kau bukan orang biasa
wahai diri..berjuanglah..
Di sinilah aku menyahut kalam-Mu Ya Allah. "...Dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka..." ( An-Nisa' : 63)
RAMADHAN YANG KU RINDUI
Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih, selawat dan tahmid suci.
Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.
Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.

Salah satu adegan dalam filem Emad AkelSalam juang buat semua,
"saya hanya ingin seperti
Fatimah...puterikandi
Nabi...yang seumur hidupnya
tidak pernah dimadu...oleh Saidina Ali Bin Abi
Talib suaminya..."
Untuk pengetahuan semua sebenarnya banyak lagi filem berunsur Islam kita perlu ketengahkan kepada masyarakat umum contonya seperti Syukur 21, Sang Murabbi, Muhammad Utusan Terakhir, The Message, Omar Mukhtar ( Lion Of The Dessert ), The Kingdom of Heaven dan banyak lagi. Filem-Filem ini menggambarkan tentang keindahan Islam itu sendiri yang mana sebagai seorang muslim jatuh kewajipan ke atas kita untuk wujudkan bi'ah (suasana) soleh walau di mana jua kita berada...
Justeru ana berpesan pada diri ana terutamanya dan antum semua agar gunakanlah ilmu dan kepakaran yang ada untuk membuktikan kebenaran Islam di mana-mana sahaja. Di situ terlihat Islam memang agama yang Tinggi dan tiada yang lebih Tinggi darinya ( itu keyakinan kita berdasarkan sabda Nabi ).
Wallahu a’lam...
Latar belakang Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Kitab karangannya, Apa Erti Saya Menganut Islam (popular dengan ungkapan kitab Maza ya'ni) masih terus menerus menjadi salah satu teks usrah d pelbagai peringkat - menara gading mahupun d peringkat umum dan khusus.
Isteri beliau bernama Mona Yakan dan beliau meninggalkan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.