Pages

Sunday, March 10, 2013

Forum "Kau Memang Cantik.." anjuran Nisa' Subang, Selangor





Bismillahirrahmannirrahim pembuka bicara...

  

     Alhamdulillah atas ni’mat Iman dan Islam yang Allah SWT berikan. Moga setiap detik kita niatkan dan laburkan untuk Islam dan ummah kerana Allah SWT Insya-Allah.


     Syukur yang tidak terhingga atas ni’mat masa lapang seharian semalam diisikan dengan sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat. Ya, begitu besar dan pentingnya peranan muslimah terhadap masyarakat. Selesai sudah Forum “Kau Memang Cantik..” anjuran Nisa’ Subang. Alhamdulillah, tahniah sahabat-sahabat saya... (akak-akak muslimat, Kak Nor, Aswati, Sharina, Shahniza, Najwa, Mariah dan sahabat-sahabat lain yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung). Anda memang terbaik! Apapun seinfiniti kemaafan, kali ini tidak banyak dapat saya bantu, jika diikutkan hati, ingin membantu lebih, apakan daya, adanya hak lain yang lebih memerlukan saya. Semestinya saya tidak ingin beralasan mahupun mencari alasan kerna dalam perjuangan ini saya akur orang-orang yang sentiasa dengan alasan akan rugi dan tidak akan berjaya. Insya-Allah semampu yang mungkin saya akan bantu, kerana jalan da’wah ini sangat saya cintai. Allahuakbar.. moga Allah redha setiap niat kita.


     Sepanjang berlangsungnya program semalam, banyak juga input-input yang dapat saya kutip, buat bekalan sang hamba yang dhaif, lalai dan lagi hina ini. Tajuk forum yang cukup baik disajikan buat kaum muslimah dan wanita “Kau Memang Cantik..”, menampilkan tiga orang panel Ustazah Sarimah, Diana Amir dan Bawani KS serta moderator forum, DJ Zarita Kasim yang merupakan Penerbit IKIM.fm


     Berikut merupakan antara input-input yang boleh saya kongsikan. Kadang menitis air mata tatkala mendengar kisah-kisah beberapa orang srikandi Islam pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, maka berkatalah saya dalam diri “Aku ingin seperti mereka, punyai nilai keimanan yang tinggi dan taat pada perintah Allah SWT, amiin Ya Allah”. Saya pasti beberapa orang peserta juga terkesan dengan penyampaian para panel dalam forum ini. Alhamdulillah... 


.....................................................................   

Panel 1: Ustazah Sarimah 
Soalan: Cantik menurut Islam

-Cantik itu sangat subjektif

-Dipetik daripada ayat Al-Quran: “Kami jadikan insan sebaik-sebaik kejadian”... Subhanallah.. Insan, Ahsan.

-"Yang cantik sebenarnya adalah ruh! Hidung, mata, muka, tangan, kaki, dan seluruh anggota itu hanyalah zat daripada Allah SWT, Allah SWT yang menjadikan!", terang ustazah Sarimah. Saya sebenarnya masih terbayang-bayang lagi peringatan ustazah semalam, siap dengan mimik mukanya, gaya yang dibuatnya...bagus ustazah nie, punya penyampaian dan penampilan yang bukan dibuat-buat, bahkan lahir daripada hatinya sendiri. Teringat pesanan seorang ustaz dalam klip video yang pernah saya tonton, "Tiap sesuatu disampaikan melalui hati akan mudah masuk ke dalam hati". Insya-Allah akan terkesan di hati.

-Terdapat beberapa surah dalam Al-Quran telah menggambarkan dan menceritakan mengenai wanita Islam, wanita kafir dan bidadari. Antaranya surah Al-Munafiqun, surah Al-Ahzab dan surah As-Saffat.

-Bidadari syurga adalah wanita solehah di dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah.

.....................................................................      

Soalan: Kisahkan tentang srikandi Islam (wanita Muslim) dan perbezaan dengan wanita Quraisy (wanita Musyrik)

-Allah SWT tidak mahu, tidak pandang dan terima fizikal kita, tetapi Allah SWT ingin dan akan mempersoalkan apa yang kamu atau kita buat atas ni’mat yang telah AKU (Allah SWT) berikan!

-Ma ma’na amal soleh? Amal soleh : Amal yang diterima di sisi Allah SWT. Setiap amal atau perbuatan kerana Allah SWT. Ia bersangkut paut dengan niat. *muhasabah* kebanyakan manusia hari ini lebih mencintai dunia, lebih mencintai jawatan, riak, ujub, takbur dan sebagainya. Allah..

-Perbezaan wanita yang cantik (cantik ini bersifat subjektif): wanita kafir dan wanita Islam. Sebagaimana kisah keimanan wanita Islam, srikandi Islam Sumayyah binti Khayyat yang merupakan wanita pertama mati syahid dalam Islam. Allahuakbar.. berjujurai air mata mendengar kisah ini..Allahurabbi.. merasakan jika kita rasa tersiksa, ada lagi orang yang lebih tersiksa daripada kita! *Muhasabah*

-Kisah wanita musyrik Ummu Jamil (ibu kepada wanita-wanita yang sangat cantik), Uria binti Harb isteri kepada Abu Lahab. Wanita ini salah seorang yang memusuhi Nabi Muhammad SAW. Terkenal dengan nama Ummu Jamil binti Harb (Bahasa Arab: أم جميل بنت حرب), namanya di kutuk di dalam Al-Qur'an Surah Al-Lahab, sebagai salah seorang musuh Islam. Ummu Jamil merupakan salah seorang tokoh wanita Quraisy dan saudara perempuan kepada Abu Sufyan (bapa kepada Muawiyyah). Sama dengan suaminya, Uria juga merupakan wanita yang paling besar bencinya dan permusuhannya terhadap Nabi Muhammad SAW. Uria dan suaminya, Abu Lahab bahu-membahu dalam permusuhan dan dosa. Uria selalu mencurahkan segenap daya dan upayanya untuk mengganggu dan memusuhi Nabi Muhammad SAW. Pernah Uria membawa dahan yang penuh duri, lalu ia sebarkan di jalan yang sering dilalui oleh Nabi Muhammad SAW pada waktu malam, sehingga melukai baginda Rasulullah SAW dan para shahabatnya.

-Kisah Siti Khadijah R.A sanggup menjadikan tulang belulangnya dikorbankan oleh Nabi Muhammad SAW demi perjuangan Islam! Tanya atau persoalkan dalam diri, “mampu atau tidak kita jadikan kecantikan kita digunakan atau dibawa sehingga akhir hayat kita sebagaimana isteri nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah Khuwailid???" Allahurabbi.. *tidak terkata* Insya-Allah.amin! 

(Maaf, input-input daripada para panel yang lain saya tidak salin pun, hanya menjadi 'pendengar setia'. Bawani KS juga tidak dapat menghadirkan diri atas beberapa asbab yang tidak dapat dielakkan)

.....................................................................   
 

     Alhamdulillah inilah beberapa point yang sempat saya kutip dan mudah-mudahan dapat diamalkan bersama. Insya-Allah amiin. Saya terpaksa pulang awal, kerana ibu menunggu di rumah dan ingin membuat persiapan menyambut kedatangan ziarah sanak saudara dari Singapura. Petangnya pula saya akan menghadiri walimah sahabat saya. Bila saya fikir kadang banyak juga hak-hak yang perlu ditunaikan. Masih teringat pesanan seorang kakak kepada saya sewaktu di kampus dahulu, jika tidak dapat tunaikan semua, memadailah berkadar dengan kemampuan kita “kita tidak dapat puaskan hati semua orang”. Khair, inilah kesudahan seharian saya semalam. Saya ingin menyeru diri saya sendiri dan sahabat-sahabat agar jadikan diri kita sentiasa bermanfaat untuk ummah atau masyarakat, keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat dan orang-orang yang berada di sekeliling kita. Moga Allah redha setiap gerak geri atau amalan kita, setiap hela nafas yang disumbangkan untuk Islam amin.  



Senamrobik sebelum program rasmi Forum "Kau Memang Cantik..". 
Banyak juga 'steps' senamrobik yang saya dah belajar, lepas ni boleh la praktikkan di rumah :D


Kuatkan kami Ya Allah dalam mendidik, membimbing dan menyedarkan ummah ini! Amin. 

No comments: