Pages

Friday, July 30, 2010

...Nantikan kami di pohon syurga amin...

KEHADIRAN YANG DIRASAI...
KEHILANGAN YANG MEMBERI ERTI...
Kesibukan dunia yang begitu mendesak membuatkan hidupku menjadi agak kelam kabut, tambahan diriku sendiri memang lemah dalam aspek pengurusan masa. Namun, peristiwa yang berlaku dalam bulan ini, yakni beberapa hari yang lalu ( 18 Julai 2010 bersamaan 6 Sya'aban 1431H ) memang amat mengejutkan lantas menghambat hati dan jiwaku untuk menghidupkan kembali blog yang dah terlalu lama lekang daripada sentuhan posting-posting baru yang menyegarkan...
Kebiasaannya, perancangan takwim utk semester baru telah dibuat pada cuti semester lagi, sebagai persediaan sebelum memasuki semester yang berikutnya. Namun, awal semester ini memang agak sibuk dengan tugas-tugas yang masih berbaki walaupun perancangan telah dibuat semasa cuti, dihambat pula dengan assignment-assignment yang memerlukan real investigation on site, dissertation yang masih pending, tutorial, perancangan kolej, membuatkan aku kadang-kadang sedikit tertekan. apapun harus dihadapi dgn kesabaran. Sungguh Allah menjanjikan suatu kemenangan dan ganjaran dalam perjuangan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas.. DaripadaNya kita dijadikan, kepadaNya jua kita akan dikembalikan...
Masa itu..baru sahaja meeting bermula ( 18 Julai 2010 bersamaan 6 Sya'aban 1431H )... kak Aziah menghubungi aku, menyampaikan berita bahawa sahabatku telah kembali ke rahmatullah..benar-benar membuatkan aku pilu.. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...
Selesai meeting aku dan beberapa orang sahabat menziarahi arwah Anis Amirah di Sg. Besar. Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sg. Besar iaitu kawasan tempat tinggal arwah dan keluarga.
Seingatku... baru seminggu lepas bertemu dengan arwah anis amirah di suatu program yang mempertemukan kami... wajahnya kelihatan seperi menanggung sesuatu... lalu aku menyapa sahabat yang aku sygi ini.. barulah ku tahu sahabatku ini demam panas... aku menasihati arwah merehatkan diri.. melihatkan arwah tidur keseorangan... ingin rasanya menemani kesepian tidurnya. masa itu kami sedang berprogram. Maklumlah, setelah sekian lama bercuti... ghairah dan seronok dapat bertemu sahabat-sahabat yang dirindui.
Berita arwah Anis Amirah dimasukkan ke hospital tidaklah terkejut sgt bagiku... sejujurnya ingin melihat shbtku ini sihat seperti sediakala... alhamdulillah.. semoga cepat sembuh Anis! tapi tak sangka pula yang Anis menghidap demam denggi berdarah... pada malam itu berita tahap kesihatan dan kemasukan arwah Anis Amirah ke hospital besar Sg. Buloh tersebar luas melalui sistem pesanan khidmat ringkas (sms) kepada shbt-shbt terdekat. Aku dan beberapa org shbt menziarahi Anis di hospital. Lama jgk kami menuggu utk memasuki wad kecemasan ICU. Pesakit-pesakit dijaga dengan rapi dan kawalan ketat dibuat walaupun dari petang kami tunggu utk melihat wajah Anis. Lebih kurang pukul 1.30 pagi baru kami dibenarkan masuk. Anis koma selepas operation. Itulah kali terakhir aku melihat Anis. Wajahnya... Keadaan dirinya... Masa berlalu begitu pantas.. Seakan-akan memanggil dan menuntut hambaNya bertemu Rabb, Sang Pencipta segala makhluk di langit dan di bumi. Allah...
semasa cuti semester... arwah selalu menghantar sms.. lebih gemar membahasakan dirinya Anz.
Diantara smsnya berbunyi...
"salam. farha sori dah lama x tnya kb? result cmne? maaf na.. Anis cuma nk tnya perancangan anggerik utk sem hdpn. antara aktivitinya apa yea.."
sms hari-hari berikutnya (apabila aku ditaklifkan memang satu jawatan...) dan arwah merindui shbt seperjuanganku Ain..
"salam. Farha. asif gngu. apa kbr? moga segala apa jua amanah dteruskan dengan ikhlas dan istiqamah. Insya-Allah. msh menuggu progress gerak kerja da'wah. ada pape brtahu la ya. dan juga ada number Ain Humaira? dah agak lama tak berhubung dgnnya juga."
sms seterusnya...
"ok. Anz ada rancang perancangan... akan diberitahu nnt. Anz ada kt Punck Alam dah Farha. bleh msj trus pd Anz, jika ada pape k? syukran Farha. jgn lupa contact Anis Suhaila kt kmpus Machang. bg motivasi pdnya."
Sahabat se-diskusiku, rasanya baru sahaja kami berbincang mengenai perancangan kolej... rasanya seperti baru semalam kami berbual-bual bersama... berbincang isu-isu semasa yang semakin meruncing, bertanyakan khabar sahabat-sahabat yang dah lama tak berjumpa... perkembangan adik-adik... rasanya seperti baru semalam semuanya berlaku... apa pun yang aku rasa, hakikatnya permata yang tdk ternilai ini, telah kembali bertemu KEKASIHNYA... membawa heretan amanah dan tanggungjawab yang telah sedaya upaya dipenuhi dengan komited dan usaha yang tidak berbelah bahagi...
Dalam kesibukan yang tak dapat aku elakkan, akhirnya pemergian sahabatku ini menjenguk kehidupanku yang agak terumbang-ambing ini dengan seribu pengajaran...
Ya-Allah, betapa jauhnya aku dariMu... aku lupa yang aku juga akan kembali kepadaMu Ya-Allah, kembalikanlah aku dalam keadaan Kau redha denganku dan aku redha dgn ketentuanMu Ya-Allah...
Moga Allah s.w.t menempatkan ruh arwah Anis Amirah Binti Ahmad Lutfi dikalangan hamba-hamba pilihanNya..amin
Al-Fatihah..


Sejak kebelakangan ini ramai sahaja sahabat-sahabat terdekat telah pergi... meninggalkan diri ini... meneruskan sisa berbaki hidup yang tinggal... ke mana hala akhir hidupku? pilu rasanya... gentar rasa hati... kematian yang benar-benar memberikan aku seribu satu pengajaran... menghargai, mensyukuri dan mengasihi orang-orang yang ada disekelilingku serta menikmati hidup ini hanya keranaMu..Ya-Allah.




"Ya-Allah yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hatiku, keluargaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku, dan hamba-hambaMu yang berjuang dijalanMu ini serta tetapkanlah kami atas ketaatan kpdMu Ya-Allah"

3 comments:

.:Ismi Farha:. said...

kpd pembaca-pembaca sekalian:

sy dah letak spacing tapi tak menjadi. mudah-mudahan dpt baca dan faham dgn baik. maaf di atas kesilapan teknikal yang tak dpt d elakkan.

.:Ismi Farha:. said...

selamat membaca. =)

Sr. Maryam Fatanah said...

akk..bwk bersabar ye..