Pages

Friday, July 31, 2009

~ ketIka cInta bertasbih (KCB) ~

CINTAGUNG 6#
"cinta adalah kekuatan...
yang mampu mengubah duri jadi mawar...
mengubah cuka jadi anggur...
mengubah sedih jadi riang...
mengubah amarah jadi ramah...
mengubah musibah jadi muhibbah...
itulah cinta..." (petikan puisi filem KCB)

Alhamdulillah berkesempatan ana mencoretkan sesuatu hari ini dalam 'Paradise seekers'. Sememangnya entry kali nie..ana sendiri memang tak sangka.. dalam usaha mencari maklumat 'assignment' dan kebuntuan mencari tajuk BEL 422, pantas sahaja jari jemari menaip 'search youtube' dan mula menaip Ketika Cinta Bertasbih. Barangkali..suatu kebetulan. =)
"sekalipun cinta telahku uraikan...
dan ku jelaskan panjang lebar...
namun jika cintaku datangi...
aku jadi malu pada keteranganku sendiri..."
Ana sendiri pun tak baca lagi novel nie..'just' jenguk-jenguk perkembangan filem semasa. KCB adalah salah sebuah filem yg diadaptasi daripada sebuah novel 'Ketika Cinta Bertasbih' karya Habiburrahman El-Shirazy.. Sebagaimana filem Harry Potter yang juga diadaptasi daripada novel-novel karya J.K. Rowling.. (terfikir ana...siapa pula yang bakal mengarahkan filem Tautan Hati suatu hari nanti - adaptasi hasil penulis novel terkenal Fatimah Syarha Mohd Noordin. Who knows, one day? Maybe its become one of the box office films in Malaysia??? )
"meskipun lidahku telah mampu menguraikan...
namun tanpa lidah...
cinta ternyata lebih terang...
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskan...
kata-kata pecah berkeping-keping...
begitu sampai kepada cinta..."
Di sini juga ana mohon 'comment' daripada antum semua sama ada mengenai filem KCB ini, bagi sesiapa yang telah menonton filem ini sepenuhnya (filem KCB nie belum menembusi lagi pasaran di Malaysia menurut suatu sumber) atau 'comment' mengenai isu filem-filem mutakhir ini. Muzakarah bersama sahabat-sahabat mudah-mudahan mencapai suatu noktah yang jelas tentang hiburan dalam Islam dalam dunia yang penuh dengan fitnah dan tipu daya nie. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan menonton filem KCB nie..anda bolehlah layari URL seperti di bawah, yang mana terdapat 'brief story' bermula dengan PART 1 dan seterusnya (dalam 'box related videos').
"dalam menguraikan cinta...
akal terbaring tak berdaya...
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan pencinta..."


"saya hanya ingin seperti
Fatimah...

puterikandi
Nabi...

yang seumur hidupnya
tidak pernah dimadu...

oleh Saidina Ali Bin Abi
Talib suaminya..."

Untuk pengetahuan semua sebenarnya banyak lagi filem berunsur Islam kita perlu ketengahkan kepada masyarakat umum contonya seperti Syukur 21, Sang Murabbi, Muhammad Utusan Terakhir, The Message, Omar Mukhtar ( Lion Of The Dessert ), The Kingdom of Heaven dan banyak lagi. Filem-Filem ini menggambarkan tentang keindahan Islam itu sendiri yang mana sebagai seorang muslim jatuh kewajipan ke atas kita untuk wujudkan bi'ah (suasana) soleh walau di mana jua kita berada...

Justeru ana berpesan pada diri ana terutamanya dan antum semua agar gunakanlah ilmu dan kepakaran yang ada untuk membuktikan kebenaran Islam di mana-mana sahaja. Di situ terlihat Islam memang agama yang Tinggi dan tiada yang lebih Tinggi darinya ( itu keyakinan kita berdasarkan sabda Nabi ).

Wallahu a’lam...

Wednesday, July 1, 2009

!!! MUHAMMAD AL-FATEH !!!

CINTAGUNG 5#
Mempersembahkan...

VIDEO CLIP NASYID MUHAMMAD AL-FATEH
Asif jiddan buat shbt2... video clip Muhammad Al-Fateh masih dlm construction =) Diharap bg shbt2 yg ingin saksikan video clip ini boleh layari url seperti di bawah... selamat menonton... akhir kalam salam Sya'aban. ( ...hari terus berlalu pergi...Sya'aban kini, Ramadhan menanti... moga dipertemukan kita dgn Ramadhan Al-Mubarak..amin... )