Pages

Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts
Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

...hanya SATU dapat membantu...

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian 'alam. Bersyukur di atas ujian yang diberi Allah meskipun pahit. Biarlah pahit di dunia, manisnya mungkin dapat dirasa di akhirat kelak. Mencari jawapan kepada suatu persoalan kadang-kadang bukan mudah, bukan jua susah. memang benar hidup ini adalah membuat pilihan dan menetapkan keputusan. biarpun susah..pening, penat sampai menitiskan air mata memikirkannya. Kupinta ketenangan daripadaMu Ya Allah... Ya Allah tetapkanlah diriku dalam redhaMu dan keimanan kepadaMu... biar apapun yg berlaku.. hanya padaMu ku sandarkan segalaNYA. moga keimanan hambaMu ini bertambah... bercambah kasihku jua padaMu...daripada segala isi di dunia ini.. amin. hanya SATU dapat membantu... Allahurabbi...

Saturday, January 29, 2011

Al-Fatihah buat kakakku...

Al-Fatihah buat kakakku, kak saadah... Moga TENANG di negeri abadi...amin. Sahabat-sahabat doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh... amin. Kesempatan menjaga arwah di hospital memberikan pengajaran buat penulis. Lama juga kak saadah menanggung derita sakitnya. Hanya Allah shj yg Maha Mengetahui. Terkenangkan arwah kak saadah begitu tabah dan semangat melawan penyakit yg dihadapi. Moga penulis juga setabah dan sekuat semangat yg ada pd serikandi ini, arwah kak saadah. amin. Dimaklumkan kak saadah menghidap penyakit leukimia dan ada penyakit2 yg lain. Ramai sahabat-sahabatku telah pergi... silih berganti. Mereka pergi dalam keadaan yg baik sekali, tenang. "Ya Allah, moga aku juga dimatikan dlm keadaan husnul khatimah.. dlm keadaan yg baik, tenang dgn amalan2 (bekalan) yg baik utkMu. Aku doakan juga ampunkan dosa (dosa2 besar mahu pun dosa2 kecil) kedua ibu bapaku, adik-beradikku, guru-guruku, sanak-saudaraku, sahabat2ku, muslimin dan muslimat yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia. amin." Sungguh! Kematian itu menjadi pengajaran buat insan-insan yg masih hidup ini...

Saturday, October 30, 2010

Pengajaran Buat Diri~

Salam imtihan..
Dugaan kecil buat diri..
Tapi sekecil mna pun,
Ia perlukan mujahadah,
KEIKHLASAN, USAHA, tawakal dan pengorbanan,
Juga JIHAD yang tinggi sbg seorang muslim.
Kerna ia melambangkan keperibadian 1 org muslim.
Walau senjata dah lengkap, canggih,
Tanpa STRATEGI, ia mungkin akan kecundang.
Ingatlah wahai diri, apa yang ada selepas peperangan
Adalah.. TAWAKAL,
Disebalik peperangan yg berlaku,
Ada hikmah d sebaliknya,
Begitu juga jika kemenangan bukan dipihak kita,
Syukur Allah beri peluang utk kita mengecapi nikmat
Nikmat Iman dan Islam, dpt bernafas sehingga ke hari ini
Melakukan ibadah,
Byk lg..Tidak terhingga..
Alhamdulillah..

Teringat kata2 seorang sahabat,
Manusia diciptakan utk berjaya,
Bukan untuk gagal...
Jadi ada hikmah disebalik ketentuanNya..

UTK DIRI INI...
STRATEGI SGT2 PENTING...
WALAU SENJATA DAH LENGKAP...
TANPA STRATEGI YANG BAIK...
MUNGKIN JUGA...
KEMENANGAN SUKAR DIPEROLEHI...