Pages

Showing posts with label Myself n Islamic View. Show all posts
Showing posts with label Myself n Islamic View. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Alhamdulillah...

hari ini hari lahirmu, hari ini bertambah lagi usiamu, hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu (amanah), hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang...dek ujian yang akan mendatang... hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharungi onak dan duri...hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu dgnNya, semakin berkurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu, semakin bersedia malaikat maut dtg menjemput, semakin dekat masa amalan diperhitung... dan semakin hampir haruman firdausi atau azabnya jahannam, sanah helwah mielad sai'ed ya farahah.. moga dirimu menjadi serikandi dlm perjuangan Islam hingga akhir hayatmu...


terima kasih buat insan2 tersayang... ibu yang telah bersusah payah, bertarung nyawa demi melahirkanku, alhamdulillah ibu dan ayah... mrk membesarkan, mengasuh dan mendidikku dgn baik sekali.. dipupuk dengan nilai2 islami, ibu dan ayah tidak pernah jemu melayani kerenahku... dari kecil sehingga besar, sehingga kini...mengasuhku dengan penuh kasih dan sayang... terima kasih ibu dan ayah... nampak mudah sahaja anakmu ini mengungkap ucapan terima kasih... akanku buktikan pada ibu dan ayah bahkan lebih daripada itu... doakan anakmu di sini... kalian menjadi inspirasiku... pernah suatu ketika anakmu ini bermonolog sendirian, memikirkan mengenai kalian, "aku tak dapat hidup tanpa mrk"... lalu, anakmu ini menjawab sendirian "perjuangan dan hidup mesti diteruskan walau apa jua yang berlaku! hidupku utk agama (Allah dan Rasulullah ikutanku) yang ada padaku, ibu dan ayah penguat dlm hidupku"...
terima kasih buat insan2 tersayang... ibu dan ayah kerana selalu menasihatiku dan memarahiku... itu tanda mereka kasih dan sayang kepadaku.. mereka lihat kekurangan dlm diriku... mereka mahukan yg terbaik buatku... terima kasih ibu dan ayah... anakmu di sini amat bersyukur mempunyai ibu dan ayah seperti kalian.. membanting tulang demi menyara kehidupan sekeluarga... dari pagi hingga ke petang, disambung pula kerja2 di rumah, dari petang hingga ke malam... penat ibu, letih ayah... moga rindu terubat dalam doa dan kalam kepadaNya... nama2 kalian sentiasa terukir dan tersemat dlm munajatku kepadaNya... maafkan anakmu... dunia dan akhirat... ibu dan ayah, doakan anakmu di sini... anakmu harus teruskan perjuangan yang belum selesai... moga kita sekeluarga menjadi insan2 pilihan Allah menaungi syurgawi kelak..amin ya Rabb, amin ya Rabbal'alamin..


"Ya Allah, jadikanlah cintaMu sebagai perkara yang paling aku cintai & jadikanlah rasa takut kepadaMu sebagai perkara yang paling aku takuti. Putuslah dariku keperluan-keperluan dunia dengan rasa rindu akan hari pertemuan denganMu. Apabila Engkau jadikan penyejuk mata orang yang cinta dunia dengan dunia mereka, maka jadikanlah penyejuk mataku dgn beribadah kepadaMu..." (HR Abu Nu'aim dari Haitham bin Malik Ath-Tha'i r.a dalam Al-Hilyah)



[selawat dan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad s.a.w]

Ya Allah, aku mohon keberkatan masa yang Engkau pinjamkan kpdku... keberkatan ilmu yang Engkau berikan... kekuatan iman... dan kesempurnaan amalanku kpdMu... permudahkanlah segala urusan hamba2Mu Ya Allah.. Amin ya rabbal'alamin.. (terima kasih buat sahabat baikku syahidah sujari, terima kasih shbt, berikan dan pinjamkan ana kata2 semangat nie..utk terus..dan terus kuat... yakin pada Allah! jangan risau samttaj akan terus diperjuangkan... insya-Allah. maaf.) (^_^)

Tuesday, October 26, 2010

INDAHNYA HIDUP BERSULAMKAN UKHUWAH ISLAMIYYAH..

Alhamdulillah...

Selesai sudah 2 paper final exam (Building Services dan Construction Technology) utk sem nie.. tinggal lagi 4 paper lagi... Ayuh! Teruskan berjihad demi Islam.. Ya-Allah berikanlah aku kekuatan.. Bertahan! Bole3x!..


30th : Professional Practices

31th : Measurement of Construction Works

4 th : Construction Economics

7 th : Project Management


Beberapa hari sebelum exam banyak dapat 'sms' drpd shbt2.. kata-kata semangat, salam kemaafan dan salam rindu.. macam-macam lagi.. ada yang penulis sempat 'reply' dan ada jgk yang tak di 'reply'. Maklumlah.. exam fever. Salam kemaafan drpd penulis.



Di sini ingin penulis coretkan beberapa mutiara kata drpd sahabat2 seperjuangan :-



"Selamat berjuang dgn ilmu dan pena. bittaufiq wannajah... Allahuakbar! :-)" - Ateh Bangi



"I'm apologize 4 any wrong doing... semoga Allah membuka hijab ilmu dan keberkatanNya pd kita semua dan semoga mudah jawab exam dan cemerlang result" - Djah Melaka



"Salam perjuangan... perjuangan menegakkan agama, jalannya amat getir dan perit... sangat menuntut kpd kesabaran, pengorbanan dan keyakinan.. Bagaimana Nabi berjuang sehingga Islam tertegak, begitulah kita harus berjuang sehingga nafas yang terakhir.. Demi cinta kpd Allah dan Rasul berjuanglah sehabis daya dalam peperangan akademik kali ini... krn keberjayaan dlm peperangan ini adalah saham terbesar kpd Kegemilangan Islam... Takbeer! Slm syg dr akak." - Kak Dayah Shah Alam



"Dan manusia hanya memperolehi apa yang telah diusahakannya... dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan kpdnya... Kemudian akan diberi balasan kpdnya dgn balasan yang paling sempurna. (A-Najm 39-41). All the best! Usaha hingga saat yg terakhir =) " - Fairuz Shah Alam



"Ya Allah ajarkanlah kami belajar ini bukan utk sesiapa tapi hanya keranaMu, belajar ini bukan utk diri ini bahkan utk seluruh umat RasulMu, belajar ini bukan utk saat ini bahkan utk sepanjang zaman, ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmuMu, hindarilah kami dari sifat malas dan berikanlah sepenuh-sepenuhnya tumpuan ke atas apa yang kami lakukan, ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMu, redhailah setiap langkah kami kerana kpdMu lah kami akan kembali. ~ All da best alang 4 ur exm. Cekalkan hati, mencapai sebuah kejayaan utk Islam. Aja2 fighting. luv u :-)". "Chaiyok2 exm ptg ni! Man jadda wa jada, wa man zar'a hasoda"- Ain Gombak


Sewaktu study di fakulti... biz..biz..

Tertera di 'screne' handphone... nombor yang tidak dikenali melalui sms...


"Salam alayk ya ukhti farha.. kaifa haluki? rindu sama kak farha, rindu dgn tazkirah2 akk... mcm mana skrg? sambung stdy atau kerja?" - Zaidatu Nadia Perak


"Bittaufiq wannajah ;-) kem salam ibu nnt free kt jumpa k, take care"- Dalilah Sg. Buloh, shbt ni baru balik dr Jordan.


Di sini suka penulis mengingatkan diri penulis sendiri dan sahabat2 seperjuangan agar sentiasa perbaharui dan perbetulkan niat dalam apa jua perkara yang kita lakukan, agar semuanya kerana Allah, Lillahita'ala..bukan kerana yang lain.. Amin.






Peringatan utk penulis dan sahabat-sahabat seperjuangan
Akhwat yang CANTIK di sisi Allah adalah :



melukis kekuatan melalui masalahnya..

tersenyum di saat tertekan..

tertawa di saat hati sedang menangis..

tabah
di saat terhina..

mempersona kerana memaafkan..

mengasihi tanpa meminta balas..

bertambah kuat dalam doa dan pengharapan kpd Ilahi..



~SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI & DALAM RAHMATNYA, SAHABATKU~

Lama tak main... =)


Rindunya..
Lama tak main ping-pong...
Saat dulu di Samttaj, Perak, kini Shah Alam...
Rindunya saat training bersama team ping-pong Perak...
Farah, Tikah, Syikin, Ika..
Lama tak lawan dan main bersama...
Bila dpt kita ketemu lagi...
Di mana ada table ping-pong, teringat kat Team Karisma Perak...
Setiap kali masa training memang berkobar-kobar...huhu.
Sbb dapat main, lawan, belajar sesuatu yang baru...
Mesti nak menang..
Lagi best dpt smash partner lawan




Alhamdulillah biiznillah...
Detik manis bersama...
Apapun, perjuangan mesti diteruskan...
Bukan dunia yang dicari...
Hakikat kebenaran yang perlu dipertahankan...
Perjuangan belum selesai...
Moga aku sentiasa dalam keredhaanNYA..
Amin... Ya Allah.
~Imtihan Kecil Diri Yang Kerdil~
Fatrah Final Exam 05/2010

Friday, June 12, 2009

... I'm in ur HEaRt (all of u) ...

CINTAGUNG 2#
----------------------------------------------------------------
Farha is 21 years old. She is lovely solehah princess who likes to share her stories. She also a Muslim girl who never give up. She also has lots of friends. I will fight for right!!! I will not scared of the devils!!!


Daisypath Wedding Ticker
------------------------------------------------------------------