Bismillahirrahmannirrahim pembuka bicara...
Alhamdulillah atas ni’mat Iman dan Islam yang Allah SWT
berikan. Moga setiap detik kita niatkan dan laburkan untuk Islam dan ummah
kerana Allah SWT Insya-Allah.
Syukur yang tidak terhingga atas ni’mat masa lapang seharian semalam diisikan dengan sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat. Ya, begitu besar dan
pentingnya peranan muslimah terhadap masyarakat. Selesai sudah Forum “Kau
Memang Cantik..” anjuran Nisa’ Subang. Alhamdulillah, tahniah sahabat-sahabat
saya... (akak-akak muslimat, Kak Nor, Aswati, Sharina, Shahniza, Najwa, Mariah
dan sahabat-sahabat lain yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung).
Anda memang terbaik! Apapun seinfiniti kemaafan, kali ini tidak banyak dapat saya
bantu, jika diikutkan hati, ingin membantu lebih, apakan daya, adanya hak lain
yang lebih memerlukan saya. Semestinya saya tidak ingin beralasan mahupun
mencari alasan kerna dalam perjuangan ini saya akur orang-orang yang sentiasa
dengan alasan akan rugi dan tidak akan berjaya. Insya-Allah semampu yang
mungkin saya akan bantu, kerana jalan da’wah ini sangat saya cintai. Allahuakbar.. moga Allah redha setiap niat kita.
Sepanjang berlangsungnya program semalam, banyak juga
input-input yang dapat saya kutip, buat bekalan sang hamba yang dhaif, lalai
dan lagi hina ini. Tajuk forum yang cukup baik disajikan buat kaum muslimah dan
wanita “Kau Memang Cantik..”, menampilkan tiga orang panel Ustazah Sarimah,
Diana Amir dan Bawani KS serta moderator forum, DJ Zarita Kasim yang merupakan Penerbit IKIM.fm
Berikut merupakan antara input-input yang boleh saya
kongsikan. Kadang menitis air mata tatkala mendengar kisah-kisah beberapa orang
srikandi Islam pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, maka berkatalah saya
dalam diri “Aku ingin seperti mereka, punyai nilai keimanan yang tinggi dan
taat pada perintah Allah SWT, amiin Ya Allah”. Saya pasti beberapa orang
peserta juga terkesan dengan penyampaian para panel dalam forum ini.
Alhamdulillah...
.....................................................................
Panel 1: Ustazah Sarimah
Soalan: Cantik menurut
Islam
-Cantik itu sangat subjektif
-Dipetik daripada ayat Al-Quran:
“Kami jadikan insan sebaik-sebaik kejadian”... Subhanallah.. Insan, Ahsan.
-"Yang cantik sebenarnya
adalah ruh! Hidung, mata, muka, tangan, kaki, dan seluruh anggota itu hanyalah zat
daripada Allah SWT, Allah SWT yang menjadikan!", terang ustazah Sarimah. Saya sebenarnya masih terbayang-bayang lagi peringatan ustazah semalam, siap dengan mimik mukanya, gaya yang dibuatnya...bagus ustazah nie, punya penyampaian dan penampilan yang bukan dibuat-buat, bahkan lahir daripada hatinya sendiri. Teringat pesanan seorang ustaz dalam klip video yang pernah saya tonton, "Tiap sesuatu disampaikan melalui hati akan mudah masuk ke dalam hati". Insya-Allah akan terkesan di hati.
-Terdapat beberapa
surah dalam Al-Quran telah menggambarkan dan menceritakan mengenai wanita
Islam, wanita kafir dan bidadari. Antaranya surah Al-Munafiqun, surah Al-Ahzab
dan surah As-Saffat.
-Bidadari syurga adalah
wanita solehah di dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah.
.....................................................................
Soalan: Kisahkan
tentang srikandi Islam (wanita Muslim) dan perbezaan dengan wanita Quraisy (wanita Musyrik)
-Allah SWT tidak mahu,
tidak pandang dan terima fizikal kita, tetapi Allah SWT ingin dan akan
mempersoalkan apa yang kamu atau kita buat atas ni’mat yang telah AKU (Allah
SWT) berikan!
-Ma ma’na amal soleh?
Amal soleh : Amal yang diterima di sisi Allah SWT. Setiap amal atau perbuatan
kerana Allah SWT. Ia bersangkut paut dengan niat. *muhasabah* kebanyakan
manusia hari ini lebih mencintai dunia, lebih mencintai jawatan, riak, ujub,
takbur dan sebagainya. Allah..
-Perbezaan wanita yang
cantik (cantik ini bersifat subjektif): wanita kafir dan wanita Islam. Sebagaimana
kisah keimanan wanita Islam, srikandi Islam Sumayyah binti Khayyat yang
merupakan wanita pertama mati syahid dalam Islam. Allahuakbar.. berjujurai air
mata mendengar kisah ini..Allahurabbi.. merasakan jika kita rasa tersiksa, ada
lagi orang yang lebih tersiksa daripada kita! *Muhasabah*
-Kisah wanita musyrik Ummu
Jamil (ibu kepada wanita-wanita yang sangat cantik), Uria binti Harb isteri
kepada Abu Lahab. Wanita ini salah seorang yang memusuhi Nabi Muhammad SAW.
Terkenal dengan nama Ummu Jamil binti Harb (Bahasa Arab: أم جميل بنت حرب), namanya di kutuk di dalam Al-Qur'an Surah Al-Lahab, sebagai salah seorang musuh
Islam. Ummu Jamil merupakan salah seorang tokoh wanita Quraisy dan saudara
perempuan kepada Abu Sufyan (bapa kepada Muawiyyah). Sama dengan suaminya, Uria
juga merupakan wanita yang paling besar bencinya dan permusuhannya terhadap Nabi
Muhammad SAW. Uria dan suaminya, Abu Lahab bahu-membahu dalam permusuhan dan
dosa. Uria selalu mencurahkan segenap daya dan upayanya untuk mengganggu dan
memusuhi Nabi Muhammad SAW. Pernah Uria membawa dahan yang penuh duri, lalu ia
sebarkan di jalan yang sering dilalui oleh Nabi Muhammad SAW pada waktu malam,
sehingga melukai baginda Rasulullah SAW dan para shahabatnya.
-Kisah Siti Khadijah
R.A sanggup menjadikan tulang belulangnya dikorbankan oleh Nabi Muhammad SAW demi
perjuangan Islam! Tanya atau persoalkan dalam diri, “mampu atau tidak kita
jadikan kecantikan kita digunakan atau dibawa sehingga akhir hayat kita
sebagaimana isteri nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah Khuwailid???" Allahurabbi..
*tidak terkata* Insya-Allah.amin!
(Maaf, input-input daripada para panel yang lain saya tidak salin pun, hanya menjadi 'pendengar setia'. Bawani KS juga tidak dapat menghadirkan diri atas beberapa asbab yang tidak dapat dielakkan)
.....................................................................
Alhamdulillah inilah beberapa point yang sempat saya
kutip dan mudah-mudahan dapat diamalkan bersama. Insya-Allah amiin. Saya terpaksa
pulang awal, kerana ibu menunggu di rumah dan ingin membuat persiapan menyambut
kedatangan ziarah sanak saudara dari Singapura. Petangnya pula saya akan
menghadiri walimah sahabat saya. Bila saya fikir kadang banyak juga hak-hak
yang perlu ditunaikan. Masih teringat pesanan seorang kakak kepada saya sewaktu
di kampus dahulu, jika tidak dapat tunaikan semua, memadailah berkadar dengan
kemampuan kita “kita tidak dapat puaskan hati semua orang”. Khair, inilah kesudahan seharian saya semalam. Saya ingin menyeru diri
saya sendiri dan sahabat-sahabat agar jadikan diri kita sentiasa bermanfaat
untuk ummah atau masyarakat, keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat dan
orang-orang yang berada di sekeliling kita. Moga Allah redha setiap gerak geri atau
amalan kita, setiap hela nafas yang disumbangkan untuk Islam amin.
Senamrobik sebelum program rasmi Forum "Kau Memang Cantik..".
Banyak juga 'steps' senamrobik yang saya dah belajar, lepas ni boleh la praktikkan di rumah :D
Kuatkan kami Ya Allah dalam mendidik, membimbing dan menyedarkan ummah ini! Amin.