Perkongsian daripada sebuah blog. Moga pembaca sekalian mendapat butir-butir hikmah melalui penulisan ukhti nadhirah dan ukhti nurul adni adnan ini ^__^
STORY I
Sekiranya ditanya apakah matlamat hidup anda? Pasti ramai yang akan berkata untuk beribadah kepada Allah. Tetapi cuba anda tanya diri anda sendiri, deep down inside, benarkah itu matlamat hidup anda? Benarkah anda hidup semata-mata kerana Allah? Ibadahku, Hidupku, matiku hanya kerana Allah? Perkataan yang akan diulang-ulang oleh kita setiap hari dalam solat 5 waktu. Benarkah?
Sekiranya ditanya apakah matlamat hidup anda? Pasti ramai yang akan berkata untuk beribadah kepada Allah. Tetapi cuba anda tanya diri anda sendiri, deep down inside, benarkah itu matlamat hidup anda? Benarkah anda hidup semata-mata kerana Allah? Ibadahku, Hidupku, matiku hanya kerana Allah? Perkataan yang akan diulang-ulang oleh kita setiap hari dalam solat 5 waktu. Benarkah?
Tepuk dada tanyalah iman. Adakah aku hidup demi mancapai matlamatku untuk
menjadi seorang doctor?seorang lawyer? Seorang arkitek atau seorang jurutera.?
Atau adakah hidupku untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku semata-mata? atau
adakah hidupku hanyalah untuk cinta kepada si dia?
Apabila ditanya, mahukah kamu masuk ke syurga? Pasti semua akan mengatakan
YA, SAYA MAHU MASUK KE SYURGA!.... tidak ada seorang pun yang apabila
ditanya, mahu masuk ke neraka. Semuanya inginkan nikmat syurga yang tak tergambar
oleh kata-kata. Tetapi sedarkah anda, bahawa untuk memasuku ke syurga itu ada
harganya. Apa anda ingat dengan hanya belajar tinggi-tinggi mengejar impian
anda, berjaya dalam kerjaya, berkahwin, beranak dan menghabiskan masa tua di rumah
sambil menerima duit pencen itu sudah cukup untuk membawa anda masuk ke
syurga?
Tentulah ianya tidak semudah itu. Bayangkan apabila semua manusia berkumpul
di padang mahsyar nanti dan apabila tiba giliran anda disoal oleh Allah Tuhan
yang menciptakan anda di muka bumi ini untuk beribadah kepadaNya,a pakah
sumbangan dan jasa kamu kepada Islam? Apakah yang kamu lakukan sehingga
melayakkan kamu untuk memasuki syurga? Sekiranya tiada sumbangan kamu kepada
agamamu, maka apakah kamu kuat beribadah? banyak bersedekah? atau ikhlas membantu
anak-anak yatim dan fakir miskin? Apakah sumbangan kamu?
Maka apakah yang anda akan katakan? Siapakah diri anda ketika di dunia?
Saya adalah seorang CEO atau pengarah kepada sebuah syarikat yang gagah di
dunia. Atau saya adalah seorang doktor pakar yang kaya raya semasa di dunia?
Adakah anda mengira tuhan akan melihat kepada jawatan anda, kekayaan anda dan
kemewahan yang anda miliki? Atau adakah anda menyangka tuhan akan melihat kepada
cantikkah isteri anda, ramaikah anak-anak anda atau kacakkah suami anda? No, no
no… Tuhan hanya akan melihat kepada amalan anda di dunia ini. Apakah anda ikhlas
melakukan ibadah kepadaNya? Adakah anda tidak atau telah mensyirikkannya? Itulah
yang akan dilihat oleh Allah SWT di akhirat kelak. Apakah anda melebihkan ibu
bapa anda, suami anda, isteri anda dan anak-anak anda melabihi Allah. Atau apakah
anda membawa kelaurga anda menuju Allah?
Anda lebih mengetahui jawapannya.
Berbalik kepada tajuk yang ingin saya ketengahkan. Iaitu perkahwinan adalah
wasilah.
Ramai yang mengambil masa yang begitu lama untuk mendirikan sebuah
rumahtangga. Ada yang menelan belanja beribu-ribu untuk belanja perkahwinannya.
Dan ada pula yang terlalu memilih sehinggakan tidak berkahwin-kahwin sehinggalah
lanjut usianya. Sedarkah anda hidup di dunia ini hanya sementara? Entah esok
entah lusa Allah akan mengambil nyawa kita. Dan perkahwinan itu adalah sunnah
nabi dan sesuatu yang disukai oleh Baginda SAW. Sesiapa yang membencinya atau
menolaknya maka dia bukanlah dari Golongannya (nabi SAW).
Jadi mangapa masih ramai yang belum berkahwin? Mengapa masih ramai yang
bercerai kerana hal yang remeh temeh? Mengapa? Tahukah anda perkahwinan ini
hanyalah wasilah untuk anda menuju kepada Tuhan anda? Kerana perkahwinan juga
adalah ibadah. Ianya adalah ibadah bilamana anda berkahwin kerana Allah
semata-mata dan demi mencari keredhaannya. Ianya tidak menjadi ibadah sekiranya
anda berkahwin kerana cinta dengan pasangan anda dan anda claim anda kahwin
kerana Allah. Sedang anda tahu memang anda berkahwin dengannya kerana anda
terlalu cinta kepadanya.
Dimanakah nilai ibadah di dalam sebuah perkahwinan apabila anda berkahwin
dengan majlis yang gilang gemilang, bercampur lelaki dan perempuan dan pengantin
perempuannya dihias bagai bidadari dunia yang tak sampai lagi ke syurga? Dan
nyanyian serta tarian yang memekakkan telinga serta menyakitkan mata yang
melihatnya? Dimanakah nilai ibadahnya di dalam perkahwinan seperti itu? Ingatlah
saat anda sedang bercinta dengan pasangan anda dengan asyiknya dan anda
merasakan yng dunia ini seperti anda yang punya dan semua yang bergerak di atas
muka bumi ini terasa begitu sempurna dengan kehadiran si dia, akan tiba di satu
saat cinta anda itu akan diuji. Diuji bilamana anda sudah berkahwin dan
mempunyai tanggungjawab masing-masing.mampukah anda mempertahankan cinta anda
yang mekar suatu ketika dahulu itu tatkala anda sedang menghadapi ribut dan
badai di dalam bahtera rumahtangga anda itu? Ada yang mampu dan ada yang
tidak.
Kerana cinta itu ada pasang surutnya. Kerana itulah kita diilarang
berkahwin semata-mata kerana cinta, kerana apabila pudarnya cinta berlakulah
pergolakan di dalam rumahtangga. Mampukah anda menyelamatkan bahtera yang anda
naiki bersama-sama dengan si dia itu? Mampukah?
Dan berbeza dengan mereka yang berkahwin kerana Allah semata-mata, mereka
mencintai pasangan mereka kerana Allah. Sungguhpun pasangan mereka tidak
secantik atau sekacak mana. Tetapi kerana mereka mencintainya kerana Allah maka
Allah akan memelihara cinta mereka. Kerana mereka hidup dan berumahtangga kerana
Allah dan mereka hanya menjadikan perkahwinan itu sebagai wasilah mereka menuju
Allah. Dan bukan matlamat mereka.Maka Allah memelihara mereka. Kerana mereka
tahu tujuan mereka berkahwin, dan hidup di atas muka bumi ini adalah kerana mahu
mencari keredhaan Allah semata-mata. Bukannya keredhaan manusia. Biarlah mereka
dihina dan dibenci masyarakat, dikatakan jumud, kampong dan sebagainya. Selagi
mereka tahu dan yakin dengan hidup dan matlamat mereka menuju Allah itu nescaya
Allah akan menolong hamba-hambanya yang ikhlas.
Jadi menagapa masih ada yang runsing dan pening bila berhadapan dengan soal
perkahwinan? Anda seharusnya memastikan bahawa pasangan anda itu boleh atau
tidak boleh membawa anda menuju syurganya. Dapatkah pasangan anda itu membantu
anda menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya, atau anda dan pasangan
hanya sama-sama 2 x 5? Sekiranya pasangan yang anda cintai bagai nak mati itu
tidak boleh membawa anda ke syurga, maka apakah maknanya perkataan “bercinta
sampai ke syurga”? sekiranya pasangan anda itu sendiri tidak mampu membawa anda
ke syurga. Maka nasihat saya, sekiranya anda menjumpai atau dilamar oleh
seseorang yang anda tahu deep down inside he or she can take you to heaven jadi
mengapa saya harus menolak?? Sekiranya anda berjumpa dengan seorang yang anda
cinta dan sayang tetapi deep down inside he or she cannot take me to heaven then
I must and I have to say NO.
Ingatlah seorang suami akan ditanya oleh Allah sejauh mana anda mengajar
dan mendidik anak-anak anda menuju Tuhannya? Dan seorang isteri akan ditanya
sejauh mana ketaatan anda kepada suami dan mampukah anda menjaga diri,maruah dan
harta suami dengan sebaiknya?
Kerana perkahwinan adalah ibadah dan wasilah menuju Allah. Dan ingatlah
perkahwinan bukan semta-mata kerana cinta. Cuz there is more than
that.
Remember who you are……
Wassalam.
Source: http://amiratunnadhirah.blogspot.com/
STORY II
Another one, blog that very inspired me. It's from ukhti nurul adni adnan. : )
Kesedihan mendatangi setiap penjuru, yang
bermadu, yang tak bermadu. Yang ada anak, yang tak punya anak.
STORY II
Another one, blog that very inspired me. It's from ukhti nurul adni adnan. : )
Beberapa teman pembaca berkongsi ujian
kesedihan yang mendatangi bilah-bilah kehidupan berumahtangga. Pernikahan 3.0
adalah muhasabah buat diri saya yang menjangkau tiga tahun usia perkahwinan,
berdasarkan pemahaman dan penilaian sendiri tentang hakikat pernikahan. Moga
menjadi peringatan juga buat kalian yang bercita-cita menjadi isteri yang
diredhai ALLAH dan suami.
Kesedihan menjadi isteri yang diabaikan suami,
walaupun tak berpoligami.
Kesedihan menjadi isteri kedua yang dipisahkan
dari suami.
Kesedihan menjadi isteri pertama yang tidak
mengetahui kehadiran isteri kedua.
Hati saya tersentuh dengan kisah kesabaran dan
ketabahan yang terpaksa kalian bina. Namun sebenarnya hati ini juga kagum dengan
kekuatan yang dimiliki hingga ALLAH memberi ujian yang setanding dengan keutuhan
hatimu. Segala puji bagi ALLAH yang menitipkan kekuatan buat hati-hati insan.
Semoga ALLAH terus memimpin hati-hati kita mencari jalan keluar dengan cara yang
diredhaiNYA.
Saya tidak mampu memberi pandangan dan solusi
yang spesifik, lantaran setiap rumahtangga itu hanya difahami oleh suami isteri
yang mengemudinya. Apatah lagi dengan usia perkahwinan saya yang baru setahun
jagung, banyak perkara yang tidak sampai pada tahap ilmu, kematangan dan
kesedaran saya. Maka perkongsian saya di sini tentang alam perkahwinan dan
poligami pasti saja tidak mencakup seribu satu kisah yang kalian lalui.
Saya juga meniti kehidupan rumahtangga yang
normal seperti kalian. Ada masa-masanya gembira dan berjalan lancar. Ada masanya
konflik menduga dan kesedihan menyapa. Namun ALLAH Maha Baik. ALLAH datangkan
insan-insan yang menggerakkan saya untuk tidak putus asa mencari redha tuhan.
Kalianlah insan-insan itu. Teman-teman yang dekat dengan saya. Yang dekat
rumahnya, menjadi jiran dan sahabat. Yang dekat daerahnya, di Shah Alam dan
Selangor. Yang dekat dengan blog saya walau berbeza negeri dan negara. Yang
dengan dengan laman maya yang sering saya kunjungi. Kalianlah sahabat
saya.
Pada sahabat yang memuji, kalian memberi
semangat agar diri ini menjadi lebih baik dari yang kalian sangkakan. Pada yang
mengkritik, kalian mengingatkan diri ini agar lebih bertaubat mensucikan diri
dan lebih mencantikkan kata-kata dan perbuatan. Sesungguhnya kita adalah
hamba-hamba ALLAH yang bersaudara. Maafkanlah segala tindakan saya yang
menyinggung perasaan dan mengusik hati.
Kita melangkah kaki ke alam rumahtangga dengan
segala yang baik. Niat yang baik dan hati yang baik. Untuk beramal sebagai
isteri yang baik. Begitu juga dengan suami kita. Pandanglah jauh ke dalam
hatinya. Saat dia menikahi kita, ada azam dan niat untuk menjadi suami yang
terbaik. Untuk kita. Walau kita isteri ke berapa sekalipun. Seperti mana kita
ingin memberi dan mencari bahagia ketika memilih pernikahan, begitu juga nurani
seorang suami yang mendamba ketenangan dan sangat ingin memberi kebahagian pada
suri (dan suri-suri) hidupnya.
Justeru ciptalah kebahagiaan rumahtangga itu
dari jam pertama kita bernikah. Kebahagiaan itu perlu dicipta dan diusaha. Tidak
sesekali ia hidup mekar begitu saja. Perkahwinan adalah benda bernyawa,
digerakkan oleh suami isteri yang bernyawa. Jika ia tidak dipupuk, ia akan mati.
Perkahwinan dan cinta akhirnya akan mati jika tiada rutin harian, mingguan dan
bulanan untuk terus menyuburkannya.
Usaha untuk mengharmonikan perkahwinan ini ada
dua bahagian. Pertama, usaha kita memberi pada suami. Kedua, usaha kita mendekat
pada tuhan. Jika kita ada salah satu, kita akan mampu rasa bahagia tetapi tidak
lama. Kita mesti menggilap kedua-dua bahagian. Hubungan dengan suami kita
perelokkan. Hubungan dengan ALLAH kita indahkan. Ibarat membuat kek, ada
bahan-bahan kering dan basah. Gabungan kedua-dua ini yang menjadikan kek itu
gebu dan enak.
Kita berusaha meraih cinta tuhan dengan amalan
wajib dan sunnat. Solat, puasa, tahajjud, tilawah dan tadabbur quran. Taubat dan
zikrullah selalu. Bersyukur, bersabar dan bersangka baik dengan ALLAH. Hingga
ALLAH mendekati dan menjaga kita dari keburukan.
Dalam masa yang sama, kita berusaha menjadi
peribadi yang menjemput cinta sayang suami. Bukan sekadar menjaga kebersihan
rumah, menjaga anak dengan elok, memasak makanan yang enak, menjaga tubuh badan
agar seksi dan menarik, tetapi juga bersabar dengan kekurangan dan keburukan
suami. Menjadi pendorong suami dalam menempuh kehidupan yang semakin sulit ini.
Menjadi teman di kala susah dan senang. Membangunkan potensi suami sebagai
pemimpin hingga isteri dan anak-anak mendapat limpahan kebaikan suami – hasil
dari keikhlasan dan kesungguhan isteri sebagai timbalan pemimpin kepada
suami.
Maka apabila rumahtangga terasa hambar, kasih
sayang menjadi pudar dan konflik yang menjelma makin menyala - ayuh muhasabah
ramuan kebahagiaan ini. Adakah cinta semakin dingin kerena hubungan kita dengan
ALLAH juga tidak basah dan merah? Solat seolah terpaksa, di akhir waktu dan tak
kusyuk pula. Al Quran hanya perhiasan di almari, tanpa rutin harian membaca dan
merenungnya. Bagaimana bakti kepada ibu bapa dalam meraih cinta ALLAH? Bagaimana
pergaulan dan penampilan sebagai muslimah? Inilah sebahagian nilai hubungan kita
dengan ALLAH.
Atau kita hanya menjaga hubungan dengan ALLAH
namun kita mengenepikan usaha untuk mendekati, mencintai dan berbakti setulus
hati dengan suami? Pernahkah kita berterima kasih kepada suami keranan menikahi
kita? Berapa banyakkah terima kasih kita setiap hari kepada suami atau sebulan
pun susah untuk berterima kasih? Adakah kita sering melihat dan mengungkap
kebaikan suami? Atau kita sering membesarkan dan menampakkan kelemahan
suami?
Tanyalah pada suami dengan rendah hati, apakah
yang boleh kita perbaiki sebagai isteri? Juga mohonlah pada ALLAH, bantulah kita
hamba yang lemah ini untuk menjadi isteri yang dicintai ALLAH dan disayangi
suami. Mohonlah ALLAH memberikan akhlak yang baik, memberi ilmu rumahtangga,
memberi keimanan dan kekuatan untuk kita menjadi tulang belakang rumahtangga
suami. Hingga kekuatan diri kita sebagai ‘ustazah pilihan’ memberi rasa dan
warna baru pada rumahtangga. Ketepikan harapan ‘saya mahu suami yang dapat
membimbing diri’ sebaliknya, bimbinglah diri sendiri dan bawa perubahan pada
famili.
Mohon perlindungan dari ALLAH dari gangguan
syaitan yang sentiasa ingin merosak bahagia dan ketaatan isteri pada suami dan
pada tuhan. Saat ingin berbuat baik kepada suami, “Suami aku bukan baik sangat
pun pada aku”, lantas menahan kebaikan.
Saat suami mendekati dan ingin berbaik,
“Sorry..aku pun boleh mogok juga, tak heranlah”. Setelah bergaduh, “Sorrylah aku
nak minta maaf.” maka bersikap dingin tidak mahu berbaik. Bila bergaduh, rasa
rindu sebenarnya nak berbuat baik dengan suami. Tapi bisikan syaitan menguasai
hingga menahan kita untuk mula menghulur tangan meminta maaf, untuk kita
memasukkan kegembiraan semula ke hati suami setelah bertelingkah.
Jangan biarkan syaitan mengawal hati seorang
isteri. Selalulah kita meletakkan tuhan di hadapan sekalipun sedang terluka,
merajuk dan kecewa. Hingga keazaman kita untuk tetap berbuat baik dan memaafkan
menggagalkan usaha syaitan untuk merenggangkan suami isteri. Ya, syaitan bersama
kita setiap hari, setiap waktu.
Demikianlah yang mampu hati ini kongsikan
dengan teman-teman yang disayangi. Teruskan berdoa, jangan putus harapan mencari
kebaikan pada diri, suami dan rumahtangga. Carilah ilmu buat penguat menempuh
kehidupan sementara. ALLAH Yang Maha Pengasih sentiasa ada untuk bergantung dan
memperkenan doa tulus seorang isteri.
No comments:
Post a Comment