. Kaca televisyen dan persekitaran lebih berat mempengaruhi dan keduanya jauh menyimpang dari apa yang terkandung dalam biah soleh.

Salah satu uslub dakwah ialah kita bercakap dalam bahasa mad'u. Bukan tidak boleh untuk ber'ana-enti-enta' dalam percakapan, kadang-kala ia perlu untuk menghasilkan siqah (kepercayaan orang terhadap daie). Tetapi apabila ada yang mula menarik muka mendengar bahasa kita, lebih baik kita kendur-kendurkan.

Jangan salahkan masyarakat. Mereka jahil kerana KITA yang masih belum menghilangkan kejahilan mereka. Mengikis kejahilan bukan setahun dua, bukan jua 10-20 tahun.

Mereka harus benar-benar difahamkan dari sudut hakikat, kemudian ins allah akan faham dari sudut syariat. Barulah menjadi muslim dan mukmin yang tegar, kerana ia terhasil dari INSIDE-OUTSIDE. (Tapi tak sekali-kali kita menolak penggunaan hukuman untuk menegakkan syariat)

Ins Allah, teruskan menjadi daie. Moga sinar Islam kemilau hingga ke sanubari tiap muslim.

Salam dari Dataran Syam ^_~

.:Ismi Farha:. said...

salam mahabbah sahabat2 yg ana sygi krn Allah...

Alhamdulillah...
byk jgk comment2 dr shbt2...

To syahida majid:
sykran jazilan enti semestinya ada persepsi sendiri tntg isu ini...
ana x nafikan dalam kesibukan kita menarik mad'u.. kmungkinan method yg dgunakan kdg2 krg mberi ksan pd mad'u itu sendiri...


ana tertarik dgn uslub da'wah tersebut..menggunakan bhs mad'u yg sblm nie pn ana prnh dgr sbnarnya.. ana skrg sdg bmujahadah utk lbh mndkti mad'u..dlm kajian mnerusi pmbacaan n mrujuk bberapa org2 yg faqih dlm da'wah fardhiah ini.. Ianya bmula dr hati kita utk sampaikn message da'wah agr mudah menusuk ke dlm hati dan jiwa org2 yg nak kan Islam itu sendiri..hatta..dmna jua pn kta b'ada uslub perlulah bsesuaian dgn keadaan..ana memahami. Tetapi, jgn pula keadaan mempengaruhi kita. biarlah kita yg mempengaruhi keadaan. Ana rangkumkan persoaln ‘bkn tiket utk dapat mereka anuti sepenuhnya islamisasi’. Tdk semua bahan yg dbentuk dgn acuan yg betol akan menjadi bentuk yg dkehendaki. Jika betul bhn yg dgunakan , sebati, dan cukup yakin dgn adunannya maka akan mudahlah proses pmbentukkn yg diidam2kn. Apa yg ana cuba lahirkn di sini ialah krgnya sensitiviti umat islam sendiri tentang sesuatu yg menjurus kpd kebaikan… Benarlah Islam itu bermula dlm keadan dagang, dan akn kembali dlm keadaan dagang juga… sama2 kita fikirkan.

A beginning: Suatu permulaan yg mdh2an mbawa titik tolak kpd pengislahan (perubahan) dlm diri k'arah kbaikn dan lbh kuat pergantungan pd Allah. Kehadiran Ramadhan adalah satu pmulaan utk ana mndkati mad'u2 dgn method yg pelbagai mungkin… itu janji ana… Insya-Allah amin. Mdh2an Allah pmudahkan.


Apa pn ana mohon doa drpd shbt2 agar kuat ana bila d'uji Allah kelak. seperti dalam surah As-Saff ayat 2-3. yang bermaksud: wahai org2 yg beriman! mengapa kamu mengatakan sst yg tdk kamu krjakn? sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.kta sbg seorg hambanya pasti x tlepas dr ujian Allah. x layak kta dkatakn beriman, slagi kita tak diuji oleh Allah s.w.t... buat tguran utk diri yg dhaif ini jgk...

akhir kalam, syukran jiddan skali lg pd enti krn menegur ana dan sudi bkongsi pendpt. andai ada isu dan pkongsian buah fikiran yg blh kta diskusikn lg bknaan entri2 dlm 'PARADISE SEEKERS', tafaddhal mashkurah..ana sgt mengalu-alukn kedatangan shbt2. Jazakumullahu Khairan Kathiran Jaza'...