..Alhamdulillah..
Benarlah..
Ketenangan itu hadir..
Tatkala
Sang hamba mengingati kekasih
abadinya, Allah SWT..
Cinta hambaNya tidak pernah
sempurna..
Malah, kerdil, hina, lagi alpa..
Namun, Allah SWT tetap mengasihi
hambaNya..
Kotak fikiran mula diasak
membayangkan indah ciptaanNya..
Meninggalkan kerja-kerja dunia..
Melupakan segala isi-isi dunia..
Merasai hanya kehadiranNya disisi
sentiasa..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ah,
Rindunya mentadabbur alam
ciptaanMu Ya Allah..
Tersangat rindu..
Maafkan aku Ya Allah..
Ampuni daku Ya Rahman
Dampingi daku Ya Rahim..
Alpanya aku dalam mengkaji
‘alamMu..
Kelibat air laut yang beriak
tenang..
Gunung-ganang di pasak
bumi..
Ikan-ikan berenang riang..
Angin sepoi-sepoi bahasa
melambai-lambai..
Awan memutih di kaki langit,
berarak perlahan di tiup angin..
Sang mentari terbit dan
terbenam..
Bot-bot kecil nelayan, mencari
rezeki..
Burung-burung berterbangan sana
dan sini..
Pasir-pasir yang halus
mulus..
Binatang-binatang pelbagai rupa
dan ragam..
Keunikan batu-batu teduhan di
tempat tinggi dan rendah..
Sambil melukis, menggambarkan
keindahan kejadianMu..
Sambil membaca, dan mentadabbur,
kalamMu, Al-Quran...
Sambil mendengar, ayat-ayat
cintaMu, Al-Furqan..
Sambil mendengar alunan nasyid
memberkas di jiwa..
Sambil berkejar-kejaran di laut
bersama sahabat-sahabat muslimat
Moga membangkitkan semangat yang
kian pudar..
Tidak terukir indahnya saat itu..
(nak kejar2? hmm..dgn syarat
takda org lelaki la nampaknye..)..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pabila siang berganti malam..
Mentadabbur pula
Bintang berkelipan, menggamit
kalkatu malam..
Sang bulan cerah, menerangi
kesuraman malam..
Sang awan berarak-arak menutupi
sang bulan..
Angin dingin mengigit-gigit
kulit, tubuh mula menggigil kesejukan..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Allah..
Sangatlah rindu suasana itu..
Seperti inginkan suasana itu
sekarang..
Diiringi kehadiran ibu dan ayah..
Berkongsi rasa bersama mereka
Walau kesihatan ibu tidak berapa
mengizinkan..
Ingin skali membawa ibu
mentadabbur ciptaanNya..
Merekalah insan-insan yang
dikasihi keranaMu Ya Allah
Insya-Allah Biiznillah, andai ada
rezeki..
Mana-mana sahaja lautan akanku
jejaki
Ingin juga muhasabah buat diri..
Bagaimanakah amalan-amalanku
selama ini ???
Moga Allah redha...amin3x..
Harapanku moga ibu cepat sembuh
seperti sediakala..
Moga Allah beri kesihatan yang
terbaik buat kami sekeluarga
Ibu, Ayah, Abang Pai, Kak Ulya,
Adik Faiz dan diriku jua
Amin3x Ya Rabb...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Mutiara kata daripada:-
Mutiara kata daripada:-
# Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh
◦ “Tenang dengar bunyi laut dan tenang dengan sejuk laut daripada bunyi dan sejuk air-cond. Tenang dengar bunyi haiwan serangga dalam hutan daripada bunyi kilang kilang di Bandar. KENAPA? Kerana bunyian itu merupakan zikir yang dialunkan oleh ciptaan Allah tersebut kepada Nya tetapi kita tidak faham. Kita rasa tenang kan? Kerana itu alunan zikir yang kita tidak faham. Jadi urus hati, didik hati, belai hati dengan amal soleh yang di suruh Allah supaya hati jadi tenang seperti mendengar bunyi lautan dan serangga.”
~La Haula Wala Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azeem~
No comments:
Post a Comment