Pages

Sunday, January 20, 2013

MaGiC PhRaSes ToDay~

Belajarlah bebaskan diri dari mencari penghargaan manusia. Bila kita sudah berjaya kita hanya menharapkan penghargaan Allah dan disitu bermulanya ketenangan hidup - Prof. Muhaya


Antara langkah awal bagi menangani stress secara matang dan bijaksana yang anda boleh lakukan adalah dengan meminta pertolongan, nasihat serta pandangan. Ini bukan bermakna anda lemah. Ambil peluang untuk mendengar nasihat serta saranan dari kaunselor, pakar motivasi, alim ulama', ustaz/ah malah rakan sebaya yang boleh anda percaya. - Sahabat PAPISMA


[BERSYUKURLAH] Setiap manusia menghadapi dugaan mengikut kemampuannya. Carilah hikmah dari apa yang Allah telah tetapkan untuk diri kita. - Nanie


Ketahuilah bahaya angan2 panjang ( lupa akhirat ) itu antaranya :
1- Menangguhkan ibadat,
2- Melupai taubat,
3- Menghasilkan tamak,
4- Mengeraskan hati.
Semoga kita dijauhkan daripadanya dengan peliharaan Allah, amin.
Rujukan : Minhajul Abidin ( Imam Al Ghazali ).
~Jangan biarkan tuntutan dunia mengenepikan tuntutan akhirat - Nanie



Kepada kawan-kawanku yang dilanda masalah yang terasa amat berat. Dengarkan ini.
Apa pun masalah kita, jika kita membaikkan hati,
Allah akan membaikkan hidup kita.
Bersabar itu tidak mudah seperti yang dinasihatkan,
tapi hadiahnya kita terima terus dari Allah.
Apa yang kita lihat bukan seperti apa yang kita fikirkan.
Belum tentu benar.
Tapi janji Allah dan Rasul lebih benar dari segalanya.
Keyakinan ini sangat bernilai dan dinilai ketika hidup.
Yakinlah dengan janji Allah.
Seluruh kisah Nabi-nabi dalam Quran bukan cerita untuk melelapkan mata tapi ia kisah untuk diikuti sehingga kiamat bahawa pertolongan ghaib Allah yang sama akan datang. 
Ketika itu tersenyum merasai kebodohan akan diri kita - Ustaz Ebit Lew


Jangan Cuai Sara Keluarga
Riwayat: Abu Daud dan lain-lainnya
Hadith:
Daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Cukuplah dosa seseorang itu dengan mencuaikan tanggungjawabnya menyara keluarganya.
Menyara keluarga adalah tanggungjawab kepada ibubapa. Keengganan mengeluarkan belanja untuk keluarga adalah dianggap sebagai suatu kesalahan disisi syarak. Menyara keluarga adalah lebih mustahak daripada berbelanja untuk tujuan lain. Seorang itu berkewajipan memberi makan anak isterinya, ibubapanya yang hilang upaya, kaum kerabat yang terdekat dan orang yang dibawah tanggungannya - Ust. Nasrudin Hassan Tantawi.
Learn to be humble even if you have reached the highest mountain on earth - Izyan Munirah

KEEP IT UP!!!

~Mentadabbur ‘AlamMu~



..Alhamdulillah..
Benarlah..
Ketenangan itu hadir..
Tatkala
Sang hamba mengingati kekasih abadinya, Allah SWT..
Cinta hambaNya tidak pernah sempurna..
Malah, kerdil, hina, lagi alpa..
Namun, Allah SWT tetap mengasihi hambaNya..
Kotak fikiran mula diasak membayangkan indah ciptaanNya..
Meninggalkan kerja-kerja dunia..
Melupakan segala isi-isi dunia..
Merasai hanya kehadiranNya disisi sentiasa..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ah,
Rindunya mentadabbur alam ciptaanMu Ya Allah..
Tersangat rindu..
Maafkan aku Ya Allah..
Ampuni daku Ya Rahman
Dampingi daku Ya Rahim..
Alpanya aku dalam mengkaji ‘alamMu..
Kelibat air laut yang beriak tenang.. 
Gunung-ganang di pasak bumi.. 
Ikan-ikan berenang riang.. 
Angin sepoi-sepoi bahasa melambai-lambai.. 
Awan memutih di kaki langit, berarak perlahan di tiup angin.. 
Sang mentari terbit dan terbenam.. 
Bot-bot kecil nelayan, mencari rezeki.. 
Burung-burung berterbangan sana dan sini.. 
Pasir-pasir yang halus mulus.. 
Binatang-binatang pelbagai rupa dan ragam.. 
Keunikan batu-batu teduhan di tempat tinggi dan rendah..
Sambil melukis, menggambarkan keindahan kejadianMu..
Sambil membaca, dan mentadabbur, kalamMu, Al-Quran...
Sambil mendengar, ayat-ayat cintaMu, Al-Furqan..
Sambil mendengar alunan nasyid memberkas di jiwa..
Sambil berkejar-kejaran di laut bersama sahabat-sahabat muslimat
Moga membangkitkan semangat yang kian pudar..
Tidak terukir indahnya saat itu..
(nak kejar2? hmm..dgn syarat takda org lelaki la nampaknye..)..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pabila siang berganti malam..
Mentadabbur pula
Bintang berkelipan, menggamit kalkatu malam.. 
Sang bulan cerah, menerangi kesuraman malam.. 
Sang awan berarak-arak menutupi sang bulan.. 
Angin dingin mengigit-gigit kulit, tubuh mula menggigil kesejukan..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Allah..
Sangatlah rindu suasana itu..
Seperti inginkan suasana itu sekarang..
Diiringi kehadiran ibu dan ayah..
Berkongsi rasa bersama mereka
Walau kesihatan ibu tidak berapa mengizinkan..
Ingin skali membawa ibu mentadabbur ciptaanNya..
Merekalah insan-insan yang dikasihi keranaMu Ya Allah
Insya-Allah Biiznillah, andai ada rezeki..
Mana-mana sahaja lautan akanku jejaki
Ingin juga muhasabah buat diri..
Bagaimanakah amalan-amalanku selama ini ???
Moga Allah redha...amin3x..
Harapanku moga ibu cepat sembuh seperti sediakala..
Moga Allah beri kesihatan yang terbaik buat kami sekeluarga
Ibu, Ayah, Abang Pai, Kak Ulya, Adik Faiz dan diriku jua
Amin3x Ya Rabb...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mutiara kata daripada:-

# Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh
◦ “Tenang dengar bunyi laut dan tenang dengan sejuk laut daripada bunyi dan sejuk air-cond. Tenang dengar bunyi haiwan serangga dalam hutan daripada bunyi kilang kilang di Bandar. KENAPA? Kerana bunyian itu merupakan zikir yang dialunkan oleh ciptaan Allah tersebut kepada Nya tetapi kita tidak faham. Kita rasa tenang kan? Kerana itu alunan zikir yang kita tidak faham. Jadi urus hati, didik hati, belai hati dengan amal soleh yang di suruh Allah supaya hati jadi tenang seperti mendengar bunyi lautan dan serangga.”


~La Haula Wala Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azeem~