Pages

Showing posts with label PERMATA ISLAM. Show all posts
Showing posts with label PERMATA ISLAM. Show all posts

Friday, July 30, 2010

...Nantikan kami di pohon syurga amin...

KEHADIRAN YANG DIRASAI...
KEHILANGAN YANG MEMBERI ERTI...
Kesibukan dunia yang begitu mendesak membuatkan hidupku menjadi agak kelam kabut, tambahan diriku sendiri memang lemah dalam aspek pengurusan masa. Namun, peristiwa yang berlaku dalam bulan ini, yakni beberapa hari yang lalu ( 18 Julai 2010 bersamaan 6 Sya'aban 1431H ) memang amat mengejutkan lantas menghambat hati dan jiwaku untuk menghidupkan kembali blog yang dah terlalu lama lekang daripada sentuhan posting-posting baru yang menyegarkan...
Kebiasaannya, perancangan takwim utk semester baru telah dibuat pada cuti semester lagi, sebagai persediaan sebelum memasuki semester yang berikutnya. Namun, awal semester ini memang agak sibuk dengan tugas-tugas yang masih berbaki walaupun perancangan telah dibuat semasa cuti, dihambat pula dengan assignment-assignment yang memerlukan real investigation on site, dissertation yang masih pending, tutorial, perancangan kolej, membuatkan aku kadang-kadang sedikit tertekan. apapun harus dihadapi dgn kesabaran. Sungguh Allah menjanjikan suatu kemenangan dan ganjaran dalam perjuangan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas.. DaripadaNya kita dijadikan, kepadaNya jua kita akan dikembalikan...
Masa itu..baru sahaja meeting bermula ( 18 Julai 2010 bersamaan 6 Sya'aban 1431H )... kak Aziah menghubungi aku, menyampaikan berita bahawa sahabatku telah kembali ke rahmatullah..benar-benar membuatkan aku pilu.. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...
Selesai meeting aku dan beberapa orang sahabat menziarahi arwah Anis Amirah di Sg. Besar. Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sg. Besar iaitu kawasan tempat tinggal arwah dan keluarga.
Seingatku... baru seminggu lepas bertemu dengan arwah anis amirah di suatu program yang mempertemukan kami... wajahnya kelihatan seperi menanggung sesuatu... lalu aku menyapa sahabat yang aku sygi ini.. barulah ku tahu sahabatku ini demam panas... aku menasihati arwah merehatkan diri.. melihatkan arwah tidur keseorangan... ingin rasanya menemani kesepian tidurnya. masa itu kami sedang berprogram. Maklumlah, setelah sekian lama bercuti... ghairah dan seronok dapat bertemu sahabat-sahabat yang dirindui.
Berita arwah Anis Amirah dimasukkan ke hospital tidaklah terkejut sgt bagiku... sejujurnya ingin melihat shbtku ini sihat seperti sediakala... alhamdulillah.. semoga cepat sembuh Anis! tapi tak sangka pula yang Anis menghidap demam denggi berdarah... pada malam itu berita tahap kesihatan dan kemasukan arwah Anis Amirah ke hospital besar Sg. Buloh tersebar luas melalui sistem pesanan khidmat ringkas (sms) kepada shbt-shbt terdekat. Aku dan beberapa org shbt menziarahi Anis di hospital. Lama jgk kami menuggu utk memasuki wad kecemasan ICU. Pesakit-pesakit dijaga dengan rapi dan kawalan ketat dibuat walaupun dari petang kami tunggu utk melihat wajah Anis. Lebih kurang pukul 1.30 pagi baru kami dibenarkan masuk. Anis koma selepas operation. Itulah kali terakhir aku melihat Anis. Wajahnya... Keadaan dirinya... Masa berlalu begitu pantas.. Seakan-akan memanggil dan menuntut hambaNya bertemu Rabb, Sang Pencipta segala makhluk di langit dan di bumi. Allah...
semasa cuti semester... arwah selalu menghantar sms.. lebih gemar membahasakan dirinya Anz.
Diantara smsnya berbunyi...
"salam. farha sori dah lama x tnya kb? result cmne? maaf na.. Anis cuma nk tnya perancangan anggerik utk sem hdpn. antara aktivitinya apa yea.."
sms hari-hari berikutnya (apabila aku ditaklifkan memang satu jawatan...) dan arwah merindui shbt seperjuanganku Ain..
"salam. Farha. asif gngu. apa kbr? moga segala apa jua amanah dteruskan dengan ikhlas dan istiqamah. Insya-Allah. msh menuggu progress gerak kerja da'wah. ada pape brtahu la ya. dan juga ada number Ain Humaira? dah agak lama tak berhubung dgnnya juga."
sms seterusnya...
"ok. Anz ada rancang perancangan... akan diberitahu nnt. Anz ada kt Punck Alam dah Farha. bleh msj trus pd Anz, jika ada pape k? syukran Farha. jgn lupa contact Anis Suhaila kt kmpus Machang. bg motivasi pdnya."
Sahabat se-diskusiku, rasanya baru sahaja kami berbincang mengenai perancangan kolej... rasanya seperti baru semalam kami berbual-bual bersama... berbincang isu-isu semasa yang semakin meruncing, bertanyakan khabar sahabat-sahabat yang dah lama tak berjumpa... perkembangan adik-adik... rasanya seperti baru semalam semuanya berlaku... apa pun yang aku rasa, hakikatnya permata yang tdk ternilai ini, telah kembali bertemu KEKASIHNYA... membawa heretan amanah dan tanggungjawab yang telah sedaya upaya dipenuhi dengan komited dan usaha yang tidak berbelah bahagi...
Dalam kesibukan yang tak dapat aku elakkan, akhirnya pemergian sahabatku ini menjenguk kehidupanku yang agak terumbang-ambing ini dengan seribu pengajaran...
Ya-Allah, betapa jauhnya aku dariMu... aku lupa yang aku juga akan kembali kepadaMu Ya-Allah, kembalikanlah aku dalam keadaan Kau redha denganku dan aku redha dgn ketentuanMu Ya-Allah...
Moga Allah s.w.t menempatkan ruh arwah Anis Amirah Binti Ahmad Lutfi dikalangan hamba-hamba pilihanNya..amin
Al-Fatihah..


Sejak kebelakangan ini ramai sahaja sahabat-sahabat terdekat telah pergi... meninggalkan diri ini... meneruskan sisa berbaki hidup yang tinggal... ke mana hala akhir hidupku? pilu rasanya... gentar rasa hati... kematian yang benar-benar memberikan aku seribu satu pengajaran... menghargai, mensyukuri dan mengasihi orang-orang yang ada disekelilingku serta menikmati hidup ini hanya keranaMu..Ya-Allah.




"Ya-Allah yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hatiku, keluargaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku, dan hamba-hambaMu yang berjuang dijalanMu ini serta tetapkanlah kami atas ketaatan kpdMu Ya-Allah"

Wednesday, July 1, 2009

!!! MUHAMMAD AL-FATEH !!!

CINTAGUNG 5#
Mempersembahkan...

VIDEO CLIP NASYID MUHAMMAD AL-FATEH
Asif jiddan buat shbt2... video clip Muhammad Al-Fateh masih dlm construction =) Diharap bg shbt2 yg ingin saksikan video clip ini boleh layari url seperti di bawah... selamat menonton... akhir kalam salam Sya'aban. ( ...hari terus berlalu pergi...Sya'aban kini, Ramadhan menanti... moga dipertemukan kita dgn Ramadhan Al-Mubarak..amin... )

Sunday, June 21, 2009

Balasunkawa buat Ustaz Fathi Yakan

CINTAGUNG 3#




Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di Lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas Solat Asar hari ahad 21 Jamadil Akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkuburan keluarga di Babur Raml. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi Masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Di antara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden Syria, ketua dewan rakyat Nabih Barrik, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili Ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad Ar-Rifaie, Timbalan Setiausaha Agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik As-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu di akhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)



Latar belakang Fathi Yakan


Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.


Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.


Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Kitab karangannya, Apa Erti Saya Menganut Islam (popular dengan ungkapan kitab Maza ya'ni) masih terus menerus menjadi salah satu teks usrah d pelbagai peringkat - menara gading mahupun d peringkat umum dan khusus.


Isteri beliau bernama Mona Yakan dan beliau meninggalkan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.AMIN...



Berita rasmi kewafatan Ustaz Fathi Yakan Rahimahullah :-

http://www.daawa.net/display/arabic/news/NewsDetails.aspx?ID=4535&tid=3
http://www.ikhwanonline.com/