Pages

Tuesday, October 26, 2010

INDAHNYA HIDUP BERSULAMKAN UKHUWAH ISLAMIYYAH..

Alhamdulillah...

Selesai sudah 2 paper final exam (Building Services dan Construction Technology) utk sem nie.. tinggal lagi 4 paper lagi... Ayuh! Teruskan berjihad demi Islam.. Ya-Allah berikanlah aku kekuatan.. Bertahan! Bole3x!..


30th : Professional Practices

31th : Measurement of Construction Works

4 th : Construction Economics

7 th : Project Management


Beberapa hari sebelum exam banyak dapat 'sms' drpd shbt2.. kata-kata semangat, salam kemaafan dan salam rindu.. macam-macam lagi.. ada yang penulis sempat 'reply' dan ada jgk yang tak di 'reply'. Maklumlah.. exam fever. Salam kemaafan drpd penulis.



Di sini ingin penulis coretkan beberapa mutiara kata drpd sahabat2 seperjuangan :-



"Selamat berjuang dgn ilmu dan pena. bittaufiq wannajah... Allahuakbar! :-)" - Ateh Bangi



"I'm apologize 4 any wrong doing... semoga Allah membuka hijab ilmu dan keberkatanNya pd kita semua dan semoga mudah jawab exam dan cemerlang result" - Djah Melaka



"Salam perjuangan... perjuangan menegakkan agama, jalannya amat getir dan perit... sangat menuntut kpd kesabaran, pengorbanan dan keyakinan.. Bagaimana Nabi berjuang sehingga Islam tertegak, begitulah kita harus berjuang sehingga nafas yang terakhir.. Demi cinta kpd Allah dan Rasul berjuanglah sehabis daya dalam peperangan akademik kali ini... krn keberjayaan dlm peperangan ini adalah saham terbesar kpd Kegemilangan Islam... Takbeer! Slm syg dr akak." - Kak Dayah Shah Alam



"Dan manusia hanya memperolehi apa yang telah diusahakannya... dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan kpdnya... Kemudian akan diberi balasan kpdnya dgn balasan yang paling sempurna. (A-Najm 39-41). All the best! Usaha hingga saat yg terakhir =) " - Fairuz Shah Alam



"Ya Allah ajarkanlah kami belajar ini bukan utk sesiapa tapi hanya keranaMu, belajar ini bukan utk diri ini bahkan utk seluruh umat RasulMu, belajar ini bukan utk saat ini bahkan utk sepanjang zaman, ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmuMu, hindarilah kami dari sifat malas dan berikanlah sepenuh-sepenuhnya tumpuan ke atas apa yang kami lakukan, ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMu, redhailah setiap langkah kami kerana kpdMu lah kami akan kembali. ~ All da best alang 4 ur exm. Cekalkan hati, mencapai sebuah kejayaan utk Islam. Aja2 fighting. luv u :-)". "Chaiyok2 exm ptg ni! Man jadda wa jada, wa man zar'a hasoda"- Ain Gombak


Sewaktu study di fakulti... biz..biz..

Tertera di 'screne' handphone... nombor yang tidak dikenali melalui sms...


"Salam alayk ya ukhti farha.. kaifa haluki? rindu sama kak farha, rindu dgn tazkirah2 akk... mcm mana skrg? sambung stdy atau kerja?" - Zaidatu Nadia Perak


"Bittaufiq wannajah ;-) kem salam ibu nnt free kt jumpa k, take care"- Dalilah Sg. Buloh, shbt ni baru balik dr Jordan.


Di sini suka penulis mengingatkan diri penulis sendiri dan sahabat2 seperjuangan agar sentiasa perbaharui dan perbetulkan niat dalam apa jua perkara yang kita lakukan, agar semuanya kerana Allah, Lillahita'ala..bukan kerana yang lain.. Amin.






Peringatan utk penulis dan sahabat-sahabat seperjuangan
Akhwat yang CANTIK di sisi Allah adalah :



melukis kekuatan melalui masalahnya..

tersenyum di saat tertekan..

tertawa di saat hati sedang menangis..

tabah
di saat terhina..

mempersona kerana memaafkan..

mengasihi tanpa meminta balas..

bertambah kuat dalam doa dan pengharapan kpd Ilahi..



~SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI & DALAM RAHMATNYA, SAHABATKU~

Inilah realitinya

The Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show, at the Monaco Sporting Club in Monte Carlo Monday



KUALA LUMPUR, Aug 10 (Bernama) - Islamic fashion is fast becoming a lucrative business with the current market estimated to be worth more than US$96 billion (RM302 billion) a year, said Datin Seri Rosmah Mansor.



p/s: semuanya nampak dengan duit. Bukan nampak dosa dan pahala.



"The Islamic Fashion Festival is precisely intended to end the myth that a Muslim woman cannot posses a sense of style. On the contrary, Islamic dressing is a style of its own, and today it is beginning to attract more and more attention, as mainstream trends become increasingly bold, sensual and provocative which is unappealing to the more conservative consumers," she said.



p/s: Islam tidak menghalang perubahan. Tetapi syariat perlu diutamakan. Teringat bagaimana Kamal Attartuk membawa perubahan di Turki, akhirnya mayatnya tidak diterima dengan bumi...nau'zubillah..


Siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat @ penaung) program 'fesyen Islam' (sekular) ini..jawapannya ialah pada gambar di bawah....



































































Kembalilah kepada Islam yang sebenar..

Lama tak main... =)


Rindunya..
Lama tak main ping-pong...
Saat dulu di Samttaj, Perak, kini Shah Alam...
Rindunya saat training bersama team ping-pong Perak...
Farah, Tikah, Syikin, Ika..
Lama tak lawan dan main bersama...
Bila dpt kita ketemu lagi...
Di mana ada table ping-pong, teringat kat Team Karisma Perak...
Setiap kali masa training memang berkobar-kobar...huhu.
Sbb dapat main, lawan, belajar sesuatu yang baru...
Mesti nak menang..
Lagi best dpt smash partner lawan




Alhamdulillah biiznillah...
Detik manis bersama...
Apapun, perjuangan mesti diteruskan...
Bukan dunia yang dicari...
Hakikat kebenaran yang perlu dipertahankan...
Perjuangan belum selesai...
Moga aku sentiasa dalam keredhaanNYA..
Amin... Ya Allah.
~Imtihan Kecil Diri Yang Kerdil~
Fatrah Final Exam 05/2010

MerEhaTkaN mInDa sEBenTaR... searching~


































Monday, September 27, 2010

Saturday, September 25, 2010

Friday, July 30, 2010

...Nantikan kami di pohon syurga amin...

KEHADIRAN YANG DIRASAI...
KEHILANGAN YANG MEMBERI ERTI...
Kesibukan dunia yang begitu mendesak membuatkan hidupku menjadi agak kelam kabut, tambahan diriku sendiri memang lemah dalam aspek pengurusan masa. Namun, peristiwa yang berlaku dalam bulan ini, yakni beberapa hari yang lalu ( 18 Julai 2010 bersamaan 6 Sya'aban 1431H ) memang amat mengejutkan lantas menghambat hati dan jiwaku untuk menghidupkan kembali blog yang dah terlalu lama lekang daripada sentuhan posting-posting baru yang menyegarkan...
Kebiasaannya, perancangan takwim utk semester baru telah dibuat pada cuti semester lagi, sebagai persediaan sebelum memasuki semester yang berikutnya. Namun, awal semester ini memang agak sibuk dengan tugas-tugas yang masih berbaki walaupun perancangan telah dibuat semasa cuti, dihambat pula dengan assignment-assignment yang memerlukan real investigation on site, dissertation yang masih pending, tutorial, perancangan kolej, membuatkan aku kadang-kadang sedikit tertekan. apapun harus dihadapi dgn kesabaran. Sungguh Allah menjanjikan suatu kemenangan dan ganjaran dalam perjuangan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas.. DaripadaNya kita dijadikan, kepadaNya jua kita akan dikembalikan...
Masa itu..baru sahaja meeting bermula ( 18 Julai 2010 bersamaan 6 Sya'aban 1431H )... kak Aziah menghubungi aku, menyampaikan berita bahawa sahabatku telah kembali ke rahmatullah..benar-benar membuatkan aku pilu.. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...
Selesai meeting aku dan beberapa orang sahabat menziarahi arwah Anis Amirah di Sg. Besar. Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sg. Besar iaitu kawasan tempat tinggal arwah dan keluarga.
Seingatku... baru seminggu lepas bertemu dengan arwah anis amirah di suatu program yang mempertemukan kami... wajahnya kelihatan seperi menanggung sesuatu... lalu aku menyapa sahabat yang aku sygi ini.. barulah ku tahu sahabatku ini demam panas... aku menasihati arwah merehatkan diri.. melihatkan arwah tidur keseorangan... ingin rasanya menemani kesepian tidurnya. masa itu kami sedang berprogram. Maklumlah, setelah sekian lama bercuti... ghairah dan seronok dapat bertemu sahabat-sahabat yang dirindui.
Berita arwah Anis Amirah dimasukkan ke hospital tidaklah terkejut sgt bagiku... sejujurnya ingin melihat shbtku ini sihat seperti sediakala... alhamdulillah.. semoga cepat sembuh Anis! tapi tak sangka pula yang Anis menghidap demam denggi berdarah... pada malam itu berita tahap kesihatan dan kemasukan arwah Anis Amirah ke hospital besar Sg. Buloh tersebar luas melalui sistem pesanan khidmat ringkas (sms) kepada shbt-shbt terdekat. Aku dan beberapa org shbt menziarahi Anis di hospital. Lama jgk kami menuggu utk memasuki wad kecemasan ICU. Pesakit-pesakit dijaga dengan rapi dan kawalan ketat dibuat walaupun dari petang kami tunggu utk melihat wajah Anis. Lebih kurang pukul 1.30 pagi baru kami dibenarkan masuk. Anis koma selepas operation. Itulah kali terakhir aku melihat Anis. Wajahnya... Keadaan dirinya... Masa berlalu begitu pantas.. Seakan-akan memanggil dan menuntut hambaNya bertemu Rabb, Sang Pencipta segala makhluk di langit dan di bumi. Allah...
semasa cuti semester... arwah selalu menghantar sms.. lebih gemar membahasakan dirinya Anz.
Diantara smsnya berbunyi...
"salam. farha sori dah lama x tnya kb? result cmne? maaf na.. Anis cuma nk tnya perancangan anggerik utk sem hdpn. antara aktivitinya apa yea.."
sms hari-hari berikutnya (apabila aku ditaklifkan memang satu jawatan...) dan arwah merindui shbt seperjuanganku Ain..
"salam. Farha. asif gngu. apa kbr? moga segala apa jua amanah dteruskan dengan ikhlas dan istiqamah. Insya-Allah. msh menuggu progress gerak kerja da'wah. ada pape brtahu la ya. dan juga ada number Ain Humaira? dah agak lama tak berhubung dgnnya juga."
sms seterusnya...
"ok. Anz ada rancang perancangan... akan diberitahu nnt. Anz ada kt Punck Alam dah Farha. bleh msj trus pd Anz, jika ada pape k? syukran Farha. jgn lupa contact Anis Suhaila kt kmpus Machang. bg motivasi pdnya."
Sahabat se-diskusiku, rasanya baru sahaja kami berbincang mengenai perancangan kolej... rasanya seperti baru semalam kami berbual-bual bersama... berbincang isu-isu semasa yang semakin meruncing, bertanyakan khabar sahabat-sahabat yang dah lama tak berjumpa... perkembangan adik-adik... rasanya seperti baru semalam semuanya berlaku... apa pun yang aku rasa, hakikatnya permata yang tdk ternilai ini, telah kembali bertemu KEKASIHNYA... membawa heretan amanah dan tanggungjawab yang telah sedaya upaya dipenuhi dengan komited dan usaha yang tidak berbelah bahagi...
Dalam kesibukan yang tak dapat aku elakkan, akhirnya pemergian sahabatku ini menjenguk kehidupanku yang agak terumbang-ambing ini dengan seribu pengajaran...
Ya-Allah, betapa jauhnya aku dariMu... aku lupa yang aku juga akan kembali kepadaMu Ya-Allah, kembalikanlah aku dalam keadaan Kau redha denganku dan aku redha dgn ketentuanMu Ya-Allah...
Moga Allah s.w.t menempatkan ruh arwah Anis Amirah Binti Ahmad Lutfi dikalangan hamba-hamba pilihanNya..amin
Al-Fatihah..


Sejak kebelakangan ini ramai sahaja sahabat-sahabat terdekat telah pergi... meninggalkan diri ini... meneruskan sisa berbaki hidup yang tinggal... ke mana hala akhir hidupku? pilu rasanya... gentar rasa hati... kematian yang benar-benar memberikan aku seribu satu pengajaran... menghargai, mensyukuri dan mengasihi orang-orang yang ada disekelilingku serta menikmati hidup ini hanya keranaMu..Ya-Allah.




"Ya-Allah yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hatiku, keluargaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku, dan hamba-hambaMu yang berjuang dijalanMu ini serta tetapkanlah kami atas ketaatan kpdMu Ya-Allah"