Pages

Showing posts with label WACANA ILMU. Show all posts
Showing posts with label WACANA ILMU. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

::::....Pengisian bermakna oleh Ustaz Nasaie.....::::

Maksud hadith; “Jadilah orang yang berilmu, atau menuntut ilmu, atau mendengarkan ilmu, atau yang mencintai ilmu. Dan jangan menjadi orang yang kelima (yakni bukan dari 4 golongan pertama), maka kamu akan musnah”.

Assalamualaikum w.b.t...

Ingin sekali penulis kongsikan bersama sahabat-sahabat pengisian bermakna dan bermanfaat daripada Ustaz Nasaie. Walaupun ustaz kurang bersedia dek kerana lambat terima message daripada kami (penulis dan sahabat-sahabat lain), tetapi pengisian yang ustaz beri membuatkan diri ini bermuhasabah seketika. Merenung amalan-amalan yang tidak seberapa. Allah! Kerdil diri ini! Bantulah hambamu ini Ya Allah!


Tajuk : Ciri-ciri Qiadi (pemimpin)

-Ikhtibar melalui sirah:-

Kerajaan Mamalik, Salahuddin Al-Ayyubi, kisah Abu Dzar Al-Ghifari dan ikhtibar melalui Perang Teluk.



-Ustaz menggariskan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin:-

1) Beriman (aqidah dan akhlak yang mantap).

2) Berilmu.

3) Berwibawa.

4) Bersedia untuk ditegur dan mahu belajar.

5) Mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. Ikhlaskan diri kerana Allah s.w.t. Bantuan hanya hadir bila diri kita menghadirkan keikhlasan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

6) Bertahajjud (Insya-Allah akan hilang ketakutan dan yakin batuan hanya dari Allah).


-Nasihat ustaz:-

1) Pemimpin jangan merancang terlalu lama. Perjuangan mesti diteruskan even dah 'grad'.

2) Luangkan masa dengan 'kawasan'.

3) Pemimpin mesti ada murabbi*.

4) Pemimpin mestilah bersederhana, jangan berasa sudah cukup.

5) Sentiasa mengadakan jaulah (ziarah atau lawatan) ke rumah 'alim ulama'.

6) Pemimpin adalah hamba terbukti dalam surah Ali 'Imran ayat 26.

Katakanlah (Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali 'Imran, 26)



*Guru bukan sekadar Mua’llim sahaja malah konsep yang sebenarnya dalam Islam ialah guru juga sebagai Murabbi, Muaddib, Mudarris… Peranannya nampak sama sahaja iaitu mengajar…namun hakikat yang sebenarnya ialah Muaddib ialah pendidik yang mengajar mengenai akhlah dan sakhsiah murid..begitu juga Mudarris sebagai pengajar ilmu yang dikuasainya… selain Murabbi..yang memberi tarbiyah kepada anak didik dari segi ruhani dan jasmani… Bukan mudah untuk menjadi Mu’allim yang sebenarnya… Mudah untuk mengajar…tetapi sejauh mana apa yang diajar meresap ke dalam diri kita untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian… begitu besar dan mendalam makna sesuatu perkataan.

Sekian sahaja perkongsian penulis buat sahabat-sahabat. Rindu perkongsian murabbi-murabbi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat (moga hati lembut dapat praktikkan dalam kehidupan seharian amin..). moga ditakdirkan Allah juga dengan perkongsian Ustaz Nasaie lagi. Syukran ustaz. Alhamdulillah. Wallahualam.

-FORUM MAHASISWA MALAYSIA-

Photobucket

Wednesday, October 27, 2010

CINTA ILAHI BUKAN LAKARAN PUISI~

thabbit Pictures, Images and Photos


“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ‘setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!
BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?


“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)


Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.



CINTA ILAHI ADA CARANYA


zikruLLah Pictures, Images and Photos


Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?


“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.


ABU SAIF

Thursday, October 15, 2009

Nantikan kemunculannya!


CINTAGUNG 11 #



Alhamdulillah... akhi kita nie dah keluarkan bukunya yang pertama (nantikanlah kemunculannya!)... tertanya-tanya ana pada diri, bila pula giliran keluaran buku pertama karangan ana sendiri... untuk pengetahuan pembaca-pembaca semua..inilah antara salah satu daripada apa yang ana cari dan inginkan... kisah dan sejarah terperinci mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh... kali pertama ana dengar dan tertarik mengenai tokoh Islam ini, adalah melalui radio sewaktu memandu kereta. Tergerak hati ana untuk mengkaji lebih 'detail' lagi mengenai ketokohan dan kepimpinan pembuka kota Konstatinopel ini. Doakan sahabat-sahabat sekalian moga diberi kekuatan dan Allah permudahkan segala urusan kajian ana... moga setiap insan pembaca dan penggemar bahan ilmiah yang ada disekeliling kita merasai ibrah daripada kisah tokoh-tokoh Islam terdahulu. amin... wallahua'lam. =)