Di sinilah aku menyahut kalam-Mu Ya Allah. "...Dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka..." ( An-Nisa' : 63)
Wednesday, December 5, 2012
Bukankah kita orang beriman!
Feedback drpd Dr. tentang kesihatan ibu, membuatkan aku terkejut..luluh rasanya hati.. "Kanser?" semacam tidak percaya, tatkala mendengar tangisan ibu di corong telefon..Allah.. ujian bertambah dr hari ke hari..Alhamdulillah, sayangnya Allah pd kita.. sedikit sebanyak, membuatkan aku muhasabah dan mencari hikmah di atas semua yang berlaku.. Assobru minal iman..
Bulan ini juga, 6 project harus di settle kan.. 4 grouping dan 2 individual.. semuanya submission bulan ini, bulan 12..
Ya Allah..permudahkan segalanya utkku dan ahli keluargaku dunia dan akhirat.. tiada daya dan kekuatan melainkan pinjaman kekuatan dariMu Ya Allah.. Alhamdulillah membuatkan aku sentiasa hampir denganMu.. melebihkan cinta kepadaMu dan Rasulullah SAW.. Harus segera bangkit Farahah!..jangan berputus asa, jgn berasa lemah, jgn berasa sedih.. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. sesungguhnya kita orang2 beriman! Insya-Allah, u can do it dear~
Tuesday, November 20, 2012
Mari cintakan hikmah!
Dalam dunia ni tiada istilah 'kalau' 'alangkah baiknya jika' atau 'what-ifs'.
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah terlulis dalam kitab Lauh Mahfuz sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepa

damu.." Al-Hadid 57:22-23
Hikmah Allah itu lebih luas dari langit dan bumi. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri untuk mencari hikmah di sebalik apa yang berlaku. Yang penting kena bersabar, dan bermuhasabah. Benda itu akan jadi sia-sia andai kita sendiri yang mensia-siakannya. Sebab tu banyak kali Allah sebut beruntunglah orang-orang yang berfikir (dengan mata hati) dan bersabar dalam mencari hikmahNya.
The beauty behind it is, Allah does not speak to us directly and He does not limit the hikmah we could gain from something. The more we think and reflect, the more hikmah that we get. SubhanAllah.
Kembalikanlah segala urusan kita kepadaNya, SEGALA KEBAIKAN itu ada di tanganNya maka mintalah pada Dia, nescaya Dia akan menggerakkan hati kita ke arah kebaikan di sebalik setiap yang berlaku.

salam muhasabah dan mujahadah~
Tuesday, November 13, 2012
Friday, August 17, 2012
Tazkirah 30 Ramadhan : TiPs TamBaT HaTI MaD'u
Salam ukhuwwah sahabat-sahabat, salam penghujung Ramadhan.
...Tazkirah hari ini...
<< Pakej menambat/ memikat/ menakluk hati >>
1. Sering menyebut namanya dgn tulus dalam doa.
2. Menghias diri dgn akhlak terpuji, ilmu akhlak ini sgt luas, belajarlah daripada peribadi junjungan besar Rasulullah saw. Akhlak adalah sifat terpuji yg lahir dari hati yg mengharapkan pandangan Allah.
3. Peka dgn kebajikan, dan rela berkorban utk menjaga kebajikan org yg disayangi dgn mengikut syara'.
4. Beri perhatian dan curah kasih sayang sehingga mereka rasa disayangi.
Wallahua'lam.
Via Ustazah Norhafizah Musa
Mood : Sedih ramadhan ditinggalkan, sunnah bergembira di eidul fitri,
sesudah selesai madrasah ramadhan, moga kembali kepada sebenar fitrah,
fitrah menghambakan diri pada Allah, bukan hanya kepuraan dalam ramadhan.
Allah..Moga amalanku dan kita semua diterimaNya, sungguh aku ini kerdil lagi hina..
Sunday, June 24, 2012
Kejayaan milik Allah, Berusahalah ^_^
Pesanan seorang sahabat saya, kuatkan semangat..kepenatan hari ini utk kerehatan hari esok, hereafter... Moga Allah tetapkan hati kita, setiap masa walau susah atau senang, sentiasa ingat Allah..amin. Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan
milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8;
” … Padahal bagi Allah jualah
kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang
beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui
(hakikat yang sebenar)”
Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT
Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah
Framework malam ini :-
12.30-1.00 : Tidur, sebenarnya tak boleh nak lelap, adehh..
1.00-2.30 : Study corporate finance (test dan submission)
2.30-4.00 : Study real estate economic (submission for grouping
presentation)
4.00-5.00 : Study real estate economic (submission for
individual)
5.00-6.00 : Solat
Saturday, June 23, 2012
Nikmat Kesihatan~
Ya Allah kurniakanlah daku kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah dan gerak kerja da'wah di muka bumiMu ini.... Berikan daku kekuatan dalam menghidupkan amalan malam pada waktu, tiada manusia bangun di sepertiga malamMu.... Alhamdulillah di atas segala nikmat kesihatan yang Engkau berikan... Jadikan daku orang-orang yang menjaga waktu solat kepadaMu, agar aku menjadi orang yang berdisiplin, bertaqwa dan berilmu. Jadikan juga keturunan dan keluargaku dikalangan orang-orang yang mendirikan solat kepadaMu insya-Allah amin.
Allah sentiasa bersama kita ^_^
Allah sentiasa bersama kita ^_^
Monday, June 18, 2012
Cinta - Bersederhanalah! berdisiplin, berprinsip, beriman~
Aku pula sentiasa percaya,
bahawa cinta itu sederhana.
Ada prinsipnya, ada disiplinnya,
tetapi itu semua tidak menghalang cinta untuk mekar,
dan mengakar,
di dalam jiwa.
bahawa cinta itu sederhana.
Ada prinsipnya, ada disiplinnya,
tetapi itu semua tidak menghalang cinta untuk mekar,
dan mengakar,
di dalam jiwa.
Namun tidak ramai hendak mengutamakan peraturan yang ditetapkan,
cinta dipandu perasaan dan bukannya keimanan,
membuatkan jalan-jalan cinta yang diambil adalah kotor,
sekaligus mengotorkan cinta,
dan menghapuskan keindahannya.
Hingga cinta kelihatan jijik,
dan tidak dikenali wajah sebenarnya oleh sesiapa.
Aku adalah yang berusaha membersihkannya.
Cinta ada jalannya, bukan diredah semata-mata.
Cinta punya disiplin, bukan sekadar lenggang kangkung bersahaja.
Cinta perlu dipandu keimanan, bukan perasaan membabi buta.
Cinta, mestilah hendak membawa ke syurga.
Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.

-19 Jun 2012-
.............................................................................................................................................................
Muhasabah bersama:
Cinta itu apa sih? @_@
Cinta itu apa sih? @_@
Oh, Cinta itu sebenarnya terlalu suci...
Terlalu suci... Sehingga sukar untuk dikata...
Pandulah dengan keimanan kepadaNya...
Pasakkanlah matlamat cinta akhir padaNya semata...
Bagaimana?
Patuh dengan apa yang diperintahkan...
Tinggal segala apa yang dilarang...
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Monday, May 14, 2012
Keep moving dear~
...::Doa Pencinta Ilmu !::...
Doa Pencinta Ilmu !
Tuhan ku bermohon padaMu,
Kurniakan aku ilmu yang berguna,
Membawa takut kepadaMu,
Bertambah hidayah untuk mendekatiMu.
Aku berlindung denganMu,
Daripada ilmu yang tiada berguna,
Hanyut jauh dari rahmatMu Tuhan.
Membuatku makin berbangga dan bermegah..
Maha SuciMu Tuhan,
Sungguhku tiada memiliki ilmu walaupun sedikit,
Melainkan semua ajaranMu Tuhan...
Kerna Engkau Maha Mengetahui Lagi Bijaksana...
TanpaMu... Ku tiada erti...
Sekalipun mampu membawa diri...
Apalah ertinya hidup ini tanpa rahmat dariMu Tuhan..
Keep moving dear...
There's light at the end of every tunnel... moving... changing to a B.E.T.T.E.R one~
Subscribe to:
Posts (Atom)