Pages

Tuesday, January 11, 2011

::::....Pengisian bermakna oleh Ustaz Nasaie.....::::

Maksud hadith; “Jadilah orang yang berilmu, atau menuntut ilmu, atau mendengarkan ilmu, atau yang mencintai ilmu. Dan jangan menjadi orang yang kelima (yakni bukan dari 4 golongan pertama), maka kamu akan musnah”.

Assalamualaikum w.b.t...

Ingin sekali penulis kongsikan bersama sahabat-sahabat pengisian bermakna dan bermanfaat daripada Ustaz Nasaie. Walaupun ustaz kurang bersedia dek kerana lambat terima message daripada kami (penulis dan sahabat-sahabat lain), tetapi pengisian yang ustaz beri membuatkan diri ini bermuhasabah seketika. Merenung amalan-amalan yang tidak seberapa. Allah! Kerdil diri ini! Bantulah hambamu ini Ya Allah!


Tajuk : Ciri-ciri Qiadi (pemimpin)

-Ikhtibar melalui sirah:-

Kerajaan Mamalik, Salahuddin Al-Ayyubi, kisah Abu Dzar Al-Ghifari dan ikhtibar melalui Perang Teluk.



-Ustaz menggariskan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin:-

1) Beriman (aqidah dan akhlak yang mantap).

2) Berilmu.

3) Berwibawa.

4) Bersedia untuk ditegur dan mahu belajar.

5) Mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. Ikhlaskan diri kerana Allah s.w.t. Bantuan hanya hadir bila diri kita menghadirkan keikhlasan sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

6) Bertahajjud (Insya-Allah akan hilang ketakutan dan yakin batuan hanya dari Allah).


-Nasihat ustaz:-

1) Pemimpin jangan merancang terlalu lama. Perjuangan mesti diteruskan even dah 'grad'.

2) Luangkan masa dengan 'kawasan'.

3) Pemimpin mesti ada murabbi*.

4) Pemimpin mestilah bersederhana, jangan berasa sudah cukup.

5) Sentiasa mengadakan jaulah (ziarah atau lawatan) ke rumah 'alim ulama'.

6) Pemimpin adalah hamba terbukti dalam surah Ali 'Imran ayat 26.

Katakanlah (Muhammad), "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali 'Imran, 26)



*Guru bukan sekadar Mua’llim sahaja malah konsep yang sebenarnya dalam Islam ialah guru juga sebagai Murabbi, Muaddib, Mudarris… Peranannya nampak sama sahaja iaitu mengajar…namun hakikat yang sebenarnya ialah Muaddib ialah pendidik yang mengajar mengenai akhlah dan sakhsiah murid..begitu juga Mudarris sebagai pengajar ilmu yang dikuasainya… selain Murabbi..yang memberi tarbiyah kepada anak didik dari segi ruhani dan jasmani… Bukan mudah untuk menjadi Mu’allim yang sebenarnya… Mudah untuk mengajar…tetapi sejauh mana apa yang diajar meresap ke dalam diri kita untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian… begitu besar dan mendalam makna sesuatu perkataan.

Sekian sahaja perkongsian penulis buat sahabat-sahabat. Rindu perkongsian murabbi-murabbi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat (moga hati lembut dapat praktikkan dalam kehidupan seharian amin..). moga ditakdirkan Allah juga dengan perkongsian Ustaz Nasaie lagi. Syukran ustaz. Alhamdulillah. Wallahualam.

-FORUM MAHASISWA MALAYSIA-

Photobucket

Thursday, January 6, 2011

[] PESaNan RaSuLulLaH unTuk WaniTa []

.::Engkau Cinta Agung::.





Aku tahu Engkau Tuhanku.. Adalah cinta agung... aku pun mahu.. mencintaiMu... aku tahu mencintaiMu amat perlu.. Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan.. aku berusaha kearah itu.. tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu.. oh banyak yang datang mengganggu.. nafsuku, dan syaitan terkutuk. dunia mempersona menggamit selalu.. di waktu itu lupa ku padaMu. cintaku jauh sekali.. sekali sekala. datang juga, walaupun sedikit terasa indah nya.. kemudian lupa lagi..

Adakalanya lupa ku padaMu.. berpanjangan sekali... kemudian sekali sekala sedar kembali.. Engkau Cinta Agung... Engkau patut dicintai... selepas itu lupa lagi. begitu cintaku kepadaMu Tuhan.. dengan kelalaian silih berganti.. oh Tuhan.... Dengan hati yang sedih ini... tolong lah aku dengan rahmatMu.. bantulah aku mencintaiMu... agar cinta yang palsu.. terkubur sendiri... itulah harapan ku padaMu.

Monday, November 8, 2010

Selamat Pengatin Baru~

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah Yang Maha Agung yang telah menciptakan Qada' dan Qadar ini, kami pohon restu dan keredhaanMu, jadikanlah ikatan ini selamanya diberkati olehMu, agar sentiasa dilimpahi dengan keimanan dan kasih sayang, peliharalah ia semoga berkekalan dengan rahmat dan cahaya kasihMu di dunia ini dan di akhirat nanti, serta kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah. Ya Allah satukanlah hati dua hambaMu ini, seperti mana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha, dan seperti mana Engkau satukan hati Muhammad s.a.w dan Khadijah, Amin Ya Rabbal 'Alamin.



SEkaPur sIrIh sEuLas piNanG, mEnJaDi saNtaPan sI GadIs IdaMan, kaK Long FatiMah akhirNya ke JinJang, SemoGa peRkahwinaN sElamaNya aMan.
SeLamaT PenGanTin baRu buaT Kak FaTimah SaNi daN sUaMi...

Saturday, October 30, 2010

Pengajaran Buat Diri~

Salam imtihan..
Dugaan kecil buat diri..
Tapi sekecil mna pun,
Ia perlukan mujahadah,
KEIKHLASAN, USAHA, tawakal dan pengorbanan,
Juga JIHAD yang tinggi sbg seorang muslim.
Kerna ia melambangkan keperibadian 1 org muslim.
Walau senjata dah lengkap, canggih,
Tanpa STRATEGI, ia mungkin akan kecundang.
Ingatlah wahai diri, apa yang ada selepas peperangan
Adalah.. TAWAKAL,
Disebalik peperangan yg berlaku,
Ada hikmah d sebaliknya,
Begitu juga jika kemenangan bukan dipihak kita,
Syukur Allah beri peluang utk kita mengecapi nikmat
Nikmat Iman dan Islam, dpt bernafas sehingga ke hari ini
Melakukan ibadah,
Byk lg..Tidak terhingga..
Alhamdulillah..

Teringat kata2 seorang sahabat,
Manusia diciptakan utk berjaya,
Bukan untuk gagal...
Jadi ada hikmah disebalik ketentuanNya..

UTK DIRI INI...
STRATEGI SGT2 PENTING...
WALAU SENJATA DAH LENGKAP...
TANPA STRATEGI YANG BAIK...
MUNGKIN JUGA...
KEMENANGAN SUKAR DIPEROLEHI...

Wednesday, October 27, 2010

CINTA ILAHI BUKAN LAKARAN PUISI~

thabbit Pictures, Images and Photos


“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ‘setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!
BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?


“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)


Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.



CINTA ILAHI ADA CARANYA


zikruLLah Pictures, Images and Photos


Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?


“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.


ABU SAIF